Akan sampai masa kamu
Masa itu masa aku
Kini masa kau
Rasakann..
Jumaat. 03:45 p.mSedang lena para gadis itu melayan perasaan masing-masing, ada yang tengok televisyen,ada yang sedang menghadap telefon pintar mereka dan ada juga yang sedang termenung. Waktu mereka termenung itulah muka yang paling kelakar untuk dibuat bahan lawak. Lebih kejam lagi kalau mereka tangkap gambar kemudian crop gambar sedekat yang mungkin. Sumpah lawak. Tapi bukan dalam keadaan sebegini. Tiada mood. Mungkin mereka sedang fikir tentang perubahan Shida yang ketara itu. Siapa tahu? Tiba-tiba..
"Kau orang" Shida menyapa dengan keadaan yang sangat lembut. Kelihatan muka Shida tidak mengukir senyuman. Mata dan hidungnya merah. Matanya mirip beruang panda. Mereka mula tidak sedap hati melihat keadaan Shida sebegitu rupa. Mesti berita buruk ni..
Gadis yang lain tidak membalas. Mereka sekadar menoleh kepala mereka menghadap dan memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada tubuh mungil itu. Comel sahaja gayanya. Sungguh innocent mukanya ketika itu. Lain daripada muka bengis yang dilontarkan kepada Asyiqin sewaktu merampas beg kertas berwarna hitam itu.
"Aku sebenarnya..emm.." Shida mengetap bibirnya. Mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya yang terhenti.
Mereka semua diam. Memeberi ruang dan masa untuk Shida meluahkan kata-kata yang tertangguh tadi.
Dengan kudrat yang tersisa Shida menyambung..
"Aku nak pindah! Aku tau nampak macam tergesa-gesa tapi aku nak terus sambung ke luar Negara. Aku nak sambung impian mak aku yang terhenti di tengah jalan dan aku dah siapkan semua document pemindahan. Sorry!" dengan pantas Shida meluahkan segalanya. Dia jawab segala soalan yang mungkin sedang berlegar di benak fikiran rakan-rakannya itu.Shida menundukkan mukanya. Tidak sanggup untuk melihat reaksi mereka.
Keadaan menjadi sepi. Televisyen juga sudah ditekan butang off oleh Aina. Azira bangun lalu mendakap Shida yang masih dalam keadaan yang sama. Kepala tertunduk. Shida mula berjejeran air mata di bahu Azira.
"Takpelah, kami sentiasa sokong kau, aku percaya hubungan kita akan kekal walaupun kau dah jauh kan?" Azira bersuara setelah meleraikan pelukan yang mengambil masa beberapa minit.
Mereka semua turut melakukan perkara yang sama. Mendakap tubuh Shida yang kaku dengan kata-kata Azira. Perlukan aku lakukan semua ini Ya Tuhann!!!!. Shida menjerit di dalam hati. Mereka semua ketawa dalam tangisan. Shida duduk bersebelahan Ummu setelah sesi memeluk tamat. "Aku akan berangkat minggu depan" Shida mula memberitahu secara terperinci akan hal perpindahannya itu. "Jum lah kita hangout last day with Shida" cadang Azira.
Baguss!! Bagus!! Senang sikit kerja aku!.. Bisik satu suara hati tapi tidak mampu didengari oleh telinga manusia.
"Aku baru nak cakap, camping mau? Aku ada jumpa tempat syiok punya!" Kata Shida sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
Mereka semua ketawa. Terakhir.
"Aku okay ja ni. Kita semua okay, just for youuuuu" Asyura mendepakan tangannya. Acah-acah peluk gituu.
"So kita gerak hari Jumaat nilah tiga hari satu malam nok! Aku gerak Isnin ni" Shida meniru gaya maknyah pula.
Mereka bersetuju. Segala hal tempat penginapan, booking segala aktiviti diserahkan kepada Shida, cuma bayaran sahaja mereka berkongsi duit. Tiada yang percuma. Termasuk nyawa.
YOU ARE READING
Aweksem
عشوائيSekumpulan gadis yang didatangi dengan seorang murid baru. Bermula daripada satu kejadian biasa namun luar biasa bagi dia. Fobia. Realiti. Ketakutan. Semua masih tersisa.. "Kau..kau siapa?!" Sambil menunding jari ke arah lembaga yang diselaputi dara...