BAB 1

4.6K 68 2
                                    

Nama aku Jo . Umur aku kau tak payah sebok , ramai orang cakap semua ibu sayang anak tapi aku cakap ibu aku tak sayang aku . Kau nak bukti ? Kau carila sendiri . Pernah makan KFC ? hmm aku tak pernah . Kalau nak makan daging pun dua tahun sekali . Kau tak  percaya ? Eleh bukan aku suru kau percaya pun .

Aku bukan buat lawak tapi kat malaysia ni ada orang yang hidup macam aku . Tak ada rumah , tak ada baju , tak pernah makan KFC . hmm tak ada RUPA .

*****

' kau ada duit tak ? ' Ayah mengeluarkan tangannya . Nak minta duit bukan salam .

Aku hanya menggeleng kepalaku lemah , aku tundukkan sedikit kepala ku . Takut melihat muka ayah yang garang .

' kau jangan tipu aku ! aku tahu kau ada duit , takkan kau belum terima gaji ! ' bentak ayah , tangannya menolak kepalaku kasar . sakit !

Air mataku mulai membasahi pipiku . Aku diam , tidak sanggup melawan . Ayah mengambil sebatang besi yang terletak di atas tanah . Laju sahaja besi itu melekat dikakiku . Aku hanya diam menahan kesakitan , kalau menjerit ayah akan memukulku dengan lebih kuat . Ayah ...

' kau bagi kau makan selama ni , kau satu sen pun tak nak bagi aku ! ' ayah mengesat-ngesat tangannya , ayah berpeluh . DADAH ! Ayah ketagih dadah .

' Aku nak duit ! Aku nak beli pil ! ' Ayah meronta-ronta bagaikan orang gila . Sayu hati aku melihat ayahku begitu . Aku lari ! Aku tak nak hidup begini ! Tapi kemanakah harus aku pergi ? Aku tak ada rumah , tak ada keluarga . AKU BUNTU !

Aku kembali kepada ayahku , melihat dia pengsan aku terus menaggangkatnya untuk baring di sebuah kotak . Hari hendak hujan , aku mengambil kain buruk untuk menyelimutkan tubuh ayahku . Seperti biasa kami hanya menggunakan daun pisang untuk melindungi diri daripada seranggan hujan yang kuat .

Ya Tuhan , tabahkanlah hatiku .

Dengan baju yang koyak dan berlubang aku menebalkan muka untuk berjalan ke pekan . Berjumpa dengan abang long , tauke pil kuda . Aku terpaksa , tidak sanggup melihat keadaan ayah .

' Amoi nak apa ? ' tanya seorang lelaki cina yang berbadan agak besar mengawal pintu utama kedai tersebut . Yala , dah namanya jual dadah . Hmm manusia , manusia .

' nak jumpa abang long , ayah nak ' Aku membuat bentuk bulat sebagai isyarat . Dia hanya mengganguk kepalanya faham . ' tunggu sini ' arahnya . Aku hanya akur , tidak mahu berkata apa-apa .

Seminit kemudian dia keluar dengan sebungkus plastik hitam . ' RM30 amoi ' katanya sebelum menghulur kan plastik tersebut . Aku mengeluarkan sekeping not wang bernilai RM10 , dua keping  RM5 dan tujuh keping RM1 . Bakinya aku hanya mampu membayar dengan duit syiling .

Aku pergi dengan gembira , mengharapkan ayah akan pulih dan tidak memukulku lagi .

RUPAWhere stories live. Discover now