Bab 1

1.2K 58 2
                                    

'Tiupan angin yang menerjah mukaku, begitu mengasyikkan sehingga mampu menghilangkan duka dihati. Apakah yang harus aku buat untuk menghilangkan rasa sedih ini. Ya Allah,sesungguhnya aku masih perlukan kasih seorang bapa, aku masih tidak mampu berdikari adakah abang abangku mampu menjadi seorang yg bertanggungjawab? '

"Melissa sudah2 la tu jangan kamu ratapi kepergian papa x baik nnti papa terseksa dekat sana, banyak kan al fatihah untuk papa yer sayang?" Tutur mama.

"Baik ma , tapi lissa takut, lissa x kuat nak hadapi org lain ma, diorg x faham perasaan lissa ma , selain mama,papa,abang dgn adik x ade siapa yg faham lissa ,diorg tau sakitkan hati lissa jer ma"ucap melissa dalam tangisan.

"Lissa sayang mama tau mereka x ikhlas dgn lissa , lissa kena kuat jangan biar org pijak syg , jgn biar diorg buli lissa , kutuk lissa, lemahkan lissa, lissa kena jadi org yg kuat untuk lawan semua tu, kalau lissa x kuat lissa fikirkan yg lissa buat semua tu untuk arwah papa. Ok syg, jum masuk sejuk kat luar ni ."

Mereka masuk ke dalam rumah,disebabkan udara diluar sungguh sejuk lagi memilukan hati melissa. Sudahlah bapanya baru meninggal, teman lelakinya pula ditangkap khalwat dgn perempuan yg pernah ade scandal , khairudin. Nama yg dulu bertakhta di hati melissa tetapi dia jugalah yg menyakiti hati melissa. Sesungguhnya melissa sakit apabila lelaki yg disayanginya meninggalkan dia.

NUR MELISSA BINTI DATO SYAHRI nama yg tidak diketahui umum. Melissa merupakan seorg anak perempuan yg agak manja, dia satu2 cahaya mata perempuan Dato Syahri. Dia dikelilingi oleh 4 org abg, Mohd Aidil aizat , Mohd Syazwan, Muhammad Fayyad, Muhd Danial aiman. Mereka lah pewaris bagi harta 2 Dato Syahri, walaupun mereka semua lelaki tetapi mereka tetap sedar tanggungjawab yg telah ditinggalkan oleh ayahnya. Datin Irina seorg ibu yg penyayang dan tidak pernah x mengabaikan anak2nya. Semua kasih sayang dicurahkan sama rata. Walaupun mereka semua sudah besar panjang kasih sayangnya x pernah berbelah bahagi, walaupun melissa anak bongsu tetapi dia tidak berapa rapat dgn ibunya kerana melissa banyak mewarisi Dato Syahri, dia begitu rapat dgn ayahnya disebabkan itu lah melissa begitu sukar untuk menerima kepergian arwah ayahnya.

AUTHOR NOTE!
Hai ini baru novel pertama saya soo saya x berapa pandai nak buat novel ni , saya dapat inspirasi nak tulis novel ni sbb kak MELUR JELITA beliau banyak bagi idea untuk saya berangan. Soo bila saya tau pasal wattpad saya nak mencuba nasib la mana tau ade org nak baca. Saya tulis secara suka2. Nama2 yg terdapat didalam cerita ini hanya rekaan semata2 kalau ade yg sama saya ingin mohon maaf , saya hanya reka sahaja.

Hahah panjang sangat saya tulis cerita ni sbb saya nak merasai perasaan seorg ank yg kehilangan ayahnya, kalau boleh saya nak bagi org tu tumpang kasih sayang ayah saya. Saya sedih melihat mereka tidak bersemangat kerana kehilangan itu.
*saya x berharap nak kehilangan ayah , tapi sesuatu yg hidup itu pasti mati.

Keep vote if you think this story can take your heart.

To be continue....

kebahagiaan Dalam PerpisahanWhere stories live. Discover now