Aku tersedar apabila terdengar bunyi siren. Aku membuka kelopak mataku ini dengan berat hati. Namun aku bukan di dalam bilik. Suasananya gelap dengan bangunan yang terbengkalai. Aku bangun dan menepuk nepuk pipiku dengan kuat. Mungkin ini mimpi. Aku cuba melelapkan mata tetapi apakan daya aku masih disini. Aku teruskan perjalananku di dalam bandar hitam ini. Ohh yaa aku menamakan bandar ini sebagai BANDAR HITAM kerana langitnya yang sentiasa gelap dan bangunan yang retak seperti sudah dilanda gempa bumi. Tiba tiba ada rasa ingin tahu di dalam diri ini untuk mengetahui mengapa aku ada sini sedangkan tadi aku tidur di dalam bilik selepas menyelongkar telefon bimbit Tyra. Manusia yang hilang akal yang terpesong. Ahh sebab dia semua ini berlaku. Aku melihat barang barang di dalam bangunan ini semuanya boleh digunakan namun mengapa tiada penghuninya ? Aku tertanya tanya. Tiba tiba terlihat kelibat kanak kanak kecil di hujung kedai sana. Aku menuju ke sana mungkin kanak kanak ini tersesat atau sedang mencari ibunya akibat gempa bumi kerana kulihat bandar ini seperti baru dilanda gempa bumi. Aku menanya namanya. Katanya Jay. Aku menawarkan diri untuk membantunya pulang tetapi dia menolak. Mana mungkin kanak kanak sekecil ini ditinggalkan di bandar sebegini. Tiba tiba dia memegang bahu ku dan mendongak dia mempunyai mata yang cantik muka yang comel. Dia memberitahuku yang Tyra masih hidup. Aku tertanya tanya bagaimana Jay tahu? Ku paling semula dia sudah hilang. Dan akhirnya aku rasa penglihatanku kabur kabur dan terus terbangun dari tidurku. Aku melihat sekeliling aku masih di dalam bilik. Jadi tadi hanya mimpi. Aku mengusap muka beberapa kali. Aku turun ke dapur dan meneguk air sirap laici yang Mak Tim buatkan petang tadi. Aku masih buntu mungkin kata kata Jay betul. Jadi aku menguatkan hati untuk membongkar hal ini. Apa sebenarnya yang terjadi?
ANDA SEDANG MEMBACA
Janji
Short Story'The Uncepted' sebuah kumpulan kawan yang telah berjanji sehidup semati walau apapun terjadi. Satu kejadian telah berlaku tanpa disedari oleh mereka. Sebuah janji telah diperjanjikan. Tanpa disedari itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir. Ber...
