DPN|1

70.5K 2.5K 187
                                    

Kasut flat tapak rata yang elok tersarung di kaki itu aku pandang tanpa sebarang riak. Kaki memguis perlahan rumput rata tersebut.

Nafas berat ku hela perlahan.

Kenapa ya hidup ni complicated dan penuh ketidaklogikan?

Tangan aku kepal erat penuh perasaan sebelum menumbuk permukaan rumput tersebut. Sekali. Sekali lagi. Dan berkali kali.

Mahu meluahkan rasa yang bagai menjerut tekak ini.

Mahu menjerit.

Tapi aku masih ingat aku berada di mana. Masih ingat yang aku masih punya tuhan untuk diluah.

Aku perhatikan diri aku yang elok bersila di atas rumput di padang ini. Pagi masih hening. Tiada kelibat menusia pun lagi. Untuk bersenam mahupun untuk riadah.

Keluhan dilepas lagi.

Sudah banyak kali aku mengeluh hanya dalam waktu singkat pagi ini. Dan sejak semalam lagi. Seja aku terima berita tersebut. Bahkan tidur semalam pun lena tidak mahu menjengah.

Tuhan.

Mengapa aku yang dipilih?

Rintik hujan mula turun.

Aku bagai tersedar.

Ya. Aku masih punya tuhan. Allah yang maha berkuasa. Aku masih boleh mengadu padanya.

Tuhan.

Aku lupa. Maafkan aku.

Day before this day.

"Along!!abi ngan umi panggil."Erina atau aku panggil angah melaung nama aku dari tingkat bawah.Sopan punya adik!Nampak tak pemalasnya disitu.

Aku pon dengan berat hatinya menutup telefon dan menyarung tudung lalu turun kebawah.Bukan apa,abi telah mengajar kami agar sentiasa memelihara aurat kami adik beradik.Meh nak cakap sikit aku ni ada enam beradik dan semuanya perempuan.Abi aku ini ustaz merangkap Tok imam di kawasan kejiranan aku.Umi aku pulak cikgu.Cikgu apa?nantilah...

Aku berjalan pelan pelan ke bawah.Aku nampak abi dan ummi sedang duduk berehat diatas kerusi.Adik beradik aku yang lain tak nampak pulak.

"Ada apa panggil along ni abi ummi?"Sampai je aku terus bertanya.

"Hish tak menyempat nyempat budak ni"Ummi menepuk paha aku agak kuat.

"Abi sebenarnya ada something nak cakap dengan along ni."Aku diam.Alemak,kenapa ayat tu nampak sangat cliche?Aku sudah gelisah sendiri.

"Along tenang ya?tarik nafas dulu"Ummi aku gosok gosok pula paha aku.

"Abi nak along kahwin!"Tegas suara abi.Aku yang mendengar tak tahu nak bagi reaksi macam mana.Rasa nak pengsan ada,nak ketawa pon ada!!Abi aku dah buang tebiat ke??

Aku bangun dengan muka tak berperasaan dan menuju ke arah abi.Abi buat muka gerun.Kingdrama betul.Abi buat muka macam aku nak pi cekik dia!aku pulak yang rasa macam nak ketawa.

Aku pegang dahi abi.Aku pegang pulak dahi aku.Aik??Normal je suhunya.

Abi terus menepuk dahiku.Mengadoi aku dibuatnya.Aku pandang tak puas hati sambil menggosok gosok dahiku.

"Abi sehat aje"Bagai mengerti tindakan aku abi terus bersuara.Aku buat muka pelik.Dah tu?

"Dah abi buat lawak apa di siang hari ni?"Aku berjalan semula menuju ke arah sofa yang aku duduki tadi.

"Apa ingat abi bergurau senda dengan along ke ni?ada muka abi macam mr bean ke?"

"Ada la sikit."Aku menjawab.Dah tanya!

"Ish budak ni"Ummi pulak memiat telinga aku.Hish,aku jadi mangsa dera petang ni!

"Apa abi dan ummi ni?tau la dengki dengan along yang comel dan gebu ni!"Aku merungut tak puas hati.Abi dan ummi sama sama mencebik."Perasan!"Mereka berkata serentak.Aku tersengih sengih.

"Abi dah pilih calonnya!"Lagi ayat abi buat aku pening.Kalau disambung aku pengsan agaknya.

"Abi!along ni baru enam belas abi,muda lagi.Lagipon along mana cantik!takde orang nak punya!!"Yakin aku mendefend diri sendiri.

"Kalau along tu tak cantik takpe!masalahnya along tu dah terlebih cantiknya"Aku sempat tersenyum bila abi aku puji macam tu.Nyesal pulak tak bawak turun phone tadi kalau tak boleh rakam!!

"Tahun ni saje dah berapa ramai yang masuk minang!"

"Lulus ke abi diorang tu?"Terus teruja aku dibuatnya.Bukan aku tak tahu syarat syarat yang ketat abi aku buat.Aku conferm takde yang lulus punya!!

"Ada!dua orang!!"Terus nak pengsan aku rasa.Biar betuii??

"Tapi abi. You forgot the important thing. Your daughter is only sixteen year old. To young to become a wife for someone else"Aku membidas perlahan. Pandangan simpati aku alihkan memandang abi dan ummi.

"I know you can"Abi senyum penuh ikhlas.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now