BAB 14

1.3K 50 1
                                    

' jangan pernah dekat dengan anak aku . Aku tak suka kau!' Datin Diana memberi amaran . Aku diam , tidak berani hendak melawan .

Hati aku bagai dicucuk pisau yang baru diasah . Sakit sungguh cermah yang telah diberikan oleh ibu Alang .

' kau tuu anak pungut jangan mimpi nak jadi menantu aku ' Datin Diana menyambung lagi . BANG! Satu tembakan kena tepat pada hati aku . Aku menundukkan kepalaku , perasaan rendah diri mulai muncul dikepalaku .

Aku menahan air mata , belum sempat air mata aku jatuh Datin menolak kepalaku kasar sama seperti Ayah angkatku selalu buat kepadaku .

' muka kau dahlah hodoh , ada hati nak jadi menantu aku . Kau takde cermin ke kat rumah datang sini nak bodek laki aku ambil kau jadi menantu dia? Hah! ' kepalaku ditolak lagi . Belakang aku terkena bucu meja . Sakit belakangku tidak terlawan dengan sakit dihati aku . Memang aku takde cermin , rumah aku aku takde. Aku hanya mampu berkata kata dalam hati .

' Aku tanya kenapa kau tak jawab? Kenapa? Dah bisu?! Dah bisu pun ada hati nak jadi menantu aku ? Tak malu punya perempuan! ' Sindir Datin bertubi tubi . Kali ini kepalaku ditolak kuat lagi hingga aku terundur ke belakang dan belakangku terkena lagi pada bucu meja kaca yang tajam .

Tembok air mata aku terus pecah . Aku menggeleng kepalaku , pipi aku mulai basah .

' marah sikit nak nanggis , huh. Kau kawin dengan anak aku kenapa ? Kau nak kikis harta anak aku ? ' tuduh Datin lagi . Aku menggeleng laju' tidak ' jawabku sepatah . Ringan saja tangan Datin menampar pipiku .

' Haaa menjawab ! Ehh perempuan ,kalau kau nak kikis harta anak aku baik kau belah . Muka kau ni memang muka orang patut mati kau tahu tak! HODOH! ' Tengking Datin . Kuat giler Datin tampar pipi aku , melayang jugak kejap roh aku .

' Aku bagi kau amaran , kalau kau tak cerai dengan aku jangan harap kau hidup senang dalam dunia ni ' ugut Datin . Aku hanya menanggis . Entah apa nasib aku , malang sungguh .

' dengar ke tidak?! Kau ni dahlah bisu tak akan kau ni pekak jugak?! ' marahnya lagi . Aku mengangguk kepalaku . Aku sapu hingusku yang terkeluar. Sakit hati aku!

****

' Hei sayang kenapa ni termenung? ' Alang duduk di sebelahku , tangan aku dipegang . Aku menundukkan kepalaku , tidak mahu dia nampak aku sedang menanggis .

' pasal mammy eh? 'tekanya , dia sapu air mata aku yang jatuh di pipi . Aku memandangnya kosong .

' dahlah biarkan mammy tuu . Jangan layan sangat kat dia , Alang kan ada ' Dia Cuba membuatku tersenyum . Aku mengangguk kepalaku perlahan .

' Aku nak mandi ' Aku berdiri menuju ke tandas , dia hanya mengangguk .

Aku buka bajuku dan aku hanya berbikini , aku melihat muka ku dicermin . Hodoh sangat ke aku ni? Hati aku mulai sebak . Tiba-tiba pintu tandas dibuka .

' Ya Tuhan , Jo! ' Muka Alang muncul di depan pintu . Dia menarik ku keluar . Aku menutup dadaku dengan tangan .

Dia memusingkan belakangku , aku menjerit apabila dia memegang belakangku . Sakit!

' Kenapa belakang sayang biru ni ? Ada luka pulak tuu?! 'soalnya cemas . Aku terdiam , Hah? Biru ? Hmm .

' kenapa biru tuu? 'soalnya lagi tapi kali ini suaranya seperti marah . Aku diam , ohyaa! Mesti sebab aku terlanggar bucu meja tadi , aku membuat andaian . Aku menggeleng kepalaku .

'sebab mammy ke?' muka Alang serius . Aku menggeleng kepalaku laju.

' ta.. Tak... Ta.. Tadi... Jo.. Terlanggar... Me.... Meja ' jawabku gagap . Aku masih lagi menutup bahagian dadaku .

Dia perasan lalu memberikan aku tuala , aku menutup badanku . Dia mengambil peti bewarna merah dan putih lalu mengeluarkan ubat batu . Belakangku digosok perlahan .

Caringnya Alang tapi sayangnya cinta kita tak dapat bertahan lama , aku mengeluh .

Aku terasa diri ku tidak layak untuk lelaki sebaik Alang . Dia memeluk pingangku tibatiba , wuish terkejut aku .

' walau apa pun terjadi kita tetap akan bersama ' bisiknya ditelingaku . Dia bagaikan dapat mendengar isi hatiku , aku biarkan . Dia letak kepalanya dibahuku .

Maafkan aku Alang ....

Hai sorry late update hmm susah sikit nak update cerita dalam minggu persekolahan , busy belajar btw thanks sebab ada jugak org yg sanggup add cerita ni dlm reading list diaorang wuu sis appreciate tuu ;) thanks sebab baca hope korang vote cerita ni :) sorry kalau ada typo . Xoxo

RUPAWhere stories live. Discover now