adat melayu resam berzaman menjadi hidangan santapan kehidupan
bermacam cerita serta amalan
terpulang pendengar mahu
percaya atau melepas dengarsatu persatu aku dijamu dihidang lauk santapan ilmu satu cerita buat aku terpaku diam membisu ligat mengujaku
satu pohon di atas bukit sana kepercayaan turun-menurun sembah sujud di perdu pokok dijamu, diasap, diwangi maka panjang lah usiamu.
aku diam, tak mahu turut serta
melihat dari kejauhan
dengan hati kosong
mereka ini jauh menyimpangterdengar satu suara sumbing kurang enak didengar,
katanya, aku ini ingkar
maka esoknya aku akan temui ajalku
aku diam,
berpaling, hadiahkan senyuman manis
semoga esok aku masih lagi bernyawa
kerana penyambung nyawa aku hanya ALLAH
bukan pada pokok bukit itu.
- Oleh Niya Adriane
YOU ARE READING
Tahyul
General Fiction"Jangan percaya tulisan tulisan dalam zine ini. Ini dakyah Freemason!" - Sca Ndx Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam Sila percaya yang sesiapa sahaja yang membuat cubaan memplagiat zine ini akan ditimpa nasib malang selama 3 tahun berturut tur...