TIDAK sampai beberapa suap, handsetku berbunyi. Masej masuk..
'Keluar kat balkoni, bawak meja dan kerusi.. Makanan sekali.. Jom makan sama-sama...'
Selepas membaca mesej tersebut, aku terus keluar ke balkoni dan pandang sebelah. Kelihatan, Syaf sedang menjamu selera di atas meja kecil. Aku pun mengangkat meja kecil dan kerusi..
"Mana la dia dapat idea kelakar ni.." kataku sendiri. Aku pun makan bersamanya di balkoni..
"Makan apa tu?" dia bertanya, mematikan suasana yang sunyi..
"Hurm, nasi goreng kampung.. Awak?"
"Nasi goreng paprik.. Macam sedap je..." katanya.. Secara automatik, aku menyudu sedikit nasi dan memberikan kepadanya. Yang aku tak sangka, dia terus makan. Nak bersuap pula dia..
"Nah, sedap.. Rugi tak rasa.." katanya sambil menghulurkan sudu. Aku malas nak ambil, aku pun bersuap sama dengannya.. Muka Syaf pun terkejut tapi dia hanya tersenyum selepas itu.
Kami meletakkan semula meja dan kerusi di tempat yang sepatutnya. Aku terus membaringkan diri atas katil.. Tak sangka.. Gatalnya Nur Azliana binti Mohd Arsyad ni!! Lantas aku tergelak besar...
KEESOKKAN harinya, aku dapat mesej yang dia mahu aku tunggu di lobi breakfast sama-sama dengannya. Sudah hampir dua jam aku menunggu, aku terus bla.. Aku tengah kebulur ni, lagi mahu aku tunggu.. Mendengar ada orang seperti mengejarku dari belakang, aku buat tidak tahu.
"Sorry Az, saya tertidur. Semalam tak boleh tidur.. Maafkan saya." katanya. Aku memandangnya, melihat dia termengah-mengah seperti baru lepas berlari 100 meter. Aku teruskan perjalanan. Dia tidak mengejarku.. Fine...
SELEPAS solat isya', loceng berbunyi. Aku melihat la di lubang, housekeeping? Aku tak ada pula call, baru bercadang sahaja. Aku pun buka pintu..
"Assalam, Cik Azliana?"
"Wasalam, ya saya."
"Ikut saya, ada orang menunggu cik di restaurant.." aku teragak-agak mahu ikut.
"Cik jangan risau, dia orang yang cik kenal.." katanya.
"Tunggu sekejap ye.." kataku. Aku pun masuk mengambil barang-barang yang sepatutnya.
Aku pun keluar mengekornya dari belakang. Masuk sahaja dalam restaurant itu, tidak ada orang? Kosong? Cakap pun sudah jam 10 lebih. Siapa je lagi tengah makan. Bila masuk betul-betul, nampak Syaf.. Aku pusing mahu kembali ke bilik tetapi pintu telah ditutup bermakna aku tidak boleh keluar. Aku pun ikut je la rentak dia. Aku duduk, dia pandang aku.. Aku membalas pandangannya.
"Masih marah ke?" dia bertanya. Aku mengangkat bahuku.
"Hurm, marah la tu.." jawabnya perlahan.
"Kita makan dulu lah.." katanya. Selepas menghabiskan makanan, kami hanya berdiam diri.
"Saya nak minta maaf sebab pagi tadi. Saya bukan sengaja.." katanya. Aku hanya mendengar apa yang dia mahu katakan.
"Malam tu, saya memang tak boleh tidur. Sebabnya?? Biarlah saya seorang sahaja yang tahu but jangan salah faham. Saya memang tak boleh bagitahu awak sebab takut awak gelak." katanya. Aku memandangnya dengan wajah ingin tahu. Relax Az, dia tak nak bagitahu.. Suka hati dia la..
"Hurm, saya harap awak dapat maaf kan saya kalau saya bagi awak something.." katanya.. Aku pun berkerut.. Something?
"Awak pusing la belakang.." katanya. Aku pun perlahan-lahan pusing. Kelihatan teddy bear besar sedang duduk di meja belakangku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suka.. Sayang.. atau Cinta..
RomanceAzliana atau lebih dikenali dengan Az bertemu semula dengan Syafie Muhammad Zuhair atau Syaf, apabila papa Azliana, En. Arsyad mengadakan percutian bersama-sama teman-teman rapatnya di Genting Highland. Dalam masa hanya lima hari, kenangan manis te...