Bab 5

2.5K 106 3
                                    

Cause today, you walked out of my life. Cause today, your words felt like a knife - Secondhand Serenade

Hari ini merupakan hari pertama aku kerja di sebuah syarikat terkenal di Asia. Aku tak tahu nak rasa sedih ke bahagia ke terharu ke. Patutnya kejayaan ni aku dapat kongsi dengan rakanku yang lain. Tapi apakan daya. Hmm

Aku memulakan kerja seperti biasa. Tetapi aku tidak lupa untuk letak frame gambar aku dan arwah rakanku di meja. Setiap kali aku menyiapkan tugasan aku akan lihat gambar tersebut. Jujur aku rindu.

Ada suatu hari aku nak bancuh kopi tiba tiba aku terasa macam ada seseorang kat belakang. Aku dengan perlahan perlahan memalingkan tubuh. Ahh shit aku nampak benda tu.

Memang aku terkaku masa itu taktahu nak buat apa. Cawan di tangan terus terhempas. Benda tu merangkak rangkak dengan mata yang merah kulit yang pucat dan koyak.

Arkkkkkkkkk Ahhhhhhh

Semakin lama benda ni mendekati aku. Di bawah kabinet kabinet tiba tiba keluar lipas. Jujur aku memang geli dengan lipas. Aku menguatkan hati untuk tabah hadap semua yang berlaku ni. Tiba tiba menitik nitik darah dari atas. Aku pandang atas. Goshhh benda tu tengah tikam badan dia. Tiba tiba

Paan oi paan kau apahal doo ? Aku terus tersedar. Aku tengok keadaan kat sini takde pape pun. Aku mengusap muka beberapa kali.

Aku terus ke tempatku mengemas barang dan terus ke parking park. Aku harap kalini aku takberjumpa dengan benda tu lagi. Taksanggup wehh. Tiba tiba telefon aku berdering.

"Hello ? Encik Farhan ke?"
"Ye saya."
"Okay maaf ganggu saya Doktor Irfan, saya yang ambil alih kes rakan rakan awak."
"Oh okay ada apa ya?"
"Saya nak awak datang amik barang kepunyaan rakan rakan awak."
"Baiklah terima kasih doktor."

Aku kembali kepada pemanduanku. Sampai sahaja di rumah aku terus ke bilik untuk membersihkan diri dan terus tidur.

JanjiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang