Kawan sekepala.
Sama gila , sama bising.
Kena pandai pilih.Isnin. 10:00 a.m
Kringgg!! Kringg!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat bagi murid-murid di sekolah. Waktu inilah waktu kegemaran pelajar. Waktu ini jugalah mereka nak makan, melepak, berdating. Bagi mereka yang nerd akan ke perpustakaan bagi mengisi masa yang mereka ada dengan membaca buku leceh lah dah rehat tu rehat jelah. Bagi kumpulan gadis yang digelar Aweksem. Mereka lebih suka melepak di tempat yang tidak ramai orang.
Kumpulan itu terdiri daripada 10 gadis yang mempunyai berbeza sifat dan angan-angan."Wehh! Bak singgit" jerit Asyiqin setelah sampai di perkarangan 'plot lepak' mereka yang terletak bersebelahan tempat parking kereta guru-guru. Farina atau lebih dikenali sebagai Ika membalas laungan Asyqin dengan suara yang agak bingit "tiap-tiap hari mintak orang singgit payah gak weh" diikuti dengan gelak tawa ahli lain. "Ehh diam lah sikit" marah Azira. Azira lebih dikenali sebagai mama atau ibu kerana sifatnya yang tidak tumpah seperti seorang ibu. Azira juga lah yang sentiasa menjaga adab ahli aweksem yang mengalahkan binatang di Zoo Negara. Boleh dikatakan dia mampu mengurangkan dosa gadis-gadis ini.
Asyiqin duduk bersebelahan Asyura yang sedang leka menjamu mi goreng yang dibeli di kantin. "weh Syura dengar tak?" Asyiqin siku lembut Asyura setelah soalannya tidak dihiraukan "ha? Apa?" Tanya Asyura. "Aku tanya mana si Azza?" Dia dengan kau kan tadi?" Asyiqin ulang soalannya untuk kali kedua " ohh tadi Azza pergi jumpa cikgu kat bilik guru sekejap" jawab Asyura sambil menyuapkan sandwich black papernya. Muncul manusia berpakain sekolah berwarna kuning di hadapan kumpulan gadis itu "nana is here!" Azza muncul dengan beberapa helaian kertas di genggaman tangannya.
"panjang umur kau"
Kringgg!!! Kringg!!
"Lambat lah kau za" marah Aina.
"Orang dah habis makan dah pun" tambah Siti.
"Maaflah tadi saya cari budak" balas Azza dengan nada merajuk.
Tak pun sebenarnya.
Dia menggedik je tu. "Budak baru kau nak kitai ke apa?" soal Sarah dengan nada gurau. Yasmin, Siti dan Ummu hanya tumpang gelak. Malas nak cakap lebih. "Aku baiklah bukan macam korang" balas Azza sambil melangkah pergi sambung menjalankan tugas yang sedang dipikul. Setelah Azza berlalu pergi, bala datang. "Haa sudah, datang dahhhhhh" kata Asyiqi. Perkataan 'dah' sengaja dipanjangkan. Ketika satu kumpulan gadis lalu dihadapan mereka. Kumpulan Eda . Ya. Musuh kepada ahli Aweksem. Mereka pun tidak tahu tetapi tahap kebencian mereka melambung setiap kali bertembung dengan kumpulan perempuan gedik itu.Eda merupakan seorang gadis yang berbadan gempal dan memakai tudung tapi ingin menunjukkan jendulnya. Diletakkan di kelas paling belakang. kelas untuk orang bodoh. Asyiqin dan Farina sudah merancang sesuatu di benak fikiran masing-masing. Mereka berdua berjalan menghampiri Eda sambil tersenyum sinis "ehh Ika bukan ke kalau kita pakai tudung ni nak tutup rambut?" Tanya Asyiqin bersama nada sindirannya. Eda memandang tidak puas hati tapi hanya membisu. "Betul tu, bukan nak tunjuk jendul dengan rambut tu sekali" jawab Farina sambil tergelak. Ahli-ahli yang lain hanya memandang sesama sendiri. Malas nak masuk campur. Mereka membatu dan menunggu insiden yang bakal berlaku sebentar lagi. Dah dah lah cari masalah ni. "Kau pahal ha?!" jerit Safra yang merupakan 'orang kanan' Eda. Konon. "Ehh takda hal lah. Kita orang nak masuk kelas dah ni" Yasmin cuba meleraikan ketegangan. Takut-takut pergaduhan berlaku lagi. Sudahlah dua bulan lepas mereka ditangkap berperang mulut menggunakan perkataan yang kesat. "Siti, Eicha suruh Ika dengan Ciqin jangan cari gaduh" arah Azira. Siti dan Sarah akur. Bukan sebab takut dengan Azira tapi ada betulnya jugak kata-kata Azira itu. Asyiqin dan Farina datang dengan muka yang cukup puas hati. "Puas aku" Asyiqin menghela nafas puas diikuti dengan Farina yang daripada tadi tersengih. Ummu dan Asyura hanya menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan perangai mereka yang suka cari gaduh. "Dah lah, kita orang nak masuk kelas kang tak pasal-pasal Si Harimau makan kita orang" Ummu berlalu pergi bersama Azira dan Asyura meninggalkan empat orang gadis yang sedang mengkekek. "Dah lah, esok kita jumpa lagi okay girls?" Yasmin memecahkan tawa yang semakin reda. Yasmin mengambil langkah pergi sambil merangkul bahu Sarah. "dah lah Ika aku dah penat gelak""ha yelah jum masuk kelas."
