Bab 2

4.3K 118 5
                                        



KEESOKKAN harinya, aku bangun seperti biasa. Selepas mandi dan solat subuh, aku turun ke lobi untuk makan sarapan bersama semua orang. Selepas bersarapan, aku minta izin papa dan mama untuk berpecah. Aku mahu menghabiskan masa hari ini di Indoor Theme Park. Aku pun berjalan berseorangan ke arah taman tema tersebut..

Tiba-tiba ada tangan yang memegang bahuku. Secara automatik, aku memegang dan memusingkan tangan terus aku berada di belakang penjahat itu sambil memegang tangan empunya di belakang badannya.

"Az.. Az.. Saya ni, Syafie.. Wei... Au.." jerit Syaf yang berada di hadapanku.. Aku terkejut terus melepaskan tangannya.. Syaf membetulkan uratnya.. Aku memandang dengan muka tak bersalah..

"Patutlah berani jalan seorang diri.."

"dan sepatutnya awak beri salam.." perliku.. Dia mengangkat kedua belah tangan bermakna mengaku kalah.. Sedar pun salah..

"Nak pergi mana?"

"Nak enjoy.." kataku sambil meneruskan perjalanan.. Syaf pun berjalan di sebelahku. Dia hanya mengekor ke mana sahaja aku pergi..

Sampai sahaja di Indoor Theme Park, aku terus membeli tiket dan bergerak ke gendola yang berpusing di sekeliling taman tema. Aku perlu mengetahui di mana patut aku mula untuk beriang-ria. Kebosanan menghimpit apabila terpaksa beratur panjang, Syaf di sebelahku menegur..

"Jom bet nak?" bisiknya sambil mengangkat kening.

"Nak bet apa?"

"Ok, firstly, pilih satu je gendola yang awak nak sangat naik dan satu lagi yang paling tak nak.." katanya. Aku pun pandang gendola yang ada.. Dragon.. Yes, itu yang aku nak..

"Saya nak dragon dan kapal, and paling tak nak swan.."

"Then saya just ambil yang lebih tu.."

"Pemenang akan dapat?"

"Hurm... Orang yang kalah kena jadi hamba kepada orang yang menang.."

"Set.." kataku.. Selepas beberapa minit menunggu. Tinggal enam orang yang berada di depan kami. Aish, tidak!!! Tak mungkin....

Nampaknya aku terpaksa menerima kenyataan, aku naiklah gendola swan yang cantik tu.. Aku tidak menegurnya, hanya memerhatikan keadaan di bawah dan menghafal serba sedikit laluan ke tempat yang mahu dituju..

Kami sudah kembali di tempat kami mula tadi. Syaf tidak tahu apa-apa yang sedang aku rancang. Aku terus sahaja berlari setelah aku keluar.. Syaf pula terus mengejarku dari belakang. Disebabkan ramai orang dan aku berada dihadapan, Syaf kehilanganku. Namun ada jugalah beberapa kali hampir tertangkap. Aku berada di tangga bawah, Syaf pula di tangga atasku, nasib menyebelahiku kerana dia tak perasan aku di bawahnya. Aku pun berlari masuk ke Snoworld yang terlindung di belakang.

Selepas mengambil baju sejuk dan glove, aku terus masuk ke rumah yang dibina. Comel.. Aku suka.. Sedang memerhatikan rumah itu, tiba-tiba handphoneku berbunyi... Nombor siapa ni? Aku terus mengangkatnya..

"Hello.. Salam, boleh saya cakap dengan Azliana.." suara Syaf kedengaran di corong telefon..

"Wasalam, Azliana? Cowok ini siapa? Maaf dong, tiada siapa-siapa yang bernama Azliana di sini..." balasku selepas menutup hidungku untuk menukar suara berlainan. Aku sempat berfikir untuk menggunakan bahasa Indonesia.. Hahaha..

"Oh, maaf mengganggu.." katanya dan terus menutup talian. Aku menahan gelak..Tak sangka boleh terfikir untuk berbuat begitu. Aku pun turun dan mengambil ais krim yang telah aku beli.. Aku pun menikmati ais krim dengan memandang di luar cermin.. Alamak, Syaf.. Aku menyorok di balik dinding dan mengharap dia tidak perasanku.

Suka.. Sayang.. atau Cinta..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang