Bila orang baling taik kat kau
Kau nak balas apa?
Baling lah bom taik!Isnin. 06:00 a.m
Pada hari itu mereka datang 30 minit awal daripada biasa. Memandangkan mereka naik kereta sama, maka mereka datang serentak. Mereka telah berjanji dengan grup Brotherhood untuk bertemu di meja kantin. Sementara tunggu itu mereka berbual kosong dan bergossip-gossip minah gedik. Selepas beberapa minit menunggu, kumpulan lelaki itu muncul.
"Mimpi apa ajak jumpa ni?" soal Adil. Dengan berat hati Farina menceritakan perkara yang menimpanya di laman sosial. "Woah akak bahang ada haters" Akmal bersuara sambil tergelak. "Biasa lah tu, ada ramai peminat je mesti ada orang yang benci" Aqil memberi kata-kata kiasan. Gadis-gadis itu hanya mendiamkan diri memberi ruang untuk Farina berkata-kata sambil menceritakan rancanganya yang dinamakan 'sweet revenge'
"So what is the plan?" soal Adil yang tidak sabar-sabar untuk membalas dendam
Farina memulakan bicara, "Adam, kau pandai edit-edit gambar ni kan? Aku nak kau buat gambar yang boleh memalukan dia. More like naked? Pastu nanti Naim kau hack account dia.SEMUA ACCOUNT DIA. Kau buatlah benda yang boleh menjatuhkan maruah dia. Lagi hebat, malukan maruah keluarga dia sekali. Senang je kan bagi kau orang?" Farina menoleh menghadap kawan-kawan perempuannya. "Kau orang bash dia, Ciqin Aina dengan Siti buat ayat kaw-kaw punya!" Panjang lebar Farina meberi rancangan gila-gila jahatnya itu. Brotherhood memandang Farina dengan pandangan pelik dan takut dalam masa yang sama. Mereka semua diam. Cuba mempertimbangkan rancangan Farina itu. "Kau serius nak buat semua ni?" Mikhail ingin kepastian. "Yes" jawab Farina dengan yakin. Bila difikirkan balik.. "Weh Ika budak tu mana ada post gambar muka or badan dia sendiri" Sarah membetulkan perkara yang sebenar. Betul juga kan.. "Okay fine dia letak url facebook, wechat, twitter dengan askFM dia kat Ig kan? Sooo.."
Mereka faham.
"So bila nak start?" Tanya Siti
"Esok cuti umum kan? So esok jugak.." balas Farina sambil tersenyum jahat. "Esok kau orang datang rumah Yas lepas Zohor tahu?" sambunya lagi sambil menunding jari ke arah jantan-jantan di hadapannya. Mereka hanya mengangguk seperti burung belatuk.
Kring!! Kringg!!
Kali ini mereka peka dengan lonceng sekolah. Takut-takut kena tengking lagi dengan Si Harimau itu. Mereka menuju ke barisan kelas masing-masing. "Eh hai Nik" tegur Asyura kepada perempuan yang sedang berbaris di hadapannya .Perempuan itu menoleh ke belakang "oh hai Syura" balas gadis itu lagi. Nik merupakan teman baik grup Aweksem. Dia lah yang membantu mereka dalam hal pelajaran. Kadang-kadang nik duduk semeja dengan mereka ketika waktu rehat. "Nanti time rehat lepak lah dengan kita orang, kita orang nak study ni nanti boleh lah kau ajar kita orang" Asyura mempelawa Nik untuk menjadi 'sifu' mereka. Nik terima dengan hati terbuka. Menjadi kebiasaan bagi Nik untuk menjadi guru separuh masa mereka. Lagi pun seronok.
10:30 a.m
Kring!! Kring!!
Yes rehat! "WEH KAU ORANG!!" Asyura lari menuju kawan-kawannya manakala Nik dan Ummu hanya berjalan di belakang Asyura yang lari macam kena kejar dengan zombie yang kelaparan. "Apa hal kau" Aina menyoal. "Ada budak.. haa. Budak.. ha.. budak baru masuk!" kata Asyura sambil tercungap-cungap akibat lari macam dalam acara balapan. Mereka semua terkejut. Setelah sekian lama baru ada budak baru masuk. "Laki ke perempuan?" Tanya Asyiqin pulak. Mood gatal datang dah. "Perempuan, nama dia Shida"
"Alaaa" Asyiqin kecewa sambil memuncungkan birbinya.
"Menggatal kau kan Ciqin" kata Siti sambil menolak perlahan bahu Asyiqin
"Entah Ciqin ni dah ada Naim itu Naim je lah" tambah Sarah lagi diikuti dengan tawa rakannya yang lain.
"Bodoh la dia ni" marah Asyiqin sambil menahan amarahnya.
"So bila nak studynya?" Nik yang sedari tadi hanya membelek buku terus bersuara. "Ha sekarang lah" jawab Azira. Mereka terus membuka buku rujukan,latihan dan kerja rumah. Belajar lah demi masa depan!
![](https://img.wattpad.com/cover/54821974-288-k640568.jpg)
YOU ARE READING
Aweksem
RandomSekumpulan gadis yang didatangi dengan seorang murid baru. Bermula daripada satu kejadian biasa namun luar biasa bagi dia. Fobia. Realiti. Ketakutan. Semua masih tersisa.. "Kau..kau siapa?!" Sambil menunding jari ke arah lembaga yang diselaputi dara...