Faris bermain dengan iphonenya di dalam kereta mewah itu.Keadaan kereta yang sunyi sedikit sebanyak membuatkan perasaan berdebarnya bertambah.Kalau ada yang memerhati dengan teliti pasti boleh nampak tangannya yang sedikit mengigil itu.
"Yih,asal kau senyap je?Tak sabar nak jumpa kekasih hati ke?"Usik Firdaus dengan muka nakalnya.Faris mencebikkan bibir tanda malas layan.
"Ish,kau ni.Jangan la kacau adik kita yang tengah berdebar tu.Tak nampak tangan dia yang dah gigil semacam tu?"Fatin turut tidak melepaskan peluang untuk mengusik adik bongsunya itu.Faris merengus geram.Firdaus dan Fatin tergelak besar apabila berjaya mengusik Faris.
"Pa,tengok angah dengan kak long ni."Faris mula mengadu kepada papanya apabila kakak dan abangnya itu masih belum berhenti mengetawakannya.
"Papa dah tengok kitorang sejak kecil lagi la yih."Firdaus masih belum puas mengusik Faris.Suka mungkin dapat tengok adik dia yang dah bengang itu.Fatin hanya ketawa mendengarnya.
"Firdaus Faisal!Fatin Fakhira!sudah sudah la tu mengusik adiknya."Dato Ariff yang duduk di sebelah pemandu mula bersuara apabila melihat anak anaknya belum mahu berhenti mengusik Faris.
"Ala pa,bukannya selalu.Lagipon nanti dia dah tak layan kitorang dah,mesti dok layan buah hati dia je."Fatin buat ayat sebak.Faris hanya menjeling.Macamla dia tak kenal kakaknya nan sorang ni.Drama queen!
Kereta semakin perlahan tanda tempat yang dituju sudah hampir.Faris berselawat di dalam hati.
"Jom semua,kita dah sampai.Pak Mat nak tunggu atau nak pergi mana mana?"Dato Ariff bertanya kepada pemandunya.
"Saya tunggu dekat gerai la Dato,nanti dah nak balik bolehla call saya.Tadi saya ada nampak gerai mamak tepi simpang sana."Dato Ariff menarik tangan Pak Mat dan menghulur sekeping duit 50 kedalam tangan.Pak Mat dengan segera menggeleng.
"Eh,tak payah la Dato."Segan Pak Mat dibuatnya.
"Takpe lah,rezeki kamu.Kami masuk dulu."Dato Ariff terus menuju ke pintu rumah diikuti anak anaknya.Pintu pagar yang terbuka tanda kehadiran mereka dinanti.
Pak Mat menggeleng sambil tersenyum."Terima kasih Dato"Dato Ariff hanya tersenyum dan mengangguk.
Loceng rumah ditekan.Faris disebelah dilihat semakin tenang.
Bunyi bising dari dalam rumah sebelum pintu besar itu terbuka.
Kelihatan adik adik Elya di muka pintu.Semua comel comel belaka.Mereka menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Dato Ariff sekeluarga sebelum berundur ke belakang.Giliran Encik Shahril untuk berjabat tangan dengan bakal besannya itu.Faris dan Firdaus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Encik Shahril manakala Fatin menuju ke arah Puan Rainah untuk bersalaman.
"Macam mana perjalanan nak ke sini?tak tersesat kan?"Encik Shahril memulakan perbualan.
Dato Ariff ketawa kecil sebelum menjawab"Alhamdulillah tak sesat,lagipon waze kan ada"Balas Dato Ariff.Encik Shahril dan puan Rainah tersenyum.
Faris yang terasa diperhati terus mengangkat muka sebelum dia terkaku di situ.
Elya!
Firdaus yang menyedari kelakuan adiknya itu menyiku Faris.Tersentak Faris dibuatnya.Lantas tangan di bawa ke belakang kepala sebelum tersengih kepada abangnya itu.
"Eh,jomlah duduk dulu Sementara makanan dihidang."Encik Shahril dan Dato Ariff terus menuju ke sofa diruang tamu diikuti anak anak mereka.
"Yang mana satu bakal jadi abang kami?"Dania menyoal dengan muka ingin tahunya.Yelah,dah ada dua lelaki kat situ.Yang mana satu la kan?
Faris yang mendengar tersenyum,belum sempat dijawab soalan Dania suara Firdaus mendahului.
"Kami dua dua abang untuk adik la."Selamba jawapan Firdaus.Bukan dia tak faham soalan si kecil cuma mahu mengusik Faris di sebelah.
"Maksud kami yang nak khawin dengan kakak kami."Syafina pula menyoal lancar!
Faris tersenyum dan bersuara"Abang la."Firdaus di sebelah mencebik tanda menyampah.
Syafina,Dania dan Dhiya terus bersorak menyebabkan semua membuat muka pelik.
"Kenapa?"Fatin pula menyoal.
"Yey,dapat abang handsome!"Syafina Dania dan Dhiya bersorak gembira.
"kenapa?Abang tak handsome ke?"Firdaus pula bertanya.
"Handsome!tapi abang ni lagi handsome!!"Jawapan Syafina membuatkan ruang tamu itu gamat dengan ketawa.
Firdaus buat muka sebal manakala Faris membuat muka bangga.Kena puji dengan bakal adik ipar woi!sape tak suka.
"Rilex bro,lumrah kehidupan!"Faris berbisik ditepi telinga angahnya itu.Firdaus hanya menjeling.
"Jomlah ke ruang makan.Makanan dah siap dihidang."Puan Rainah terus mengajak semua tetamunya untuk menjamu selera.
~
Ruang makan itu senyap.Semua sedang menikmati makanan di hadapan masing masing.
Aku menguis saja nasi yang berada di dalam pinggan.Aih,segan pulak rasa nak makan macam ada orang dok perati je.
"Yang kamu dok kuis je nasi tu kenapa along?"Soalan dari abi buat semua kepala memandang ke arah aku.Yang paling nampak sekali si Faris ni la.Dah la duduk setentang dengan aku!
Malu bak hang!Aku sengih,sebelum menjawab"Kenyang la abi."
Abi dengan ummi buat muka tak percaya."ye ye je along ni.Selalu makan tak ingat dunia."Abi ni memang sengaja nak malukan aku la ni.Haih!
Tiba tiba satu suara yang tidak terduga menyampuk."Dia nak jaga badan untuk Yih la kot."Faris hanya buat reaksi selamba selepas menyudahkan ayatnya.Aku yang mendengar ni pula rasa nak hempuk kepala dia guna pinggan di hadapan ni.Jangan memain!pinggang ni ummi import dari rusia,yang asli punya!kalau kena kompen pengsan seminggu.
"Aduh!"Aku berpaling ke arah bunyi itu.Faris menggosok kepalanya apabila diketuk oleh kaklongnya itu.Dijeling kearah kak longnya yang menjengilkan mata itu.Aku tertawa.Padan muka!.
"Maaf!Saya gurau je"perlahan je suara si Faris ni mintak maaf.Aii,nampak comel la pulak!ape aku mengarut ni??
~
Kerancakkan perbualan di ruang tamu tidak aku hiraukan.Adik adik aku sudah diarah naik ke atas dan tidor.Semakin lama diorang kat bawah ni semakin tak tenang aku,habis segala perihal aku dihebohnya pada si Faris tu.Suka bebenor gamaknya nak ada abang!
Aku sedang memikirkan satu perkara yang sedari tadi berlegar di minda.Ku jeling Faris sekilas,asyik dengan iphone goldnya itu.Aku pon pakai iphone,takdela over macam tu!
Sebenarnya aku tengah fikirkan tentang mama Faris.Yes!dari tadi tak nampak.Mama dia tak datang kenapa?kakak abang dengan papa dia je yang ada.Mama dia tak sihat ke?
Baru aku ingin bertanya,satu soalan membuatkan aku terkejut dengan beruknya!Faris yang sedang bermain iphone aku pandang.Tenang aje!aku pulak yang rasa geram!
"Kamu berdua khawin minggu depan ye?lagi cepat lagi bagus ni!"
"What!!!!erkk,,,"
YOU ARE READING
Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)
Roman pour AdolescentsSTORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu puncanya?"-Elya "Sebab saya tak nak lagi hilang sesuatu yang saya sayang sebelum saya sempat gapain...