Bab 12

1.9K 86 9
                                    

Wanita itu mendekati aku tiba tiba dia berhenti. Lalu datang pula lelaki berjubah hitam itu yang dipanggil Father mendekati aku dan mencampak sesuatu kepadaku. Tiba tiba aku rasa diri ini terlalu panas. Aku menjerit sesungguhnya ini amat menyakitkan. Lelaki itu menyuruh anak suruhannya mengikat aku seperti Aziq. Sayu aku melihat temanku itu. Semoga dia ditempatkan di golongan yang baik baik. Dan zapp.... Arghhhh kaki ku dilibas dengan rantai besi tajam. Koyak kulitku. Bertubi tubi aku dilibas sehingga tidak mampu melawan. Aku memandang Tyra mengharapkan dia berbelas kasihan kepadaku. Tapi tiada sebarang perasaan dalam hatinya. Hitam. Keras. Tyra mengambil alih untuk menikamku pula. Aku sempat bercakap dengannya.

" Tyra aku sayang kau! Aku sayang group kita tapi kau khianat kami. Sampai hati kau demi kepentingan kau. Allah itu tuhan kita Tyra bukan syaitan ni. "

Tyra senyap! Tapi dia tiada pilihan. Dia merobek tanganku. Semakin lama aku tidak merasa tangan ini lagi. Mereka melepaskan ikatan dan mencampakku kebawah. Mereka menyiram aku dengan darah. Mereka menghidupkan lilin disekelilingku. Maka wanita muka hodoh tadi mendekatiku. Inilah hantu yang mengacauku selama ini. Aku tidak berasa takut lagi mungkin kerana aku tahu aku akan dijemput Ilahi walaupun belum masanya. Aku cuma mengharap Allah membuka hati kawanku untuk bertaubat. Sempat aku mengucap. Dan makhluk itu merobek robek diriku ini dan makan dengan gelojoh. Makin lama makin hitam penglihatanku ini. Tetapi sebelum aku pergi, aku melihat Tyra berubah! Tubuhnya mengeluarkan tulang di belakangnya. Mukanya terbakar. Dia menjerit kesakitan. Kumpulan jubah tadi menjerit jerit kepanasan. Akhirnya aku pergi buat selamanya. Aku maafkan kau Tyra. Ayat terakhir yang mampu kuucapkan.

*************************************

Abanggg!!

Syira, adik Farhan bersama ustaz ustaz masuk kedalam kilang hitam itu. Terlihat abangnya mati dengan ngeri. Mengapa mengapa? Syira meratapi mayat abangnya dan memanggil ambulans untuk bedah siasat. Tyra dan lain lain mati dipanah petir apabila cuba melarikan diri.

Adik harap abang tenang!

**********************************

TAMAT ...

JanjiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang