KAMI sedang menjamu selera bagi makan malam. Kemudian bergerak ke surau untuk solat Isya'. Aku keluar dari surau perempuan, Syaf sedang menungguku di bangku yang disediakan. Aku menghampirinya, tiba-tiba dia menarikku. Kami berlari ke monorrel. Kami terus masuk kerana tidak ada orang yang menunggu. Di hadapan kami hanya seorang kanak-kanak lelaki bersama kakaknya.. Suasana senyap..
Tiba-tiba handsetku berbunyi. Tanpa kami sedar, kami tidak melepaskan tangan sehingga aku mahu mengambil handsetku. Kami buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mama call..
"Assalam, ma.."
"Wasalam, Az kat mana tu?"
"Kat Outdoor Theme Park.. Kenapa ma?"
"Tanya je.. Dengan Syaf ke?"
"Aah.." tiba-tiba handset Syaf pula berbunyi.. Aku hanya memandang Syaf menjawab panggilan tersebut.
"Kamu jaga diri, esok pukul 1 kita check-out tau.. Kirim salam Syaf"
"Hurm..."
"Bye.. Assalam.."
"Night ma.. Wasalam.." aku memutuskan talian. Aku memandang Syaf, dia sedang bercakap dengan seseorang..
"Ye ma.. Jangan risau la.." dia berkata. Oh, auntie Nia.. Dia pun memutuskan talian..
"Mama kirim salam.." kataku..
"Mak pun kirim salam.." katanya..
KAMI pun berjalan perlahan, esok dah balik. Mungkin aku tak dapat jumpa dengan dia lagi lepas ni.. Tanpa aku sedari, dia menghilang. Aku mencarinya di sekitar kiri dan kananku. Aku duduk la di bangku berdekatan.. Tak sampai lima minit, ada orang menghulurkan gula-gula kapas dari belakang. Aku terkejut. Syaf!
"Thanks.." kataku. Aku pun mengambil gula-gula kapas dari tangannya. Kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba dia mencuri aku punya gula-gula kapas, banyak! Aku geram melihat dia tergelak. Aku cuba mengambil bahagian aku semula.. Tak dapat.
"Syafie!!" jeritku dengan geram. Syafie meninggikan gula kapas dan aku tak dapat nak mencapainya tetapi dengan menggunakan helah, aku terus mengambil tangkai gula-gula kapas di tangannya. Aku larilah.. Syafie geram melihat aku mencuri semua gula-gula kapasnya, dia mengejarku dari belakang.
Tak lama kemudian, aku berhenti. Sudah tidak larat nak berlari. Nasib aku lari ke arah hotel, tak perlulah kami berpusing semula. Kami pun duduk di lobi selepas aku memulangkan semula gula-gula kapasnya. Penat!
"Esok sudah balikkan?" katanya.. Aku hanya mengangguk.
"Rasanya kita dapat jumpa lagi tak?" Syaf bertanya. Aku hanya mengangkat bahuku.
"Entahlah..."
"Rasanya Az tak lupa yang kita pernah jadi bestfriend dulu. Syaf un tak pasti kenapa kita dah tak rapat macam dulu. Tapi yang pasti Syaf rindu la dengan kita yang dulu." Kata Syaf.
"Kenapa? Kita yang sekarang ni lain ke? Rasanya time kita jumpa awal-awal dulu lain la. Sekarang dah ok kan?" tanyaku. Syaf memandangku.
"Hurm, itu yang Syaf rasa lega tu.. Kita dah tak macam orang asing. Pada hal, kita punya rapat dulu macam tak boleh nak berpisah." Kata Syaf. Aku hanya tersenyum apabila mengingati kenangan lalu.
"I'm having a great time with you.." kata Syaf. Aku pun mengangguk.
"Yeah, me too."
"I like you Az.. As a friend. Syaf suka ada kawan macam Az." Kata Syaf.
![](https://img.wattpad.com/cover/55887256-288-k370977.jpg)
YOU ARE READING
Suka.. Sayang.. atau Cinta..
RomanceAzliana atau lebih dikenali dengan Az bertemu semula dengan Syafie Muhammad Zuhair atau Syaf, apabila papa Azliana, En. Arsyad mengadakan percutian bersama-sama teman-teman rapatnya di Genting Highland. Dalam masa hanya lima hari, kenangan manis te...