AKHIRNYA sampai juga kami di tapak perkhemahan. Aku akan satu khemah dengan Dila, Hairina dan Qila. Nasib la tak satu khemah dengan budak-budak tu. Sakit jiwa dan sanubariku. Haha.. Kami merehatkan diri sehingga solat Maghrib. Malam ni, kami ada Night Walk plus solodrop berkumpulan. Hurm, ok la kot sebab tak ada la cuak sangat sebab ada lima orang yang akan menemaniku. Hehe.
Beto suruh perempuan berada di tengah so kedudukan kita orang, Umar depan sekali, aku, Dila, Sai dan Beto. Aku dengan Dila dan berpegangan tangan dan aku dengan Umar rapat gila. Aku memegang jaket belakangnya. Kalau masa seorang-seorang, bulan ada. Malam ni, gelap gelita sebab bulan tak ada, diliputi oleh awan. Kami dibekalkan dua je pula tu torchlight. Satu di hadapan, satu lagi untuk orang belakang. Torchlight yang mangkuk pula uh. Yang malap juga dia orang bagi. Kejam!
Dah la petunjuk hanya diikat pada pokok, tak ada tali petunjuk macam dulu. Bendera pun merata dia orang letak. Aku dapat jumpa satu je. Umar dapat dua. Ketua kumpulan, Beto pun dapat satu. Dila senyap je. Tak dapat la kot. Kami pun sampai di checkpoint.
"Ok, semua dapat berapa? Bagi aku semuanya." bisik Beto. Kami sampai berani nak keluarkan suara sebab gelap sangat. Hehe..
"Ok, semua yang dapat kita kumpul tujuh bendera so lepas ni dapat jumpa tiga lagi pun tak pe. Asalkan misi tercapai." kata Beto dengan perlahan. Hehe, kami memang sudah meletakkan minimum bendera untuk kami cari.
"Baiklah, kumpulan D.. Sila ikut kami sekarang." kata abang fasi. Kami pun bangun dan mengikut abang fasi itu. Dia meletakkan kami di tepi kawasan sungai. Sungai tu jauh lagi tapi kami dapat dengar air yang deras mengalir di belakang kami.
"Kami akan datang dalam masa 10 minit lagi." kata abang fasi.
"Er.. Kita orang nak buat apa?" tanya Sai.
"Selepas 10 minit nanti, kami akan berikan tugasan." kata abang fasi. Aku hanya mengangguk.
10 minit kemudian..
"Ok.. Ni adalah tugasan anda. Ingat sentiasa cari petunjuk. Jangan sesat. Goodluck!" abang fasi meninggalkan kami. Kami membaca surat yang diserahkan oleh abang fasi.
Treasure Hunt..
Pergh gila nak cari harta karun malam-malam buta ni.
Anda dikehendaki mencari sebuah kotak. Kotak ada banyak. Ia berada di sekitar kawasan anda berada sekarang malah di sekitar perjalanan anda pulang ke tapak perkhemahan. Kandungan dalam kotak juga berbeza. Siapa dapat menjumpai kotak mengandungi kunci emas, kumpulan itu mendapat bonus dan siapa menjumpai kotak mengandungi duit syiling 50 sen, kumpulan itu dapat 100 markah. Kepada kumpulan yang menjumpai kotak mengandungi sebuah kertas bertulis selamat, anda akan terselamat dari sebarang dendaan. Bawa pulang sekali kotak yang anda pilih.
Sila pulang ke tapak perkhemahan tepat jam 2 pagi.
"So bos, target apa?" tanya Dila kepada Beto.
"Kalau boleh cari kunci emas la. Cikai un dapat 50 sen tu." jawab Beto.
"Tapi cari dulu kertas selamat tu, kalau dah jumpa tu, sekurang-kurangnya terselamat juga la. Bila terjumpa dengan dua benda tu, baru kita switch dengan kotak yang ada dekat kita." Sai memberi cadangan.
"Good idea Sai." aku memberi thumb-up. Sai tersengih. Kami pun mula mencari kotak yang berada di sekitar kawasan kami. Aku mencari dengan Dila dan Beto. Sai dan Umar mencari di belah sana. Ada banyak kotak yang kami jumpa. Ada yang kosong, ada kertas yang memberi smiley cibir, ada kotak yang berbau busuk, ada kotak mengandungi ular tipu, banyak lagi la.
"Beto!" kami terdengar jeritan sekali Umar dan Sai yang memanggil ketua kumpulan kami. Kami terus berlari ke arah mereka.
"Kita orang jumpa kertas selamat." tunjuk Sai dengan membuka kotak tersebut. Terpampang perkataan 'SELAMAT' yang besar.
"Ok la.. Kita cari je la kotak lain dalam perjalanan nanti. Yang penting dah selamat. Aku dah ngantuk ni." kata Beto. Kami semua setuju apabila melihat jam sudah pun menunjukkan waktu sudah hampir pukul dua. Kami berjalan dengan tenang sambil mata meliar mencari kotak. Ada je kotak yang kami jumpa, tapi semua yang lain. Ada juga kami jumpa kotak yang mengandungi kertas selamat tapi kami biarkan. Tak nak kejam dengan kumpulan lain.
"Az.. Nampak tak kotak tergantung tu." kata Dila. Aku memandang arah yang ditunjukkan oleh Dila. Aku mencari kotak itu. Hehe, kotak tu betul-betul tergatung. Aku mencuit Sai.
"Sai.. Ada kotak pelik la.." kataku. Sai memanggil Beto dan Umar.
"Nak amik ke tak?" tanya Dila.
"Entah la.. Rasanya?" aku bertanya kembali.
"Jom la cuba." Umar sudah menghampiri kotak tersebut. Umar melompat sedikit dan kotak itu sudah berada di tangan Umar. Umar mendekati kami dan dia meletakkannya di tanah. Jantung kami sudah berdegup dengan laju. Beto perlahan-lahan membuka kotak tersebut. Kedengaran seperti bunyi kamera menangkap gambar kami. Kami membuka kertas yang berada dalam kotak.
Tahniah, mata kalian tajam. Kumpulan anda akan menerima tugasan tambahan kerana telah memilih kotak ini. Kertas selamat tidak dapat menyelamatkan anda. Semoga bertahan.
"Aduh.. Wa kena beb.." kata Beto. Kami semua mengeluh. Kami pun pulang ke tapak perkhemahan dengan muka mencuka. Kami merupakan kumpulan terakhir.
"Baiklah tahniah kepada kumpulan B kerana jumpa duit 50 sen. Anda akan dapat 100 markah tambahan. Yang lain hanya akan mendapat 50 markah. Hurm, nampaknya tiada sesiapa yang menjumpai kunci emas. Tak apa..." kata abang Nami sambil tersenyum makna.
"Kumpulan D, sila ke hadapan." Zack memanggil kumpulan kami.
"Baiklah, kumpulan ini telah menjumpai kotak perangkap. Mereka akan bertugas berjaga pada malam ni. Jadi yang lain boleh tidur dengan nyenyaknya. Berterima kasihlah kepada mereka ye.." kata Kak Tia. Yang lain bertepuk gembira kerana malam ni, mereka tak akan terganggu untuk bertugas.
"TAK memasal je kena bertugas malam ni.." rungut Sai. Aku yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.
"Ala.. Relaks la.. Bukan susah pun tugasan tambahan ni. Daripada dia orang buat benda pelik-pelik." kata Dila.
"Cantik la bintang malam ni.." kata Umar. Kami sedang berbaring keliling unggun api sambil memandang ke atas. Beto sedang pusing sekejap di sekeliling tapak perkhemahan untuk memastikan kawasan selamat.
"Hurm, bulan je tak kelihatan." kataku.
"Itu pun sebab tertutup dengan kawasan hutan sebelah sana." kata Beto yang menghampiri kami.
"Siapa nak maggi?" tanya Dila.
"Nak!" kata kami semua serentak. Dila pun mengambil maggi cup dalam khemah dan aku menolongnya memanaskan air.
"Pergh, sedap gila makan maggi sejuk-sejuk ni." kata Umar dengan penuh nikmat. Aku dan Dila tergelak kecil mendengar kata-kata Umar.
"Kau ni.. Senonoh la sikit." Sai menegur. Umar hanya menyengih.
"Ha, makan tak ajak.." kata abang P-Joe. Dila menghulurkan semangguk lagi maggi kepadaku. Aku memasukkan air panas dalamnya dan menghulurkan kepada abang P-Joe.
"Sorry la, abang P-Joe.. Tak memasal abang kena berjaga malam ni.." kata Dila.
"Ala, small matter la.. Bukan selalu un kita dapat tidur luar ni. Kau orang pun dah seronok tidur dalam bilik kat dorm tu kan.. Malam ni, rasa kenikmatan alam la.. Susah tau.." kata abang P-Joe.
"Bro selalu ke join kem-kem macam ni?" tanya Sai.
"Hurm, dulu time remaja dulu gila-gila la.. Tapi lepas masuk U, kurang sikit la.. Ni join pun sebab Zack yang mengajak." kata P-Joe.
Banyak juga yang kita orang borak. Dari cerita filem ke cerita hantu.. Hahaha, memang tak sah kalau tak ada cerita hantu.. Lambat juga kita orang semua tidur. Turn kumpulan seterusnya jam lima pagi. Pergh, memang langsung tak sedar la dah jam lima pagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suka.. Sayang.. atau Cinta..
RomanceAzliana atau lebih dikenali dengan Az bertemu semula dengan Syafie Muhammad Zuhair atau Syaf, apabila papa Azliana, En. Arsyad mengadakan percutian bersama-sama teman-teman rapatnya di Genting Highland. Dalam masa hanya lima hari, kenangan manis te...