Kawan baru.
Hidup baru.
Jangan dikecewakan
Nanti menyesalIsnin. 10:30 a.m.
"Hai awek" tegur Asyiqin setelah mendaratkan punggung di kerusi kosong. Seperti biasa, dia hanya akan makan bila mood makannya muncul. Pada hari ini, dia hanya membeli sekotak air soya. Itu pun kena pau dengan kawan-kawannya yang lain. "Semalam aku nampak Akmal macam berkenan je dengan kawan kita sorang ni" kata Azza sambil memuncungkan bibirnya tepat ke arah Azira yang sedang leka membelek majalah Solusi sambil tangan kanannya memegang seplastik roti.Mereka semua melihat Azira sambil tersenyum mengejek. Azira yang tidak tahu situasi yang sedang berlaku terus membelek bukunya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang berkelakuan pelik itu. Setelah dua minit memek muka mereka tidak berubah Azira terus menyoal. "Kau orang ni apa kes?"
"Kawan kita ada peminat la ouchhh" kata Asyiqin sambil meletakkan hujung jarinya di bibir seperti gara Marilyn Monroe bergambar
"Apakah?"
Mereka ketawa terbahak-bahak melihat keadaan Azira yang sedang blur itu. Sungguh lawak melihat muka Azira sambil menggayakan mulut berbentuk 'O'. Mereka ketawa kuat
Ya sangat kuat.
Sambil menikmati pandangan kelakar itu sambil ketawa...
Tiba-tiba bala datang. Tak habis-habis lagi lah betina ni!
"Hai girls" sapa Eda sambil meletakkan tangannya di bahu Ummu. Rimas. Ummu menepis tangan Eda daripada terus merehatkan tangannya di bahu Ummu. Eda tidak terkilan mahupun menengking. Dia terus duduk di sebelah Asyura manakala konco-konco nya pula hanya berdiri sambil menyilang tangan. "So u heard about the new girl kan?" Eda memecahkan kesunyian yang penuh dengan kebencian. Kalau diikutkan perasaan, mahu sahaja dicampaknya tubuh Eda itu ke dalam lombong. "Kalau ya pun kau menyemak dekat sini apa hal?" tiada kata-kata sopan bagi Aina untuk membalas mulut celaka macam si Eda ini! Eda dengan konco-konconya terus tergelak. Apa yang lawak? "Aku datang pun sebab nak cakap, kau orang ni kan nak naikkan lagi nama Aweksem kau orang tu? Nama macam budak bodoh pun ada jugak" perkataan Aweksem itu sengaja ditekankan. Panas telinga mendengar kata-kata hina Eda itu.
Asyiqin tersenyum sinis "Bukan ke kau yang bodoh sebab kekal kat kelas belakang je, bila nak naiknya?"
"Dengan anak-anak buah kau yang perangai pun macam anak ikan bawahan apa cerita? Tambah Siti lagi.
Eda mengetap bibir menahan mulutnya daripada tersembur kata-kata yang kasar. Dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa pergaduhan dan namanya akan direkod dalam Salah Laku Murid lagi. Safra dan Ratna terus mengangkat tangan bersedia untuk menampar mulut Asyiqin dan Siti itu namun pantas ditahan oleh Eda. "Aku datang sini cuma nak tanya, boleh ke kau masukkan budak baru itu dalam geng kau ni?"
"So kau cabar lah ni?" Sarah yang daripada tadi hanya membisu mula bersuara.
"Lebih kuranglah"
Mereka semua tersenyum lebih sinis. Pantang betul dicabar!
"Okay deal, challenge accepted. Thankyou and please berambus" Azza menghalau mereka dengan cara yang amat sopan. Mereka pergi sambil membisikkan sesuatu yang mereka tidak dengar. Kutuk lah tu. Mereka tidak menghiraukan kumpulan Eda yang berbisik. Buat apa nak sentap kalau mereka pun kutuk dia? Setelah bayangan betina itu tiada mereka terus berbincang. Gayanya sahaja seperti para ahli politik mengadakan mesyuarat tergempar.
"Aku pantang betul bila kena cabar ni ha" kata Siti lalu menyuapkan keropok lekor nya. Itu sahaja lah makanan di kantin yang mampu memasuki ke tekak Siti. Yang lain tak lalu woi!
YOU ARE READING
Aweksem
RandomSekumpulan gadis yang didatangi dengan seorang murid baru. Bermula daripada satu kejadian biasa namun luar biasa bagi dia. Fobia. Realiti. Ketakutan. Semua masih tersisa.. "Kau..kau siapa?!" Sambil menunding jari ke arah lembaga yang diselaputi dara...