Auni memandang ke arah Luqmani yang tersenyap disisi selepas dia memperkenalkan Syasya kepada abangnya itu.
Dipandang pula raut wajah Syasya yang memandang pelik ke arahnya dan Luqmqni.
Akibat geram dengan respon si kembar,rambut cacak milik Luqmani menjadi mangsa tarikannya.
Luqmani yang terkaku terbeku itu tadi mula memberi tindakbalas apabila Auni dengan selambanya menarik rambutnya yang tercacak elok itu.
"Woi,kau pehal?"Rengusnya pada Auni bila Auni melepaskan rambutnya.Rambutnya itu diperbetulkan semula.Cover macho puii!
"Kau tu pehal.Tenung kawan aku macam nak makan!"
Luqmani menggosok belakang tengkuknya.
"Aku blah dulu ah.Apa apa call.Aku nak pi lepak kat Baskin Robbin."Usai berkata,laju langkah Luqmani menuju ke arah kiosk Baskin Robbin yang terletak agak jauh dari tempat mereka berdiri tadi.
Auni memandang pelik kearah kembarnya itu.
"Er,abang kau kenapa?"Teguran dari syasya mengejutkan Auni yang terleka memikirkan perangai pelik abangnya itu.
"Entah,PMS kot.Abaikan je.Jom!"
~
Hari ni Faris bawa aku ke villa papa.Entah kenapa entah.Rindukan papa mungkin?
Ruang tamu yang sunyi itu aku pandang lama.Aku mula terfikir betapa sunyinya hidup Faris sebelum ini.
Waktu pagi di hari cuti macam ni pon papa tiada dirumah.Berjumpa client yang mengajaknya bermain golf.
Kak Fatin dan abang Firdaus pon takde.Semua sibuk dengan aktiviti kolej masing masing.Yang ada kat villa ni hanya aku,Faris dan pembantu rumah yang sibuk di dapur.
Aku meneruskan lipatan kain sambil menonton detective conan.
Faris mana?Lepas je solat dhuha tadi,terus sambung tidor atas katil terbongkang tak ingat dunia.Entah apa yang dibuat semalam entah.
Sedang leka menontong televisyen,aku terasa pipi kiriku memanas tiba tiba.Aku terus berpaling terkejut melihat Faris yang dah tersenyum nakal di sisi,dengan rambut yang serabai tapi tetap nampak nampak kacak.
Grr,apa yang aku tengah fikir ni?oh otak,kau dah tak suci!
Aku memadang tajam ke arah Faris yang masih menayang muka tidak bersalah.Berani dia buat muka macam tu lepas cium pipi aku?!
Kain di tangan aku gumpal dan mula melibas Faris.Faris tergelak sambil cuba menghalang kain dari menyentuh tubuhnya.
"Okey..Okey Elya..Stop ok,i am sorry."Ujar Faris yang masih cuba menepis kain yang dari tadi dilempar kepadanya sambil ketawa kecil.
Aku berdecit geram.
"What you have done?"Aku cuba menahan geram.
"I just kiss your cutest cheek"Faris senyum sinis melihat aku yang dah berbara.
Sejak bila dia jadi gatal ni?sebelum bangun,kepala ada terhentak kat mana mana ke?
Apabila aku mengangkat wajah,mataku bertentangan dengan mata coklat cair yang jernih dan berkilau.Aku tenung lagi.
Kenapa mata dia ni cantik sangat.Aku rasa macam nak cungkil dan simpan dalam balang kristal saja.
Tanpa aku sedar,mata itu terus menyelusuri hingga ke hati.Aku terleka sebelum tersedar apabila melihat kenyitan dari Faris.
Muka aku terus merona merah.Ciss,macam mana aku tak perasan ni?!memalukan betul!!
"Your cutest cheek came again."Faris berkata selamba dengan matanya yang dah melekat di tivi.
Muka aku semakin memerah.
Aku memandang ke skrin.Patutlah,tengok Boboiboy tak ingat dunia!
"Urg,sebok je menyempit kat sini.Orang nak lipat kain la!"Aku menolak tubuh Faris yang dah landing elok di atas kain kain yang aku longgokkan di atas sofa untuk dilipat tadi.
"Do i care?"Ceh,dah kembali kepada perwatakan asal yang tiada perasaan.
"Alala..bini sapa la yang rajin dan cute ni?"Faris mula mengusik apabila melihat raut wajah aku yang beriak bengang.
Tiba tiba chat dari Iphoneku di atas meja kopi berhadapan sofa berbunyi.
Aku merengus perlahan.Tangan teragak agak mencapai Iphone sebelum mula membukanya.Bibir bawah digigit tanda resah apabila perasaan chat itu datang dari nombor yang sama sejak seminggu ini.
Unknow
Gd mwnink bby.
Hdup dngn tng sblm semuanya hancur!
Chat itu ditenung lama sebelum aku memandang Faris yang masih khusyuk melihat Boboiboy.Perlu ke aku bagitahu dia?
Faris berpaling arahku membuat aku terasa gugup.Segera ditutup App whatsApp itu.
"Kenapa?"Soal Faris pelik melihat tingkah aku.Aku hanya menjawab dengan gelengan.
Faris memandang aku curiga sebelum pandangannya bertukar lembut.Aku hela nafas lega.
"Awak nak tahu sesuatu?"Pertanyaan Faris buat aku terkaku seketika sebelum mengganggukkan kepala.Dah tak mampu mengeluarkan suara.
"Hm Iman Nawawi pernah berkata bahawa: Aku mencintaimu untuk agama padamu. Dan apabila perginya daripada kamu agama, maka perginya daripada ku cinta padamu.Itu kata Imam an nawawi🏿"
"Tahu apa Faris kata?"Soalnya lagi.Aku hanya diam.
"Cinta itu ialah apabila saya dapat membawa agama dan mengajarkan agama pada Elya."Faris senyum manis kepadaku.Menenangkan hatiku yang gelisah ini.
"Tapi janji Allah pada hambanya yang yakin pula: فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Surah asy-sharh ayat 5."
Faris menarik aku rapat padanya sebelum terasa tubuhku begitu rapat dengannya sehingga aku rasa dia dapat mendengar degupan jantung aku yang dah menggila dan seperti mahu luruh akibat berada di posisi sedekat ini dengan Faris.
"Why your heart beating so fast,dear?"Faris menyoal dengan muka nakal membuatkan aku terus menolak tubuhnya spontan.
Aku pandang Faris yang tergelak melihat tingkah spontan aku.
Ketawa Faris yang beria buat aku juga tergelak kecil.
Dia seakan tahu hati aku yang gelisah ini.Seakan tahu apa yang aku cuba sorokkan ini...
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)
Teen FictionSTORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu puncanya?"-Elya "Sebab saya tak nak lagi hilang sesuatu yang saya sayang sebelum saya sempat gapain...
