Aku masih terfikir dengan mimpi malam tadi. Adakah ianya benar atau ilusi? Tyra masih hidup? Tapi bagaimana? Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapan berligar difikiranku. Tanpa melengahkan masa aku terus memandu ke pejabat walaupun fikiranku runsing. Aku perlu fokus terhadap kerjaku walaupun aku tau aku perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera. Waktu rehat tiba, aku seperti biasa akan keluar makan ke kedai makan yang selalu aku kunjungi dengan arwah rakan rakanku. Sungguh aku rindu dengan lawak tawa sedih duka mereka. Aku duduk sendiri sepi tanpa teman sambil terimbau kenangan manis pahit bersama mereka. Tiba tiba aku terlihat seorang wanita bersweater hitam tetapi mukanya tak kelihatan kerana ditutupi dengan hoodie. Aku tertarik melihat dia kerana dia sahaja yang sanggup pakai sweater di tengahhari macamni. Ketika ingin ke parking kereta aku terlanggar bahunya, wallet kunci kereta jatuh ke lantai dengan cepat aku mencapai tetapi aku tidak sedari langsung yang wanita itu meletak sehelai nota dalam wallet ku. Sampai sahaja di pejabat aku tiba tiba rasa teramat rindu dengan semua arwah rakanku jadi aku buka wallet untuk melihat gambar kami bersama. Jadi nota tadi jatuh di atas pahaku. Aku pelik. Nota apakah ini? Siapa pengirimnya? Aku dengan perlahan lahan membukanya. Alangkah terkejut apabila melihat " you are next dude " pada kertas itu. Aku buntu. Apa salah aku? Ye memang aku telah berjanji tetapi hanya janji. Aku terpaksa tinggalkan mereka. Mungkin bukan ajalku. Siapa lagi yang aku harus minta tolong??
YOU ARE READING
Janji
Short Story'The Uncepted' sebuah kumpulan kawan yang telah berjanji sehidup semati walau apapun terjadi. Satu kejadian telah berlaku tanpa disedari oleh mereka. Sebuah janji telah diperjanjikan. Tanpa disedari itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir. Ber...