DPN|39

19K 1K 51
                                    

Amir merenung surat tawaran di tangannya.Surat yang telah diterimanya sejak setahun yang lalu.

Surat tawaran menyambungkan pengajian ke Mesir itu ditatap lagi buat kesekian kalinya.

Nafas berat dihela perlahan.Ada sebab kenapa dia mahu menangguhkan pengajiannya walaupun tawaran itu telah diterima hampir setahun.

Dia tak sanggup.

Tak sanggup nak tinggalkan seseorang yang dah mula bertakhta dalam hatinya itu.

Dia admit,dia tak pandai bermain cinta.Tapi pesona si dia tak mampu dihindar.Dia kalah.

Nafas dihela lagi.Tak boleh buat apa.

Cincin ditangan dilihat sekilas.

Memang kena suruh mommy masuk merisik macam ni.Tak tenang hati.Kalau dah bertanda lain cerita.

Kamilia,

Aku suka kau.

~

Zulaiqha merenung lama tasbih di tangan. Cuba memikirkan kembali perasaannya sejak dua menjak ini.

Dia tak tenang.

Bagai ada sesuatu yang sedang mempengaruhi sedikit demi sedikit ruang hatinya.

Bunyi bising di luar bilik buat Zulaiqha segera bangun dan berdiri tegak.Tudung dicapai dan dipakai ringkas.Rasa seperti ada suara lelaki di luar.

Zulaiqha menjengah sedikit kepala.Nak mengintai siapa yang datang ke rumahnya pagi pagi buta ni.

Sekarang ni waktu orang baru balik sembahyang subuh kot!

Bila nampak je muka si gerangan yang datang, Zulaiqha dah terkejut beruk.

Terus laju Zulaiqha berjalan keluar dan menegur ummimya yang dah asyik tersenyum senyum di dapur.

Zulaiqha menggaru kepala yang tak gatal sebelum mengambil keputusan untuk bertanya kepada ummimya.

"Ummi"

Puan Zuliah terus berpaling kearah anak gadisnya yang dok tayang muka pelik itu.

Terus Puan Zuliah memiat telinga anaknya.Mengaduh perlahan Zulaiqha dibuatnya.

"Hish budak ni.Suka sangat buat orang terkejut la!"Kata Puan Zuliah sambil menggosok dada sendiri.

Zulaiqha tersengeh sebelum memohon maaf.Puan Zuliah hanya mengangguk perlahan.

"Ummi,kakak nak tanya ni."Zulaiqha mencuit cuit tangan umminya.

"Apa benda kamu ni?nak tanya apa?"Puan Zuliah yang sedang kalut menyediakan air teh itu melayan saja soalan anaknya.

"Budak Adzim tu datang rumah kita buat apa ummi?"Zulaikha bertanya perlahan sambil buat muka.

"Dah kenapa?dia tak boleh datang sini ke?"Selamba nada Puan Zuliah bertanya.

"Yang kamu panggil dia macam tu kenapa?dia tu lagi tua pada kamu kan?panggil la abang.Lagi elok dengarnya."Puan Zuliah menyambung bebelannya kepada anak daranya itu.

Zulaiqha dah menggerutu sensorang.Ceh,apa benda la yang dia dah sogok kat ummi dan abah kali ni pula?

"Tadi ummi jumpa dia dekat gerai.Dia tawar nak bayarkan nasi kita.Segan pulak umminya.Dah tolak pon dia berkeras jugak.Jadi ummi ajak la dia sarapan kat sini."Panjang lebar Po kuan Zuliah menerangkan hal sebenar.

Zulaiqha mendegus perlahan. Tak mahu didengari oleh umminya.Mahu kena piat pulak telinganya nanti.

Aku dah agak dah!

"Ummi ni dok mengajak anak orang kenapa?apa pula kata mak dengan ayah dia"Zulaiqha membalas.

"Kamu ni dah nyanyuk ke sengaja buat tak ingat?mak dengan ayah dia kan takde pergi buat umrah."Zulaiqha tepuk dahi sendiri.Aduh,macam mana boleh lupa ni?

"Dah tu banyak pulak duit dia belanja kita sarapan pagi ni?"Lagi sekali Zulaiqha membalas.Masih tak puas hati dengan keberadaan Adzim di rumah ini.

