DPN|17

24.9K 1.5K 31
                                    

Aku memandang pelik kearah Faris yang dengan selambanya masuk ke dalam salah satu bilik di dalam bangunan tersebut.Dah la tadi bila dia masuk je bangunan ni semua pekerja lelaki peluk dia.Siap buat fist bum lagi.

"Come,masuklah."Faris membuka pintu pejabat itu selebarnya.Macam perli je.

"Erk,kenapa awak bawak saya datang sini?"Aku mula bertanya.

Faris buat muka.Haih Elya ni,tak nampak ke nama sape yang terbentang kat pintu ni?

Aku masih tayang muka pelik sebelum mataku tertangkap satu nama yang sangat familiar dalam hidupku.Mataku terbeliak.

Chief management officer
Syed Faris Faisal Dato Syed Ariff.

'Errrrrkkk,aku mimpi ke?'Aku terlonggo sesaat sebelum terasa pipiku ditampar perlahan diikuti satu tawa kecil yang macho?Kah!

"Jom masuk!banyak saya nak cerita ni."Faris menarik tangan aku masuk kedalam pejabat itu.

Aku hanya memerhati ruang bilik tersebut.Besar dan cantik.Perabot pun nampak brand.Tapi aku tak pelik pun sebab dia ni memang citarasa demand!

Aku duduk di sofa ditepi ruang tersebut.Kemudian aku pandang pula Faris yang agak kalut di meja meja kerjanya itu.

Aku membelek majalah majalah yang ada di meja kopi itu.Belek punya belek aku kerutkan kening.Apeni?semua komik pasal boboiboy??!Grr,pelik betul aku dengan dia ni.Entah macam mana boleh jadi CMO pon aku tak boleh nak fikir.

Tapi aku capai jugak komik boboiboy tu.Aku kan minat anime.so semua kartun best aku layan.

Ralit aku membaca sebelum terasa ada yang memerhatikan aku,terus aku angkat muka.

Kami senyap seketika.Lama aku tunggu dia masih tak bersuara.Haih,tadi kata nak bercerita.

"Cat got your togue huh?"Sinis aku menyoal.

"Huh?"

"Tak de apelah.Tadi kata nak cerita tentang awak.Awak ni memang macam ni eh?"

"Macam mana?"Keningnya berkerut sedikit.

"Berahsia dan pelik?"

Faris ketawa sebelum mula membuat muka seriusnya.

"Macam mana nak mula ya? "

"Awak tahukan yang mama meninggal masa saya form one?" Nada suaranya menjadi sayu.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Bila mama meninggal,saya jadi pasif.Apa yang papa suruh buat saya buat.Saya masuk tahfiz macam yang arwah mama harapkan. Saya jadi antisosial.Setahun saya macam tu sampailah satu hari papa tanya saya something."Dia diam.

"Papa tanya apa?"

"Papa tanya saya nak bukak bengkel tak.Papa tahu saya suka sangat alatan dan eksesori kereta dan motor.Kalau Awak nak tahu sebelum arwah mama meninggal saya jadi budak nakal.Saya balik lambat dan bergaul dengan geng motor.Bila mama tahu,dia marah saya.Tapi saya buat tak endah je.

Sebenarnya saya buat semua tu sebab saya tak nak masuk tahfiz.Saya nak memberontak. Tapi tindakan saya salah"Aku nampak Faris tersenyum sayu.

"Mama meninggal dan saya kesal sangat. Walaupon papa,angah dengan kaklong dah banyak kali cakap tu bukan salah saya,saya tetap jugak rasa sebab saya mama meninggal.Saya dah kecewakan mama. "Suara Faris makin sebak.Aku mula beralih tempat kesisi dia.Lengannya aku gosok perlahan.Cuba memujuk.

"Lagi?"

"Then,bila papa tanya pasal tu saya terus angguk.Memang itu impian saya tapi saya tak jangka secepat ni.Mula mula kecik je.Saya mintak dengan papa yang saya nak ambil pekerja dari geng motor.

Mula mula papa tak kasi sebab takut saya terjebak balik dengan mereka tapi saya yakinkan papa.Diorang bukannya teruk sangat bagi saya.Diorang jadi macam tu ada sebab dan saya tahu kebanyakannya dari golongan tak berduit.

