"Bong, aku nak chaw dah ni. Kau taknak balik ke?" tanya Fitri sambil mendekati meja kerjaku. Aku memandang pelan-pelan yang berselerak diatas mejaku lalu, kupandang wajahnya. Aku berkira-kira sama ada ingin ikutnya pulang atau stay di pejabat.
"Alah... Fit, kau tak boleh tunggu aku ke?" tanya aku sambil menagih simpati. Kalau Fitri blah, aku sorang-sorang la kat pejabat ni.
"I can't ah Bong. I already have plan tonight. Ya, you know. Boy stuff," jawab Fitri sambil mengerutkan dahinya. "Let me guess. You got game tonight right? Futsal huh?" teka aku. Bukannya aku tak kenal dengan jejaka yang bernama Fitri ini. Memang gilakan futsal sejak zaman kolej lagi.
"Yes! You know me well!" kata Fitri sambil mengenyitkan mata. "Kau ni, betul tak sayang kawan kan? Dah lah aku perempuan. Sampai hati kau nak tinggalkan aku sorang-sorang dalam pejabat di waktu malam ni," kata aku sambil membuat suara yang sayu. Harap menjadi lah taktik ni. Teman la aku Fitri oi, omel hatiku.
"Kau cakap la apa pun Bong oi, aku tak kira aku nak balik," jawab Fitri sambil mengemas barangnya diatas mejanya. Aku hanya tersenyum paksa. Pundek punya kawan, getus hati aku.
"Okey lah Bong! I guess, I see ya tomorrow! Chiaww Bong!" jerit Fitri sambil menuju ke pintu. "Ya Fit! Take care bitch! Chaw chaw!" sahut aku. Kini suasana pejabat sunyi semula. Aku meneruskan kerjaku yang tergendala tadi. Pelan lukisan ini harus aku terjemahkan dalam bentuk pelan induk. Aku perlu teliti. Jika tersilap lukis simbol, pasti pelan ini bakal dikoyak oleh En. Fazrin, selaku pengurus projek bagi pelan ini.
* * * * * * *
Sudah satu jam berlalu. Ini baru satu pelan. Belum lagi kira pelan yang berselerak diatas meja kerjaku itu. Ada lebih kurang tujuh ke lapan pelan yang masih belum aku settlekan. Gila betul kerja ni. Tanganku begitu teliti melukis bentuk kolam ikan. Aku memandang jam tangan Roger Dubuis pemberian ayah. Sudah pukul 10.00 malam. Aku mengeluh panjang.
"Kenapa mengeluh ni Ain?" satu suara garau bertanya. Aku terkejut ketakutan. Segera aku larikan pandangan aku dari skrin laptop. Suara En.Fazrin rupanya. Dia memperbetulkan sandangan beg laptopnya. Dia tak balik lagi eh?,soalku dalam hati.
"Encik tak balik lagi ke? Maaflah Encik, saya tak perasan Encik ada dalam pejabat ni lagi. Saya ingatkan Encik dah balik," kataku sambil membuat wajah yang manis walaupun terkejut sakan bagai disampuk hantu Kak Limah.
"Belum lagi,Ain. Banyak kerja yang saya kena habiskan. Pasal projek kita di Damansara tu, dengan projek di sekolah private tu lagi. Terpaksa saya stayback. Balik lambat sikit," katanya sambil tersenyum.
Si singa ni senyum? Apa-apa sahaja la. Sekolah private yang dimaksudkannya pasti Nexus International School. Sememangnya sekolah tersebut agak cerewet soal landskap di sekolah mereka. Maklumlah International School kot. Mau tak demand.
"Awak tak balik lagi ni kenapa?" soalnya sambil meneliti pelan aku. Aku sudah ketakutan. Takut pelan aku kena koyak. Silap hari bulan, aku kena tidur kat pejabat sebab nak siapkan pelan yang dikoyak olehnya. Warghhh! Tak sanggup aku!
"Saya tengah siapkan pelan induk untuk site kita di Klang," jawab aku sambil memandang pelan yang ditelitinya. Dia meletakkan semula pelan tersebut dimeja aku. Lega hati aku pelan aku tak dikoyak olehnya. "Balik lah Ain. Kamu tu perempuan. Tak elok balik lewat malam. Bahaya," katanya sambil tersenyum. "Saya ni pun dah nak balik ni, jom lah jalan sekali," tambahnya lagi. Aku tersengih. Serba salah sebenarnya nak jalan berdua dengan bos aku ni. Aku tak biasa.
"Hmm.. Bolehlah En.Fazrin,"jawab aku. Terpaksa bersetuju. Ada juga kawan aku nak ke parking nanti. Kalau sorang pun boleh kecut aku. Aku mengemas pelan yang berselerak diatas meja lalu ku gulung satu persatu. Kemudian aku kumpulkan dan letakkan segala mak nenek punya pelan ke dalam plan holder aku. Lalu ku sandang ke belakang badan aku. Laptop aku shut down. Kubiarkan sahaja laptop diatas meja kerjaku. Malas aku nak bawak balik. Helmet fullface dan jaket kulit aku tarik dari bawah meja. Aku jinjing.
YOU ARE READING
Troll Seram
MaceraAku perah otak. Dan aku biarkan jari jemari aku menari diatas keyboard laptop. Dan terhasil lah karya yang tidak berapa agung ini!