PART IX

167 4 2
                                    

SPM dah lepas.
Zaman sekolah dah tamat.
Tinggal nak lalui zaman uni.
Jangan tenggelam ke dalam lubang sesat.

2 tahun kemudian..

Tahun terkahir di sekolah dihabiskan dengan belajar. Senior year merupakan tahun yang paling penuh dengan cabaran. Cabaran apa? Cabaran menghadap buku! Pening kepala, stress, tekanan otak, semua dah dilalui. SPM tamat. Nasib malang tamat. Bala tamat. Semua habis. Tinggal nak hadapi zaman Universiti sahaja. Kebetulan. Ya! Mereka daftar di UiTM, Shah Alam. Cuma kos sahaja yang berlainan. Ummu, Aina dan Asyura sambung di dalam kos Akuntan. Susah tak susah lalui je lah. Azira dan Shida masuk ke dalam bidang keagamaan. Obviously. Sarah, Yasmin dan Farina di dalam bidang sains tulen. Azza menyambung tradisi keluarganya menjadi pakar doktor gigi dan Siti yang berminat untuk menjadi seorang arkitek daftar di dalam kos pembinaan dan reka bentuk. Kos berlainan, angan-angan yang lain. Namun, persahabatan yang kukuh itu tidak dapat dipisahkan. Belum sampai masa untuk berpisah. Rindu! Sungguh rindu dengan segala hingar-bingar yang dilakukan. Mereka duduk serumah. Mereka menyewa rumah panhouse dengan harga yang rendah kerana pemilik panhouse itu merupakan kawan kepada ibu Aina.

Sabtu. 02:30 p.m

"Okay since dah cuti sem ni aku nak kemas rumah! Rumah dah macam tongkang pecah! Mana taknya kalau balik-balik je lempar je semua benda yang ada kat badan korang tu!"  Azira menengking sebaik sahaja melihat gadis-gadis itu terlentang tidur di ruang tamu disebabkan perasaan takut masing-masing. Kecuali Ummu, Aina dan Azza. Mereka lebih rela tidur di dalam bilik masing-masing daripda tidur setilam dengan kawan-kawannya yang lain. Tak hingin! "BANGUN! BANGUN!" jerit Azira lagi setelah teriakannya tidak diendahkan. Shida merupakan orang pertama yang bangun daripada tidur. Rambutnya kusut masai. Matanya seperti baru lepas ditumbuk orang. "Bangun Shidaaaa!" Azira melemparkan bantal yang berhampiran dengannya tepat ke arah dahi Shida. Shida mengalah lalu mengatur langkah ke bilik air. Setelah semua orang bangkit daripada mimpi. Asyura dan Azira yang akan mempersiapkan makan seharian mereka. Seperti biasa. Di dalam bulatan meja makan mereka Azira membahagikan kerja-kerja. "Yasmin akan cuci kandang kucing yang berada di tandas bawah, Ciqin dengan Eicha kemas ruang tamu tu, berhabuk aku tengok!, Asyura dengan aku kemas dapur, Siti pergi cuci baju yang bertimbun tu. Sidai sekali ! Yang tidur tu kemas bilik msing-masing" panjang lebar Azira membahagikan kerja. Mereka semua mengeluh setelah kerja yang dibahagikan. "Aku tak nak sidai baju!" bantah Siti sehingga berdiri dibuatnya. "Then cuci semua tandas, boleh?" Azira membalas bantahan Siti itu dengan jelingan yang tajam. "FINE!" Siti menghepaskan punggungnya sambil menyilang tangan. Sedang mereka sibuk mengemas rumah..

Ting tong! Ting tong!

Loceng rumah berbunyi. "Siapa tu? Kau ada ajak sesiapa datang ke?" soal Azira dengan muka peliknya. "Takde pulak" mereka jawab hampir serentak. Ummu membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Daun pintu dikuak sepenuhnya....

"SURPRISE!!!!!"

Kelihatan grup Brotherhood datang dengan beberapa kotak pizza dan beberapa plastik yang sedang dijinjing.

"Apakah"

Ummu memalingkan badannya menghadap gadis itu dengan secret message 'apa benda semua ni?!' mereka sekadar mengangkat bahu menandakan yang mereka tidak terlibat dengan 'surprise' ini. "Ha ma..ha masuk...masuklah" Ummu jawab teragak-agak samada mahu menjeput mereka masuk ataupun tidak. Kalau bawak masuk, rasa pelik pula. Kalau dibiarkan di luar kesian pula. Pakaian mereka seperti mahu menjalankan project runaway fashion show. Tak tergoda langsung! Ew! Aweksem lari lintang pukang mengambil tudung di bilik. Asyura dan Sarah sekadar menyarung tuala. Ummu yang terlanjur mendedahkan aurat terus terbatu. Diam. Mereka tersengih seperti kerang busuk. "Bodoh la kau orang ni!" Ummu terus memarahi mereka sebaik sahaja daun pintu ditutup. "Bukan salah kita orang pun, kau yang tetiba bukak pintu" Adil menafikan salah mereka walaupun memang salah mereka. Asyiqin dan Farina sekadar menukar seluar mereka yang pendek dan ketat itu kepada seluar track suit. Ummu terus memasuki bilik dan mencapai tuala. "TUDUNG AKU MANA WEH!" kedengaran Siti menjerit daripada tingkat atas. "BUKAN KAU NAK MELAWA PUN!" balas Asyiqin dengan suara yang kuat. "AZZA! BAWAK NAIK AKU PUNYA TUDUNG DEKAT SOFA TU" arah Siti kepada Azza. Azza sekadar membawa tudung berwarna hitam itu ke tingkat atas. Akhirnya Siti turun dengan memakai tudung sarung berwarna hitam. "Hek eleh takat pakai tudung sarung pun nak memekik juga ke?" perli Akmal dengan satu tawa halus .Siti sekadar memberi jelingan yang tajam kepada Akmal tanpa membalas dengan kata-kata.

AweksemWhere stories live. Discover now