BARU sahaja melepaskan lelah menjawab peperiksaan penting yang akan menentukan permulaan kehidupanku, SPM. Sekarang aku sedang menunggu keputusan yang akan menentukan di mana aku akan melanjutkan pelajaran selepas ini. Cuti akhir tahun ni, aku buntu nak buat apa. Along dengan Angah tak ada. Dia orang sambung belajar kat luar negara dan tidak bercuti. Ala, kalau dia orang cuti pun mesti punya melancong negeri dia orang. Buat apa balik Malaysia. Hehehe...
Papa pun sudah kebosanan mengadap kertas kerja maka papa merancang untuk mengadakan percutian bersama teman-temannya. Setelah beberapa kali perbincangan, papa dan teman-teman papa telah menetapkan tarikh dan tempat. Papa memberitahu yang kami akan ke Genting Highland.
Aku sememangnya menunggu masa untuk ke mana-mana sahaja. Nasibku baik kerana dapat ke taman tema yang terkenal dan lama juga aku mengidam untuk menjejakkan kaki di sana. Tidak tahu kenapa hati terlalu gembira untuk ke sana dan aku dapat rasakan yang aku akan menghadapi sesuatu di luar jangkaanku dan semestinya sesuatu yang menyeronokan.
HARI yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku sudah lama berkemas hanya tersenyum di meja makan menikmati sarapanku. Aku pun mengisi masa dengan membaca novel sementara menunggu semua teman papa sampai di rumah. Aku menyalami mereka apabila mereka datang ke dapur. Agak kecoh juga apabila lima buah keluarga mengikuti vacation ini.
Apabila bas sudah sampai di perkarangan rumahku, masing-masing berpusu-pusu keluar meletakkan barang ke dalam perut bas. Aku hanya membiarkan sahaja mereka keluar dahulu, malas mahu berebut. Melihat hampir semua sudah masuk ke dalam bas, aku pun meletakkan bagasiku di dalam perut bas. Aku memerhatikan tangga rumah, kelihatan seorang jejaka sedang khusyuk membaca majalah Ujang. Aku pun menghampirinya.
"Rasanya, semua orang sedang menunggu awak." tegurku. Dia terkejut. Aku pun terkedu, segera aku mengalihkan pandangan dan berjalan laju ke arah bas. Aku pun masuk ke dalam bas tanpa pandang belakang. Argh, why is he joining the vacation? Aren't him suppose to be at the colledge? I'm dead.
"RASANYA, semua orang sedang menunggu awak." suara perempuan menyapaku yang sedang membelek majalah Ujang. Aku memandang pemiliknya. Dia.. Cantik.. Aku memandang wajahnya, seperti pernah jumpa.
Oh yaa, Azliana, anak uncle Arsyad. Bekas kawan rapatku. Kita orang selalu buat kerja gila masa kita orang menengah rendah. Aku, dia dan angah. Tapi aku dengan dia dah tak rapat. Kenapa? Aku sendiri tak boleh jawab. Kali terakhir aku jumpa dia, dia menjagaku ketika aku sakit di hospital selepas aku SPM.. Dah besar rupanya. Syaf pun bangun dan memasukkan bagasi lalu naik masuk ke dalam bas. Sudah penuh? Hanya tinggal sebuah kerusi di sebelah Azliana.
"Er.. Boleh duduk sini tak?" tegurku.
"Hurm, dah memang tak ada tempat lain kan? Duduklah.." jawabnya. Aku hanya tersengih.. Kami hanya berdiam diri sehingga sampai ke stesen kereta kable yang berada di kaki gunung.
AZLIANA memasuki sebuah kedai untuk membeli botol minuman.
"Assalam, saya Syafie." tegur seseorang dari belakang. Hurm, lelaki yang khusyuk membaca Ujang. Namun, aku tidak membalas sapaannya, aku hanya membalas dengan senyuman. Aku ingat kau lagi la..
"Awak tak kisah kalau saya nak belanja, kan?" tanya dia dengan berani. Aku memandang mukanya. Muka ikhlas, nasib handsome.
"Awak simpanlah duit awak dulu. Saya mampu beli 100 plus ni kalau setakat dua tiga ringgit ni..." jawabku sambil mengambil botol 100 plus di hadapanku dan menghampiri kaunter untuk membayarnya.
"Walau apa-apa pun, terima kasih dan saya Azliana.." balasku sambil senyum sebelum aku meninggalkan dia di kedai tersebut.
"Awak mesti dah lupakan?" tanya Syafie yang berada di sebelahku. Aku memandangnya.
YOU ARE READING
Suka.. Sayang.. atau Cinta..
Roman d'amourAzliana atau lebih dikenali dengan Az bertemu semula dengan Syafie Muhammad Zuhair atau Syaf, apabila papa Azliana, En. Arsyad mengadakan percutian bersama-sama teman-teman rapatnya di Genting Highland. Dalam masa hanya lima hari, kenangan manis te...