------------
Selasa. 06:30 a.m
"MORNING UMMU!" jerit Aina dengan suara yang hampir sama dengan jantan kepada Ummu yang sedang cuba mempertahankan matanya daripada dibuai mimpi. "Kau pahal setan jerit pagi-pagi?" marah Ummu setelah dikejutkan dengan suara bingit. "Maafkan saya. Yang lain mana?" Tanya Aina bagi mengurangkan tahap kemarahan Ummu. "Entah" Ummu jawab sepatah. Masih marah barangkali. Aina berlegar-legar di ruang kantin yang kosong bagi menunggu rakannya yang lain. Ummu masih lagi berperang bersama perasaan ngantuknya. "HOI!" jerit satu suara. Ummu buka mata seluas yang dia mampu. Azza. "Kuangajaq. Jangan jerit boleh tak? Cuba bagi salam ke. Ni mcm audition opera nak melolong" marah Ummu untuk kali kedua atas sebab yang sama. Azza tersenyum manis seperti tidak melalukan sebarang kesilapan. Selepas beberapa minit mereka semua sudah berkumpul di kantin. Inginkan udara sejuk lah konon. Menjadi kebiasaan bagi mereka untuk datang satu jam awal sebelum perhimpunan murid.
"Aku nak ajak kau orang pegi party 'bae' aku" Ika membuka topik baru
"Siapakah? Si Ezzat ke?" Tanya Azza
"Ha yelah, kau fikir boyfriend aku ramai sangat ke?" Farina membalas
"Kau kan minah perasan diva memanglah ramai. Nak aku listkan semua?"
"Tak payah lah weh"
"So bila? Kat mana? Pukul berapa? Nak balik pukul berapa? Ramai ke?" soal Azira bertalu-talu seperi pistol Full Auto Glocks. "Kau ni pun nak tanya satu-satu lah. Okay, malam sabtu, dekat rumah dia, lepas maghrib, ikut koranglah nak balik pukul berapa pun jangan sampai lewat malam je. Ramai tu kawan dia kawan aku dengan kau orang je lah" panjang lebar si Farina memberi penerangan setiap satu soalan yang ditanya oleh Azira. "okay" jawab mereka serentak. "HOI! BUDAK-BUDAK PERGI BERARTUR SEKARANG! PEKAK KE TAK DENGAR LOCENG TADI?!" mereka dikejutkan dengan satu suara yang amat kuat dan mampu memekakkan mana-mana telinga yang mendengar. Ahh sial!.. Si Harimau muncul dahh. Naya weh naya. Mereka semua hanya mampu menunduk dan berjalan ke tapak perhimpunan. Tidak sanggup untuk melihat wajah bengis Si Harimau jantan ketika sedang mengaum bak mendapat tangkapan lumayan. Salah mereka juga bersembang sambil tidak perasan loceng yang jerit memekik menandakan waktu melepak mereka telah digantikan dengan perhimpunan murid. Dalam perjalanan ke tapak perhimpunan, mereka bertembung dengan kumpulan Eda. Pompuan ni lagi! "OhMyGod! Kumpulan hottie sekolah kena marah dengan Si Harimau lah" Eda sengaja ingin memanaskan hati mereka yang sudah sedia panas. "Dah lah weh blah ah, nak perhimpunan dah kan" Siti cuba menghalau mereka dengan cara lembut. "Oh kak Siti nak halau kita lah awww" Safra mencabar tahap kemarahan Siti. Barua punya betina. "Kau dengar sini eh pompuan! Aku cakap elok-elok kan. Blah ah kau!" tahap kemarahan Siti sudah meletus. Eda dan kumpulannya tersenyum sindir sambil meninggalkan mereka yang masih dalam keadaan marah. "Dah ah wey cau" ajak Aina. Celaka!
YOU ARE READING
Aweksem
RandomSekumpulan gadis yang didatangi dengan seorang murid baru. Bermula daripada satu kejadian biasa namun luar biasa bagi dia. Fobia. Realiti. Ketakutan. Semua masih tersisa.. "Kau..kau siapa?!" Sambil menunding jari ke arah lembaga yang diselaputi dara...