"Dia kan dah kerja sementara tunggu result Spm keluar nanti.Mesti la ada duit.Kamu tu patut contohi dia tu.Bagus.Tak menyusahkan orang."

Zulaiqha dah mencebik sendiri.Helleh,kalau tak menyusahkan orang,takdenya Elya dok menangis siang malam dek kena fitnah dari Adzim tu!

Astaghfirullah'hal aziim.

Jangan dok bukak aib orang.Dia dah bertaubat kan?

"Dah yang kamu dok terangguk angguk tergeleng geleng kenapa?bawah teko ni keluar.Semua dah tunggu tu"Tegas arahan dari Puan Zuliah.

Zulaikha hanya tayang muka reda.

Mulut kata tak suka,
Hati kata sebaliknya.

~

Najjah mengetuk pintu rumah sedikit kuat.Slow slow kang takde orang datang bukak.

Lama dok tercongok depan tu baru la keluar makhluk makhluk yang dok tayang sengeh serupa kerang busuk sorang sorang.

Najjah dah bercekak pinggang dekat luar.

"Weh sorry,tak perasan kau dah sampai"Raisya dah senyum senyum di muka pintu.Najjah mendengus geram mendengar jawapan dari Raisya itu.

"Cepatlah buka pintu gari ni"Geram suara Najjah kedengaran.

Raisya menggarukan kepala seketika sebelum laju mulutnya mamanggil tuan rumah.

"Syasya!!bukak gari rumah kau ni!tetamu kehormat dah sampai."Raisya melaung kuat dari balik pintu gerigi rumah banglo itu.

Syasya terkocoh kocoh berlari dengan laju dan membuka pintu gerigi rumah.

"Selamat datang selamat datang."Kata kata Syasya dijeling sekilas dan terus menuju ke ruang tamu.

Auni sedang elok meniarap di situ sambil mengunyah potato.Terasa diperhati,auni terus angkat muka dengan mulut yang penuh sebelum menegur Najjah yang dah berada di tepinya itu.

"Asal lambat wei?"Auni menyoal dengan kerut keningnya.

"Aku dok berdiri tercegat kat luar dah macam apa ketuk pintu.Korang buat apa kat dalam sampai tak dengar aku ketuk pintu hah?"

Raisya,Auni dan Syasya dah tayang sengeh tak bersalah.

"Layan scarlet heart,dah kau lambat kitorang marathon dulu."Ujaran Syasya selamba buat Najjah makin geram.

Hadui sabarlah duhai hati.

Entah macam mana dia boleh buat kawan dengan diorang pon tak tahu la.

Otak masing masing dah sama gila!

Hujung minggu tak tahu nak buat apa,mama dengan papa Syasya pula takde sebab outstation.Apalagi?marathon movie ler.

Sedang khusyuk masing masing melayan scarlet heart,suara deheman seseorang buat semua terganggu.Masing masing berpaling ke arah Auni dengan muka bengang.

Geram sebab terganggu.

"Weh aku ada benda nak story ni."

"Apa?"Mereka bertanya serentak.

"Abang aku nak pergi Mesir"Auni membuat mukaddimah kata.

"Abang kau yang mana?"Syasya menyoal pantas.

Auni juling mata keatas.

"Along aku la.Takkan si Luq tu pulak!"Bidas Auni pula.

"Manala aku tahu.Dah tu kenapa?"Soal Syasya lagi.

"Nak cerita la ni.Along aku nak pegi merisik Milia kau tau!"Ujar Auni bersungguh sungguh buat Najjah dan Raisya yang masih khusyuk melayan Scarlet heart berpaling laju dengan masing masing tayang muka terkejut tahap gaban.

"Mana kau tahu ni?"Soal Raisya yang masih belum hilang terkejut itu.

"Hish kau ni!cuba jangan tanya soalan bodoh cemtu.Dah along aku,aku tahu la.!"Auni sekali lagi menjulingkan mata ke atas.

"Hmm,kita ajelah yang #foreveralone kan?haih"Ujaran dari Syasya buat semua angguk kepala tanda setuju.

"Layan scarlet heart je la yang mampu!"

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now