Bab 10

3K 110 3
                                    



"AZLIANA, Syaf nak minta maaf." suara Syaf memecahkan keheningan pagi hari. Aku memandangnya. Dia sedang berbaring disebelahku tanpa memakai baju.

"Syaf sebenarnya terkejut yang Syaf dah habiskan waktu bujang Syaf dengan berkahwin dengan Az.. Syaf dah anggap Az macam adik Syaf sendiri. Syaf tahu mummy dengan mama ada niat nak jodohkan kita tapi Syaf kalau boleh nak ada perasaan cinta itu sebelum berkahwin. Bila keadaan jadi macam ni. Syaf jadi keliru. Syaf memang sayangkan Az, Syaf pun tahu. Jatuh cinta pada Az tak mustahil.

Syaf nak minta maaf sebab tinggalkan Az macam tu sahaja. Syaf selalu dengar cerita daripada mummy pasal Az. Syaf mendiamkan diri sebab Syaf tak berani nak berdepan dengan Az selepas Syaf tinggalkan Az macam tu sahaja. Syaf tak sedar yang Az pun mangsa keadaan. Syaf nak minta maaf." katanya perlahan.

"Syafie Muhammad Zuhair.." aku menyebut nama penuhnya. Dia memandangku.

"Az tak terasa pun dengan apa Syaf dah buat. Cuma Az rasa sedih bila Syaf tak langsung contact Az dan membiarkan Az macam ni. Walaupun diberi kebebasan, Az rasa terikat seperti gantung tak bertali. Rasa terseksa tapi Az maafkan Syaf. Sekurang-kurangnya Syaf berterus-terang dengan Az. Az cuma harapkan sesuatu yang tak sukar untuk Syaf lakukan. Nanti Az bagitahu." kataku perlahan. Syaf menghampiriku, dia membaringkan kepalanya di pehaku.

"Dulu, Syaf selalu cemburu angah dengan along tidur kat peha Az. Syaf tak ada adik perempuan. Kakak pun tak ada. Nak manja dengan mummy, segan la pula.." kata Syaf. Aku hanya tergelak.

"Apa la.. Dengan mak sendiri un nak segan, kan dah kempunan.." kataku.

"Tak apa.. Sekarang dah ada Az, boleh baring macam ni hari-hari." katanya. Aku terus terdiam. Aku memejamkan mataku. Tak lama kemudian, aku sudah pun tertidur.

"Sweet dream Az.. Thanks for everything.." kata Syaf dengan perlahan.

APABILA aku tersedar, Syaf berada dekat denganku dan aku sedang tidur di bahunya. Aku tidak mengejutnya. Aku melihat jam. Aduh, waktu lunch. Patut la lapar. Aku mengambil pakaianku yang sudah kering dan memakainya. Aku mengambil baju Syaf juga.

"Syaf... Bangun Syaf.." aku mengejutkan Syaf. Syaf terkulat-kulat. Syaf menutup kembali matanya kerana silau. Aku menghalang cahaya matahari. Syaf membuka matanya kembali.

"Jom.. Dah lunch.." kataku sambil menghulurkan baju kepadanya. Syaf pun bangun dan memakainya. Aku memandang tempat lain kerana segan melihat tubuh badannya. Syaf memegang tanganku. Kami jalan sambil berpegangan tangan. Er.. Huhu.. No komen..

"UNTUK aktiviti kamu pada petang ini, kamu dikehendaki untuk merebut bendera pasukan lawan. Sesiapa yang dapat merampas bendera pasukan lawan dahulu dikira pemenang dan akan ke mara untuk merebut gelaran juara. Apabila anda mendapat gelaran juara, anda akan berlawan dengan pasukan fasi untuk hadiah bonus. Kalau kalah, anda hanya dapat memungut 100 mata.." kata abang Nazmi atau panggil sahaja abang Nami.

"So apa target?" tanya Sai. Beto menumbuk tangannya.

"Masa tu, kita tak dapat jumpa kunci emas dan dapat kotak perangkap lagi. So hari ni.. Aku nak kita kalahkan fasi-fasi kita.. Ok guys?" kata Beto dengan bersemangat.

"Alright sir!" jerit kami dengan bersemangat.

Keseluruhan ada lapan kumpulan. Permainan adalah kalah mati. Ada tiga perlawanan antara kumpulan untuk menjadi juara. Kami dapat mengalahkan kumpulan A dengan mudah. Yeah, semangat juang kami makin bertambah apabila kami dapat mara ke final dengan mengalahkan kumpulan H.

"Juara semakin dekat dengan kita. Mari kita kalahkan kumpulan G!!" Beto sudah mengerah keringat untuk mendapatkan hadiah bonus. Aku dan Dila menahan gelak tetapi itulah yang membuatkan kami serius untuk menang. Beto merupakan ketua kumpulan yang mantap.

Suka.. Sayang.. atau Cinta..Where stories live. Discover now