Bab 5

3.1K 95 1
                                        



"MAK!!!" aku terjerit kecil.

"Apa terjerit-jerit tu Az?" jerit mama pula.

"Az terjatuh la ma. Sorry, terjerit.." kata Azliana sambil tersengih.

"Hurm, gopoh.. Macam mana boleh sampai terjatuh ni?" Tanya mama apabila melihat Azliana sedang menggosok perlahan pinggangnya.

"Hehe, tersalah langkah masa turun tangga tadi." jelas Azliana. Pantas mama menggeleng.

"Ni budak seorang ni, pagi-pagi dah kecoh." kedengaran suara papa dari belakang.

"Papa ni, cam tak tahu je Az tu camne." kata Azhary aka Along.

"Along kalau tak cari pasal dengan orang pagi-pagi ni tak sah." marah Azliana.

"Alang kalau tak memekak pagi-pagi tak sah gak kan?" sampuk Amier aka Angah. Mulutku sudah menampakkan mulut itik.

"Buruk isteri orang buat mulut camtu.." mama menyentuh lembut bibirku. Mukaku makin keruh.

"Ok-ok.. Tak sebut lagi.. Sorry sayang.." Mama cuba menjernihkan keadaan. 'Hai anak aku seorang ni.. Keras lagi hatinya rupanya'.

"Siapa hantar Amy dengan Am? Alang gak ke?" tanya Amylia yang hanya memerhati dari tadi. Amzar disebelahnya memandangku yang duduk di hujung meja.

"Lagi mahu tanya.." kata Azliana.

"Kan ada Along dengan Angah tengah cuti, mana tahu dia orang yang nak hantar ke.." jawab Amy.

"Pernah ke dia orang nak hantar you all pergi sekolah?" tanyaku pula. Sudah ternampak sengihan lebar Amy dan Am. Along dan Angah pula hanya mengangkat tangan, surrender. Mama hanya tersenyum memandang kerenah anak-anaknya.

"Ok.. Darling-darling.. Jangan nakal-nakal.. Study rajin-rajin.. Macam biasalah.." pesan papa sambil mengusap lembut rambut Am dan mencium kepala Amy. Aku, Along dan Angah mendekati papa dan menyalamnya. Papa pun bergerak ke office.

"Ma, kita orang pergi dulu.." tegur Amy dan Am. Mereka menyalami mama dan segera berlari ke arah keretaku.

"Ma, Az macam biasa, nak pergi jog dengan Ju.. Dalam pukul lapan, Az balik.." kataku sambil menyalami mama.

"Hurm, careful.. Kirim salam pada Cik Mira ye?" pesan mama. Aku mengangguk.

"Alang masih macam tu ke?" tanya Along. Mama mengangguk.

"Tak tahu la nak cakap macam mana Long.. Dia sendiri tak suka kat Syafie tu. Mama pun rasa macam mama dah tersilap langkah. Dah jadi dah pun.." mama berasa bersalah. Mama duduk di sofa.

"Mama jangan camni, mama tak salah pun. Mama nak yang terbaik je untuk alang.. Angah kenal Syafie un dah lama.. Syafie tu baik ma. Cuma angah pun tak pasti kenapa dia tinggalkan alang macam tu." kata Angah sambil mendekati mama. Angah membaringkan diri dan meletakkan kepalanya di riba mama.

"Along pun pelik. Bila jadi cam ni, seorang kat hulu, seorang lagi menghilang." kata Along yang sudah pun duduk di hadapan mama.

"Kau orang lupa la tu, Syaf mana ada hilang la.. Dia kan selalu fly sana, fly sini." mama mengingatkan semula anak-anaknya.

"Kot ye pun, tak de la sampai senyap macam ni." marah Along. Mama hanya menghela nafas.

"Sabar la Long, dia orang kahwin pun sebab mama dengan Cik Nia." Kata mama.

"Tapi bukan dia orang kantoi dengan mama pasal..." angah tidak menyambung kata-katanya. Mama mengangguk.

"Tapi kita tahu kebenarannya, mereka tak buat apa-apa pun..." kata Along.

Suka.. Sayang.. atau Cinta..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang