Bab 7

2.7K 88 0
                                    


SEJAK kejadian tadi, aku sudah tidak tenang. Sampai sahaja di tapak, ramai sudah pelik melihat Zack sedang mengendongku. Umar masih lagi dalam trek. Umar, cari bendera banyak-banyak. Aku tak jumpa satu pun. Huhu..

Aku sekarang sedang mengurut lembut pergelangan kakiku. P-Joe datang menghampiriku sambil tersenyum. Dia melipat sedikit seluar trekku. Aku memandang P-Joe yang sentiasa mengambil berat mengenai aku dan Umar. Hehe, cakap pun dia fasi kumpulan kami dan rapat pula tu dengan kami.

"Sakit lagi ke?" tanya P-Joe. Aku mengangguk.

"Meh sini..." P-Joe mengambil ubat yang berada di sebelahku. Dia baru sahaja nak meletakkan ubat di tangannya tapi botol ubat itu telah dirampas oleh seseorang.

"Biar aku buat." kata seseorang sambil meletakkan ubat di tangannya. Aku sudah menyampah. Cet~ nak buat baik lak.. Aku terus melihat tempat lain.

"It's my fault ok.. Aku yang terkejutkan dia." kata Zack dengan selamba apabila P-Joe memandangnya dengan pelik.

"Tak payah nak bagi alasan la bro. Aku kenal kau dah berapa tahun." Kata P-Joe lalu melangkah meninggalkanku dengan Zack.

"Macam mana study?" tanya Zack. Aku terkejut mendengar soalan yang keluar dari mulut Zack. Aku memandang wajahnya. Dia masih tenang. Aku segera memandang tempat lain apabila mata kami bertembung.

"Hurm, ok je.. Biasalah, cakap pun pelajar. Stress itu normal." jawabku.

"Macam mana life?" tanya Zack lagi.

"Macam tu je la. Nothing change. Tak ada yang ambil kisah pun. Alang pun tak de la nak fikir sangat." jawabku selamba. Aku dapat merasakan tangan Syafie tiba-tiba terhenti tapi tak lama kemudian dia menyambung mengurut kakiku.

"Syaf lak. Auntie Zi cakap yang Syaf ada bawa seorang perempuan. Siapa? Special ke?" tanyaku. Apa? Curious ok! Syafie memandang ke dalam mataku. Wajahnya sedikit terkejut. Mungkin tidak menyangka aku mengetahui mengenai hal itu.

"Hurm, tak pasti lagi sebab status Syaf sekarang. Syaf pun tak pasti nak cakap macam mana. Syaf kalalu boleh nak lepaskan alang sebab Syaf tahu alang terseksa macam ni. Syaf sendiri pun masih tak pasti nak kahwin dengan dia ke tak." jawabnya. Aku yang mendengar kata-kata Syaf sudah mula tak sedap hati. Woi! Aku jadi janda dalam umur 24 tahun. GILA!

"Owh.. Syaf tahukan alang ada cerita dengan Syaf, kalau alang kahwin, alang nak kahwin sekali je." kataku, perlahan.

"Itu yang Syaf tengah fikirkan. Syaf cuba nak pertahankan tapi alang sendiri tahu tanpa perasaan cinta antara kita. Mungkin perkahwinan ini tak akan lama." aku tahu Syaf menjaga tutur katanya. Aku sendiri pun tak kisah sebenarnya. Apa yang berlaku ni memang membuat aku terseksa. Kalau dia nak lepaskan aku pun aku kurang kisah. Cuma tentangan daripada keluarga. Tapi kejap! Fikir balik, kalau betul aku jadi janda masa umur 24 tahun, takkan aku nak menjanda sampai ke tua? Er...

"Bila Syaf kahwin dengan dia?" tanyaku.

"Parents dia cakap paling lambat pun hujung bulan tiga tahun depan." kata Syaf. Aku mengangguk. Kalau macam tu, time tu aku dah graduate la.. Aku habis belajar awal bulan tiga.

"Owh, then alang ada satu je permintaan." kataku dengan spontan.

"Anything. Please.. Persetujuan alang dengan perkahwinan Syaf lagi besar." katanya. Aku melihat matanya, wow. Dia serius. Aku berdeham, terasa anak tekakku tiba-tiba gatal.

"Then, lepas kem hingga malam terakhir sebelum Syaf nikah dengan dia. Jadi suami yang sebenar untuk alang. Boleh?" kataku. Syaf memandangku. Dia merenung ke dalam anak mataku. Aku membalasnya. Dia seakan membaca mataku. Kemudian dia memandang ke arah lain.

Suka.. Sayang.. atau Cinta..Where stories live. Discover now