DPN|12

26.4K 1.5K 10
                                    

Muka dia aku pandang tajam.Ceh,dia buat tak nampak je aku?pen ditangan aku genggam erat.Geram kuasa dua dah ni!

Faris memberi senyuman ikhlas pada seluruh kelas kecuali aku!

Hish!geramnya hati ini Ya Allah!!

"Assalamualaikum semua,nama saya Faris Faisal Bin Ariff.Faris for short.Harap awak semua dapat beri tunjuk ajar.Terima kasih"Faris menundukkan sedikit kepala tanda perkenalan.Aku mencebikkan bibir.

"Faris,awak duduk tepi Hafiz ye!"Teacher Farah memberi arahan.'tepi Hafiz?maknanya tepi aku la kan?sebab Hafiz dok selang baris sebelah aku dan tepi dia kosong!'Oh my Allah!'kepala aku picitkan.Haih,pening dibuatnya.

Faris tersenyum ke arah teacher lalu mengucapkan terima kasih sebelum kakinya melangkah ke tempat duduk yang ditunjuk oleh teacher Farah tadi.

Bukan dia tak perasan raut wajah Elya yang jelas menahan geram padanya.Mahu tergelak dia melihat reaksi yang ditunjukkan Elya itu.

"Nama aku Hafiz.Ahlan wasahlan ke sekolah kitorang"Hafiz menghulurkan tangan kepada Faris apabila Faris duduk di sebelahnya.

Faris menyambut sambil tersenyum."Terima kasih,nama aku seperti yang telah di sebut tadi"

Faris berkata dalam nada melawak.Hafiz yang disebelah ketawa mendengar jawapan dari Faris itu.

"Ada apa apa yang hendak dikongsi ke Hafiz?Happy sangat saya nampak"Teacher Farah menegur sinis.Terkulat kulat Hafiz dibuatnya.

Semua yang berada di kelas ketawa kecuali Elya yang sudah tayang muka menyampah!

"Okey,kita sambung pembelajaran minggu lepas..."Semua pelajar mula serius dan menumpukan kepada pelajaran.

~

"Penstalker terbaik konon!"Aku mencebikkan bibir.Air di tangan aku minum menggunakan straw.Sampai aja waktu rehat aku terus serbu diorang nak bagitahu pasal ni.Tapi yang menyakitkan hatinya diorang ni bantai gelakkan aku.Kureng punya sahabat!

"Ala mana aku tahu mamat tu laki kau.Informer takde bagitahu pon"Kamilia tersengih membalas semula sambil mengunyah keropok lekor.

"Pfttt,terkejut giler aku bila tahu mamat tu faris.Haih,takkan kau tak tahu?"Najjah menyoal.Kerusi kantin disapu bersih.Cermat betul.Kat kantin je pun.

Raisya dengan Zulaiqha ditepi hanya memandang.

"Mana la aku tahu,berbual pun sikit je dengan dia semalam.Banyak rahsia kut mamat tu."Aku membidas semula.Bekas air yang sudah kosong aku lempar ke dalam tong sampah disebelah meja kantin.

"Maksud kau dia ni la ala misteri nusantara gitu?"Raisya bertanya nakal.

"Entahla,lantak dia la.Malas ambik tahu aku.Nasib tadi dia tak cakap dia yang dia dah kahwin,kalau tak aku kafankan dia situ jugak!"Aku berkata geram.Kau geram sebab dia tak layan kau kan sebenarnya?'Hati memprovok.Hish,diamlah kau cik hati!!

"Ye la. Dia pun tahu yang dia bakal ken kafan kalau dia bagitahu. Sebab tu dia tak bagitahu. "Raisya menjampuk selamba

~

Balik dari sekolah,ummi dan abi memberitahu satu perkara yang agak mengejutkan.Aku dan Faris tak boleh duduk dalam satu bilik.That means,kami akan dipisahkan sampai habis Spm!Dafish!kenapa baru nak pisahkan sekarang?kenapa tak buat lepas nikah?and apa function kami nikah kalau macam ni?huh!pening kepala!!

Terkubur niat aku nak siasat pasal rahsia dia nih.Aih,curious giler tahu tak?!

Sudahnya aku hanya angguk kepala.Malas nak bersoal jawab dengan banyak.Faris yang sedari tadi di sebelah aku buat tak nampak!nyampah kau tahu!

Masa bila dia ada kat sebelah aku pun aku tak tahu,yang aku tahu dia pergi sekolah dengan kereta sebab aku nampak dia balik dari sekolah guna kereta!kereta Honda Jazz pulak tu!tahu la anak orang kaya!macam nak menunjuk pun ada.Pelajar pelajar perempuan yang bajet alim pon dah tergedik gedik aku tengok!

Pergh,banyak giler aku mengutuk dia.Satgi kena mintak maaf la gamaknya!!

Lepas je habis ummi dan abi berkata kata,aku mintak izin untuk naik ke atas.Dah melekit satu badan rasa!

Yang aku tahu,Faris yang kena pindah bilik lain nanti.Pandai pandai lah dia kemas barang dia.Aku masih tak puas hati pasal tadi,Huh!!

Pintu yang tertutup rapat dikuak dari luar.Faris menjengukkan kepala sebelum masuk.Dia mengeluh perlahan.'Haih,nak buat kejutan konon!Alih alih tak dihirau!padan muka sendiri.!!

Bagasi miliknya yang berada di dalam bilik Elya dikemas rapi sebelum diheret keluar.Pintu tanda dipandang sekilas sebelum keluar dari bilik itu.'Nanti nantilah aku terangkan.'Desisnya sendiri.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now