Faris membawa langkah menuju ke kereta.Sebal hati sebab kena halau.Kah!
Kunci kereta dari poket diambil.Belum sempat nak tekan,beg galas di belakang terasa ditarik buat Faris terus berpaling sebelum tayang muka blur.
"Buat buat tak kenal aku hah?"Ujar suara tersebut.
Faris sengeh sambil tangan meraup rambut di belakang.
"Takkan lah aku tak kenal minah gedik macam kau!"Faris senyum senget selepas habis ayatnya.
"Kuang ajaqqq.."Auni tayang muka bengang.
"Kau nak apa?kita bincang kat sana ah.Kat sini tertutup."Faris tunjuk ke arah bengunan di hadapan.
Mereka terus berjalan ke bangunan itu.Faris angkat tangan ke arah guard yang berada di pondok jaga yang setentang dari situ.
Guard itu senyum sahaja.
"Sampai hati tak cakap kau dah khawin.Hancur hati aku bila tahu tau?!"Auni tayang muka kecewa.
Faris senyum sinis.
"Tak jadi la lakonan kau!menyampah aku tengok!"Auni mencebikkan bibir mendengar bicara Faris itu.
"kau ni dari dulu dengan nada sinikal kau!Cubalah sekali senyum kat aku!"Tempelak Auni.
"Senyum aku hanya untuk permaisuri hati aku je!"Datar dan sedikit tegas kata kata Faris.
"Yela yela.Untuk Elya je kan."Auni buat pula suara kecewa.
"Tahu pon!yang kau tak balik lagi kenapa?Luq mana?"Soal Faris pula.Agak pelik bila Luq tinggalkan minah sorang ni.Bukan dia tak tahu yang Luq care gila gila kembar dia sorang ni.
"Entah la dia tu.Sebab dia aku kena balik lambat.Tadi ada sekarang hilang ke mana pulak!"Auni merengus geram.
"Sorang lagi?"Soal Faris sambil angkat kening.
"Ni yang aku nak cerita.."Suara Auni berubah perlahan.
"Ehem."Sedang khusyuk Faris mendengar,satu deheman kedengaran buat Faris tertelan liur.
Figura di depan yang tayang muka berkerut dipandang sambil tersengih.
Auni memandang ke arah Faris dan Elya sebelum terpandang Luqmani yang dah masuk ke dalam kereta yang membelakangi Faris dan Elya.
"Erk,aku balik dulu la.Luq dah tunggu.Pandai pandai kau la!"Auni berbisik di tepi telinga Faris
"Hish!"
"Hai!Elya kan?Saya balik dulu.Bye!"Auni menghulurkan tangan ke arah ku sebelum terus berjalan ke arah pagar.
Aku memandang ke arah Faris.Kening dijongket minta penerangan.
Tapi nampak gaya macam makhluk kat depan tak faham je!
"Jom balik!"Faris beriak seperti tiada apa yang berlaku.
Aku merengus geram.Main main ye!!
"Saya naik motor!bye!"Beg aku libas hampir ke mukanya sebelum tinggalkan dia di situ.
Bengang!
~
"Elya kau ok tak?"Raisya meluru ke arah ku apabila waktu rehat habis.
Aku tayang muka pelik.Dah kenapa ni?
"Weh,kenapa ni?"Aku jadi panik sekali.
Aku lihat kamilia,Najjah dengan Zulaiqha dan tercungap cungap dek mengejar si Raisya ni.
"Faris curang ke weh?!"Soalan dari Najjah buat aku tersentak.
"What?!Mana korang tahu ni?"Aku gelabah.
"Abang aku cakap dia ternampak Faris dengan budak baru yang kembar.Si auni tu kan?"Raisya dah tayang muka bengang.Siap sedia nak pegi ganyang Faris dengan Auni kot.
"Macam mana abang kau nampak?!"
"Abang aku kan SPBT.Diorang ada mesyuarat kelmarin."ouh!patutlah,spbt punya mesyuarat kat bangunan sebelah.
Aku senyum.
"Kau ni dah kenapa?orang cakap laki dia curang boleh pulak senyum."Kamilia mengomel melihat aku.
Aku terus ketawa buatkan mereka memandang pelik.
"Dah kenapa kau ni?meroyan sampai macam ni sekali?"Zulaiqha bersuara menyindir.
"Korang salah faham je.Aku okey la."Disebabkan semalam Faris dengan gigihnya memujuk aku sampai sanggup berdiri depan muka pintu bilik aku.
Nasib satu keluarga abi angkut pergi dinner.Kalau tak konpem aku kena marah sebab buat Faris macam tu.
"Weh,kau tengok tu.Dia dok menggedik dengan Amir pulak!geramnya aku!"Suara bengang Kamilia buat yang lain berpusing mencari yang disebut.
Kelihatan Auni sedang menghentak kaki di hadapan Amir manakala Luqmani hanya senyap di sebelah kembarnya itu.
Kalau tak tahu apa apa,memang gedik yang amat perangai si Auni itu.
Nasib Faris dah cerita semuanya semalam.
"Tak baik kau kata macam tu."Aku menegur peralahan.
"Kau tahu aku crush on Amir kan?ey,geramnya aku!"Makanan di hadapan disuap laju kedalam mulut.
Tanda stress.
"Zina hati namanya tu."
"Aku dah cuba move on.Kau tahu susahkan?"Kamilia mengeluh perlahan.
Rakan yang lain hanya senyap.
"Kau tahu,wanita muslimah ini ialah yang tidak memandang dan dipandang."
Aku senyum.
Loceng rehat berbunyi nyaring.Aku bangun dahulu dan tunggu diorang.
Sedang rancak kami berbual aku terasa ada mata tidak puas hati menukas ke arah ku.
Aku berpaling.
Adzim.
Tangan aku terus menggeletar.Renungan itu sama seperti renungan yang aku sangat fobia.Muka aku berubah pucat.
"Eh,kau kenapa pucat sangat ni?"Najjah menegur apabila melihat ke arah ku.
"Aku takut"Suara aku bergetar.
"Kenapa ni?"Nada suara mereka bertukar.
"Renungan tu..Aku takut..Renungan yang sama macam dulu..Aku takut kalau jadi balik..."Peristiwa dulu mula terbayang di minda buat aku semakin menggeletar.
"Jangan fikir macam tu.Faris ada jaga kau kan?"Suara Raisya seakan memujuk namun aku tetap gelisah.
Ya Allah,
Aku mohon,jangan uji aku sebegitu lagi.
YOU ARE READING
Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)
Teen FictionSTORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu puncanya?"-Elya "Sebab saya tak nak lagi hilang sesuatu yang saya sayang sebelum saya sempat gapain...