Bila saya bersungguh sungguh pujuk papa baru dia izinkan.Malam tu jugak saya ajak diorang untuk join saya.Mulanya diorang taknak,takut akan menggagalkan bengkel tu.Puas saya pujuk baru diorang setuju.Kalau awak perasan,pekerja kat luar tadi macam terlebih ramah kan.Kebanyakam dari diorang tu geng motor saya dulu."Faris senyum kearah ku.

"Jadi?"

"Jadi hidup saya hanya berkisar tentang bengkel tu dan pembelajaran saja. Alhamdulillah berkat kerajinan semua kami dapat bukak kedai yang lebih besar macam sekarang walaupon papa yang banyak support dari belakang."

"Then bila saya rasa saya dah mampu, orang yang mula mula saya cari adalah awak. "Faris pandang kearah aku.

"Kenapa?"Hati aku dah berdebar sakan.

"Entah!"Faris jongket bahu. Ceh,Entah je? Punyalah aku harap aku dapat dengar ayat yang berbunga bunga.Faris memang kayu!

"Mesti pelikkan umur 16 dah jadi CMO."Ujarnya padaku.

Aku buat muka."Pelik Kalau orang lain"

"Kalau saya?"

"Kalau awak saya tak pelik sebab awak memang dah sedia pelik so apa apa yang dari awak yang pelik dah tak pelik bagi saya."Aku lihat dia kerutkan kening sebelum mula ketawa kecil. Mesti pelik dengar ayat aku yang dah berbelit macam keling ni. Aku sendiri pening dengar ayat aku.

"Comel betul awak ni "Faris menggumam perlahan.

"Hah?"Aku rasa macam dengar suara dia tadi.

Faris hanya menggeleng. Apa apa je lah.

"Kebanyakannya tak percaya.Ada yang cakap saya belum layak lagi tapi papa suruh saya buat pekak je ."Sambungnya lagi.

Bunyi ketukan dari pintu buatkan perbualan antara kami terhenti.

"Masuk!"Faris melaung dari tempat duduk dia.

Seorang lelaki yang aku agak dalam 20 masuk dengan muka tersengeh sengeh.

"Yo bro!"Sapanya kepada Faris.

"Assalamualaikum bro!"Balas Faris pula. Sinis betul. Lelaki tadi hanya tersengeh malu sebelum menjawab salam Faris itu.

Selepas itu mereka melakukan fist bumb. Memang dah macam ni kot cara sapaan mereka.

"Kau kalau tak kenakan aku tak sahkan?depan awek pulak tu.Jatuh standart aku!"

"Banyaklah kau punya awek. Bini aku ok!"

"Ye aku tahu la, sayang sangat bini dia"Lelaki itu mencebik.

"Haruslah!"

Aku hanya menjadi pemerhati.Hai dia ni,jumpa geng terus lupa aku.

"Kau tak nak kenalkan ke bini kau yang cun tu."

"Eh lupa "Faris tersengeh.

"Elya, sini kejap "Aku angkat muka kearah Faris dan pergi ke sisinya.

"Kenalkan,ni kawan sekepala saya,Amir. Amir,ni isteri aku yang tersayang,Elya. "Merah muka aku dengar ayat nya itu. Hish!

"Hai"Ujar Amir. Aku hanya tersenyum.

"Sekepala?maknanya awak pon pelik macam Faris ke?"Aku menyoal Amir.

"Pelik? Ouh tak!saya lebih peramah dan kacak dari dia. "Okey Amir ni memang poyo jugak.

"Perasan giler kau! "Faris tumbuk perlahan bahu Amir sebelum mereka sama sama ketawa.

"Tadi aku datang kau pergi mana?"Faris bertanya.

"Aku ada kat belakang. Tengah kira stok. Lepastu budak budak kata kau datang.Aku nak jumpa kau tapi diorang cakap kau bawak awek cun. Aku dah agak mesti bini kau. So,aku malas la kacau."ujarnya sambil tersengeh sengeh.

"Dah tu?ni bukan kacau ke?"

"Aku nak ajak kau solat asar bro. Aku rasa mesti kau tak solat lagi kan?" Amir angkat kening.

Faris pandang jam.Dah nak pukul enam.

"Jom .kita solat."Faris tarik tangan aku ke arah musalla di dalam bangunan tersebut.Aku hanya menurut.

"Lepasni,kita balik rumah papa.
"Ujarnya padaku. Aku hanya mampu tayang muka pelik sebelum mengangguk.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now