PART III

143 5 0
                                    


Ada benda nak sakat ja tu
Jangan dilayan,
Naya
11:10 p.m

Setelah penat berbual dengan grup Brotherhood, mereka bersetuju ingin melepak di kantin awal pagi Isnin bersama kumpulan lelaki itu. Di dalam perjalanan ke rumah Yasmin, dengan kehadiran Farina, gadis-gadis itu menjadi senyap. Sunyi. Sepi. Tanpa menyedari perubahan rakan-rakannya itu, Farina tidak mengendahkan suasana sebegitu. Dia memikirkan bahawa mereka hanya penat. Lah sangat. Dia terus-menerus ber Whatsapp dengan Ezzat. Asyiqin dan Siti yang berada di kiri dan kanan Farina menjeling telefon pintar yang dipegang oleh Farina. "Kau buat apa je dekat rumah si Ezzat?" soal Azira memecahkan kesunyian yang mengambil masa agak panjang. "Aku layan kawan-kawan Ezzat je, tak buat apa-apa pun" balas Farina. Ummu, Asyura dan Sarah memikirkan perkara lain. Layan?! Layan apa?  Farina sedar riak wajah tiga rakannya itu berubah "kau jangan fikir bukan-bukan eh. Aku tak buat apa-apa pun lah!" bidas Farina. "Tak cakap apa-apa pun" Asyura membalas bidasan Farina. "Apa-apa jelah kau orang ni"

-------

11:30 p.m

"Umi! I am home!" laung Yasmin. "Welcome home dear! Oh hai" sapa ibu Yasmin dengan mesra "Hai aunty!" balas mereka serentak. Mereka menyalam tangan ibu Yasmin tanda hormat. "Yasmin sini jap" Ibunya memanggil Yasmin dengan lembut sekali. "Habis lah kau Yas kena marah" bahan Aina. Yasmin tidak mengendahkan Aina lalu melangkah kearah ibunya. Selepas beberapa minit Yasmin dan ibunya datang menyapa. Di sebelah ibu Yasmin terdapat bagasi besar. "Aunty nak pergi tengok Daddy dia dekat Melaka jap, kamu semua jaga rumah elok-elok okay?" "okay" jawab mereka sambil tersenyum. Rumah ini mereka conquer! Mereka memandang Yasmin dengan senyuman. Memikirkan rancangan dalam setiap fikiran. Terus lupa akan rancangan perihal Farina! "Okay bai girls, take care" Ibu Yasmin melambai tangan sambil menutup pintu rumah "Bai Umi! Take care !" Yasmin membalas laungan ibunya. "Okay so what is the plan?" Yasmin menyoal kepada rakan-rakannya sebaik sahaja pintu ditutup. "For how long your mom kat Melaka?" Asyiqin inginkan kepastian. "For a week". Mereka tersenyum. "Karok jum?" ajak Farina. "Ajum" mereka terima. Maka berakhirlah rancangan palau Farina.  Mereka melangkah ke tingkat tiga. Dari tingkat atas terdengar laungan Asyiqin "UMMU! AZIRA! BAWAK MAKANAN NAIK ATAS!". Ummu akur. "Kau fikir aku balaci kau?" Azira membalas laungan Asyiqin. Dia tidak membawa makanan malah memberi makanan itu kepada Ummu untuk dibawa naik ke tingkat tiga. Ummu naik ke tingkat atas bersama sepinggan nachos and cheese dan air bikarbonat dua botol. Sampai sahaja di tingkat atas. Pandangan Ummu menjadi makin gelap ni tutup lampu bagai ni apa kes? Bukak sahaja pintu..kreeeek .. Terlihat Farina terpekik melolong menyanyikan lagu baby-Justin Bieber. "Panggil yang lain" Farina mengarah Ummu setelah penat menyanyikan high vocal. Ummu menggeleng. Penat. Ummu sekadar baring di sofa sambil memejamkan mata. Macam mana nak tidur kalau bising? Farina penat memujuk. Dia mengalah lalu turun untuk memanggil yang lain. Sarah dan Siti membontoti Azira dan Aina di hadapan. "Aku rela tidur hotel daripada duduk serumah dengan kau orang" kata Azira selepas membuka pintu bilik yang kecil itu.  "Bila nak studynya woi?" Aina bersuara sambil memukul bola snooker dengan kayu yang panjang. "Esok pagi lepas subuh. La ni aku nak tidoq!" balas Ummu dengan loghat Kedahnya walaupun dia tidak mempunyai aliran darah orang Kedah. Ummu menuju ke bilik tidur Yasmin. Dush! Terdengar seperti ada benda yang jatuh. Natang apa nak kacau aku malam-malam ini? Ummu hanya mampu berkata di dalam hati. Mulutnya seperti terkunci rapat. Dia lari naik ke tingkat atas dan meminta Asyura untuk temannya turun ke bawah.
Perasaan ingin tahu muncul.
Ragu-ragu mengambil segenap ruang fikiran.
Dengan keberanian yang tersisa.
Asyura akur. Mereka turun ke bawah dengan perlahan-perlahan. Takut-takut ada benda yang boleh buat mereka mati sakit jantung. Mana tahu? Tiba-tiba satu kelibat putih melintasi dihadapan mereka dengan kelajuan seperti orang sedang bersin. "Weh natang ape tu woi" Asyura ketakutan. Mana tak takut kalau tiba-tiba ada benda lalu? Kau rasa? "Entah lah wehh. Naik naik" mereka berlari ke tingkat tiga sepantas yang mereka mampu. Tak sanggup nak tunggu 'benda' tu muncul di hadapan mata mereka. "Nak cerita ke nak diam?" Ummu menyoal. "CERITA !". Mereka menceritakan segalanya kepada  mereka daripada A hinggalah Z.Dengan sepantas kilat mereka tutup alat karaoke,lampu,televisyen,kipas dan terus menuju ke bilik Yasmin. Benda lain esok kemas. Sampai sahaja di ruang selamat. Mereka membentangkan tilam di ruang sebelah katil bagi yang lain tidur. Tiga orang di atas katil tujuh orang di atas lantai. Mujur ruang bilik Yasmin itu besar. Cadangnya tidur sahaja di bilik karaoke itu, ruangnya lagi besar, namun selepas mendengar situasi yang dilalui oleh Asyura dan Ummu terus terbatal niat mereka.Suis kipas, lampu bilik, lampu bilik air semua jenis lampu dibuka. Perasaan takut menguasai diri SEPENUHNYA!.
Klak!... Klak!... Klak!...
Kedengaran guli jatuh. "Rumah aku tak simpan guli weh" kata Yasmin sambil menutup mukanya dengan selimut. "Kau jangan main-main woi" Siti berkata serius. Srettt..Srettt..
Alat perabot ditarik. Siapa tarik? Mulut mereka terkunci. Badan mereka seperti dihimpit dengan benda berat. Mereka terdiam. Mereka memandang sesama sendiri memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka. Kipas terhenti dengan sendirinya. "Weh kau bukak kipas balik!" Sarah menepuk Asyiqin "takmau aku!". Mereka rela tidur dalam kepanasan daripada bangkit. Akhirnya mereka terlelap dalam keadaan ketakutan.

AweksemWhere stories live. Discover now