Study.
Kalau kau tak mahu buatuntuk
Diri sendiri
Buatlah untuk ibubapa kau
Ahad. 06:30 a.m"BANGUN BANGUN! SOLAT SUBUH!" laung Azira. Gadis-gadis itu menggeliat tanda malas hendak bangun. "Pukul berapa dah ni?" soal Aina yang masih berselimut. "enam setengah" jawab Yasmin sebaik sahaja melihat waktu di skrin telefon pintarnya. Ummu dan Siti masih membungkang tidur dengan keadaan yang tidak sopan bagi seorang gadis. Lantak dia orang lah. Perangai pun dah macam harem. "Ummu.. Siti..Bangun...Solat" Sarah bersuara dalam keadaan masih mamai. "Dia orang tak boleh solat pun" Azza membalas bagi pihak mereka. Mereka mengambil giliran untuk berwuduk dan solat subuh. Hanya Azira dan Asyura sahaja yang tidak menyambung tidurnya malah ke dapur untuk menyediakan sarapan gadis-gadis ini. Mati kelaparan kalau bukan dengan bantuan dua rakannya ini. Yang lain 'katanya' hendak baring sahaja. Tup-tup mereka yang tidur paling nyenyak. Ada yang berdengkur, ada yang tidur sopan je dan ada yang macam anak jantan je cara tidurnya itu. Azira dan Asyura turun ke tingkat paling bawah bersedia untuk menyiapkan makan pagi.
--------
8:00 a.m
Azza merupakan orang yang pertama yang bangkit daripada katil. Bertuahlah dia dapat tidur di atas katil yang empuk. "Masak apa?" soalnya sebaik sahaja mengambil tempat duduk di kerusi. Asyura meletakkan sepinggan omelette. Azira datang selepas Asyura membawa semangkuk French fries, roti bakar dan Nutella. "Ni je ke?" Azza memandang Azira dan Asyura dengan pandangan pelik "ni ajelah, takyah banyak complain" Azira membalas soalan Azza sambil menuju ke dapur. "Makan aje lah nanti lunch kita makan dekat luar" Asyura cuba meyakinkan Azza yang tidak puas hati dengan sarapan paginya. Azza mengejutkan rakannya yang lain untuk makan bersama "kau orang tak bangun aku habiskan! Dia orang tak masak banyak tu" ugut Azza. Tanpa membantah mereka bangun untuk membersihkan diri sekadar mencuci muka dan memberus gigi. Selepas selesai memenuhkan ruang perut itu mereka mengambil peluang untuk mandi. Berebut juga lah. Sepuluh gadis berebut untuk mandi dahulu dengan menggunakan satu bilik mandi. "So nak buat apa ni?" Siti menyoal. "Study lah, semalam kata nak study harini" jawab Aina sambil mengungkit kata-kata Ummu. "Okay jum" mereka bangun dan meminjam beberapa buku rujukan Yasmin sambil menyalin nota ringkas di kertas A4 yang juga diambil daripada Yasmin. Rumah dia kan, redha jelah. "Aku dah penat study" " aku give up" " boleh pecah kepala otak aku tengok nate ni"
"Come on guys, janganlah cepat mengalah" pujuk Farina. Pandai boleh go lah
Mereka diam. Sungguh penat dengan aliran akauntan ni!
"Okay, kalau kau orang tak kesah pasal result kau orang cuba fikir pasal parents kita? Ha? Mesti dia orang happy kalau result kita baek punya!" panjang Yasmin membebel. Deep. Mereka tidak membalas leteran Yasmin. Dibuka kembali buku rujukan akauntan itu dan sambung membuat nota ringkas.
Yasmin tersenyum. Berjaya.
09:30 a.m
"OMG! OMG! OMG!" pekik Farina. Pekikan itu menyebabkan SyaSyu yang sedang lena tidur di peha Asyura terjaga dan terus berlari. Jangan pelik. SyaSyu merupakan kucing kesayangan Asyura. Dalam banyak-banyak kucing perliharaan Yasmin. SyaSyu lah yang paling manja dengan Asyura. "Kau apa hal jerit-jerit ni?" marah Asyura. Pekikan itu bukan sahaja menyebabkan SyaSyu sahaja yang terkejut. Malah rakannya yang lain juga bergegas melihat keadaan Farina. "Kau kenapa gila jerit macam kena sampuk je?" tengking Siti. Farina ketawa terbahak-bahak melihat rakannya sebegitu rupa. Sayang juga dia orang kat aku. "Takdelah, gambar aku dah dapat 800 likes!" Farina menceritakan perihal sebenar. "Hek eleh takat like je pun nak kecoh" perli Asyiqin. Farina tersenyum bangga. Ummu merampas telefon pintar itu daripada tangan Farina. Aina dan Sarah turut serta melihat gambar di telefon jenama Samsung itu. "Err Ika.." sapa Ummu. Keadaan menjadi senyap "aku rasa kau patut tengok komen yang paling bawah tu" Ummu menghulurkan telefon itu ke Farina dalam keadaan ragu-ragu. Setelah telefon bertukar tangan.."WHAT THE HELL?!" jerit Farina. Mereka semua cuak. Dah kenapa? Farina terus berlari menaiki tangga ke tingkat atas. Mereka mengambil telefon Samsung itu yang ditinggalkan oleh Farina di atas sofa...
@meowlol : islam kan? Yang kau pergi malukan kaum hawa asal? Kau tak tahu dosa dengan pahala ke ha pompuan? Tak pandai jaga batas la kau ni! Geli aku tengok kau! YUCKS!
Kelihatan gambar Farina sedang memeluk tubuh seorang lelaki sambil lelaki itu melekapkan bibirnya di dahi Farina. Tiada perkataan yang mampu diluahkan dalam keadaan sebegini. Scroll dan scroll di feed Instagram Farina terlihat user yang sama comment di setiap gambarnya. Mahupun gambar selfie Farina. Setiap komen yang ditinggalkan pasti negative. Dikutuk semahu-mahunya! Selepas beberapa minit, Farina kembali dengan keadaan mata dan hidungnya merah . Matanya kelihatan sungguh sembap. Sah menangis. "Chill lah Ika, biasalah haters, dia jelly je dengan kau" pujuk Aina. "Tak, Tidak mengapa, aku tahu macam mana nak handle. Kau orang tolong aku eh?" balas Farina dengan senyuman plastiknya. Kelihatan Farina sungguh berharap mereka terima. Mereka semua rasa serba salah. "Okay okay kita orang tolong kau" pantas Asyiqin menjawab soalan Farina. Farina terus mendakap Asyiqin sambil mengucapkan terima kasih. Mereka tertanya-tanya apa yang sedang bermain di kotak fikiran kawan baiknya itu.
2:30 p.m
"Okay sekarang kita balik rumah masing-masing ambil baju sekolah barang-barang sekolah dengan baju untuk lagi beberapa hari and kita lepak" cadang Aina. Mereka akur dan masuk ke kereta Myvi kepunyaan keluarga Azza. Mereka pergi setiap rumah kepunyaan keluarga masing-masing. Pemanduan kereta diambil alih oleh Siti. Selesai semua kerja penting itu, mereka menghabiskan masa di Pasar Besar Giant. Mereka menuju ke Secret Recipe. "Esok aku bagi tahu plan aku" Farina memulakan topic. "Plan untuk?" soal Azira pelik. Farina tersenyum lalu menyedut air latte ais nya itu "plan sweet revenge"
YOU ARE READING
Aweksem
RandomSekumpulan gadis yang didatangi dengan seorang murid baru. Bermula daripada satu kejadian biasa namun luar biasa bagi dia. Fobia. Realiti. Ketakutan. Semua masih tersisa.. "Kau..kau siapa?!" Sambil menunding jari ke arah lembaga yang diselaputi dara...