" woi bangun dah sampai " tegasku
Diorang dengan muka bangun tidur terus keluar. Aku terus meluru ke dalam hotel untuk urasan pembayaran. Selepas itu kami terus masuk ke bilik masing masing untuk rehatkan diri dan berjanji akan makan malam bersama.
Malam itu selepas makan malam aku terus memandu ke suatu tempat yang agak terpencil dan gelap. Keretaku tiba tiba buat hal. Apa lagi kene turun tolaklah. Sampai didepan simpang kami semua berkumpul kerana takde satu pun kereta lalu. Tiba tiba Aliff bersuara " weh meh la duduk dulu penat ni lepasni kita tengok apahal dengan kereta kau "
Aku mengangguk tanda setuju. Tiba tiba aku terasa seram sejuk tapi aku diam sebab aku tahu geng aku ni bukan kental sangat jiwa. Kami duduk dalam bulatan. Tiba tiba
" guys lets do one promise about us " tegur Tyra
Kami terus duduk dalam bulatan dan buat suatu akad sumpah ( that funny sound right ). Upacara kami bermula.
Aku janji takkan tinggalkan korang. Kita akan hidup mati bersama takkira apa jua yang terjadi. Jika kita mungkiri janji padah menanti.
Dalam suasana sunyi. Angin bersepoi sepoi. Tiba tiba enjin keretaku boleh dihidupkan. Syafiq memberi cadangan untuk enjoy di JB ini. Tidak tahu dari mana jiwa kami ingin ke sebuah kelab. Kami seperti hilang agama.
Dan akhirnya kami mabuk. Aku terus masuk ke tempat memandu. Aku membawa kereta dengan laju.
Dummmm....
Akhirnya keretaku ditimpa kemalangan. Agak teruk kalau orang tengok boleh agak yang semua mati. Aku masih sedar tapi mamai aku melihat rakan rakanku semua tidak sedarkan diri. Mereka berlumuran darah. Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Aku tendang pintu dan lari. Aku tinggalkan mereka. Aku biarkan mereka tanpa menolong. Aku pentingkan diri.
Tiba tiba ade sebuah kereta dan melanggarku. Aku hanya mampu melihat bayang rakan rakanku yang tidak mahu menolong aku. Dan terus gelap pemandanganku
"Paan wakeup wakeup mama and papa here paan wakeup" ujar kedua ibu bapa ku
Sedar sedar sahaja aku lihat ramai yang datang melawatku. Tiba tiba ibuku bersuara " paan i hope u strong dear, ur friend all dead "
Aku kaku dan tergamam. Aku tidak mampu lakukan apa apa. Aku rasa bersalah.
Damn kenapa aku tak call ambulans? Kenapa aku takminta tolong? Kenapa aku lari? Kenapa aku mungkir janji? Aliff, Syafiq, Tyra, Lisya.... Aku minta maaf
Sejak dari itu, hidupku diselubung rasa bersalah. Aku sering bermimpi rakanku. Dan dari sinilah kisah ini bermula.....
YOU ARE READING
Janji
Short Story'The Uncepted' sebuah kumpulan kawan yang telah berjanji sehidup semati walau apapun terjadi. Satu kejadian telah berlaku tanpa disedari oleh mereka. Sebuah janji telah diperjanjikan. Tanpa disedari itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir. Ber...