ADRIAN P. O. V
Aku buka mataku sedikit daddy dengan jo dah sampai , entah kenapa lidah aku laju saja memanggil nama Angelina apabila terpandang jo berdiri di sebelah daddy .
'Angelina ' sebutku lagi tapi kali ini kepalaku terasa sakit , aku memegang kepalaku ehh ada balutan .
Jo terus datang mendekatiku , mudah saja keluar perkataan ' jangan pernah tinggalkan aku' dari mulutku . Aku nampak jo ada terasa sedikit terharu , entahlah apa yang dia rasa setelah aku berkata sedemikian .
Dia mengenggam tanganku , walaupun tidak halus namun itulah gengaman terbahagia yang aku pernah rasa . Gengaman sebenar daripada seorang wanita yang aku cintai .
Tiba-tiba mataku menangkap satu susuk tubuh sedang berdiri di depan pintu bilik , mukanya marah . Dia meluru masuk . ' kenapa kau pegang pegang tangan anak aku ? Kau siapa? ' marahnya. Daddy terus berbisik kepada wanita itu .
Jo kelihatan terkejut dengan tindakan wanita itu memarahinya kerana memegang tanganku . Wanita itu terus keluar . Hati aku mengeluh ' Alahai mamy ni'
Throwback .
' Hello ' Aku mengangkat telefon ku yang sedang berdering setelah aku menyenduk mee goreng mamak ke dalam pinggan jo .
' Adrian ambil mammy kat airport dengan kahpeng ' kedengaran suara seorang wanita . Aku sedikit terkejut , awalnya mammy balik? Sekarang baru bulan januari mammy sepatutnya balik pada bulan March . Hmm
Aku mengangguk ehh bukan mammy nampak pun . Aku bisikkan sesuatu ke telinga daddy dan aku terus pergi , aku nak bawa jo tapi aku tak tahu kenapa hati aku tak benarkan aku bawa dia . Di sebabkan aku ingin cepat aku tidak memberitahu jo ke mana aku pergi . Alaa nanti kalau jo tanya pandailah daddy jawab .
Laju saja aku membawa keretaku keluar , hmm mammy tuu kalau lambat 5minit pun dia cakap macam menunggu satu jam then aku pulak yang kena ceramah sampai licin tahi telinga . Kalau ada si kahpeng lagi di dalam kereta haa dua dua kami kena ceramah .
Sampai saja di KKIA aku memberhentikan keretaku di tempat meletak kereta , dari jauh aku suda nampak adik aku , Tang Kahpeng melambai-lambai tangannya . Hish budak sekor ni , kalau putus tangan kau baru kau tahu .
' Hoi abang ' serbu budak ni dari jauh . Hmm takde adab betul budak ni , nama je perempuan tapi panggil orang pun main' hoi' jak .
Aku menyiku kepala budak ni , malu jugak aku sebab ada beberapa mata sedang melihat aku . Entahlah apa yang kahpeng sedang buat , dia menjongketkan sedikit kakinya . Alahai budak ni adakah nak ukur tinggi dia dengan aku .
' kalau dah pendek tuu tak payahlah nak sukat-sukat , tak jugak kau jadi tinggi ' usikku . Dia terus menoleh kearah lain hmm buat muka itiklah tuu . Usik sikit nak merajuk .
' kamu ni asal jumpa gaduh , tak brubah perangai langsung ' tegur mammy . Eleh mammy ni , dia dengan daddy pun sama 2x5 , sikit sikit gaduh . mammy kuat merajuk tulaa kahpeng suka ikut gaya mammy ni
' malam ni kahpeng tak tidur dengan kita , dia tidur kat rumah kawan dia si amirah atirah tuu haa ' alahai budak amirah tuu lagi . Dahlah balikbalik chat aku kat whatsapp , takde kerja jugak si kahpeng ni bagi number phone aku kat budak tuu haih
Kahpeng menjelir lidah kat aku , hish aku potong lidah kau tuu baru kau tahu . Nakal !
Sedang elok aku tengah bawa kereta tibatiba phone aku berbunyi pulak . ' hello' Aku mengangkat telefon .
' kau kat mana? Cindy gaduh dengan gangster ni' Kedengaran suara amir dihujung telefon .
Aku terkejut , aduh 'awek' tuu buat hal pulak . Aku memusing stereng kereta menuju ke kadai amir . Masalah kawan aku jugak yang kena settle , nasib badanlah Alang .
' hei kita nak pergi mana ni? 'soal mammy apabila aku menukar arah jalan . ' kedai amir' jawabku ringkas . Mammy faham lalu tidak lagi bertanya apa-apa.
Ramai orang berkumpul di luar bangunan dua tingkat untuk menyaksikan pergaduhan mulut antara gangster dengan awek bulu kaki panjang . Aku masuk ke kedai tersebut mencari amir
' apa hal lagi si Cindy tuu? 'tanyaku setelah menjumpai amir yang sedang menyabarkan Cindy .
' gangster tuu cakap harituu Cindy maki member dia, gaduh punya gaduh dah jadi perang mulut ni sekarang . Cindy tak nak mengaku kalah lah Alang ' rungut amir .
Aku diam tibatiba abang gangster tuu marah , di ambilnya kerusi lalu menghumban ke arah Cindy , GEDEBUKKK! Yang kena bukan Cindy tapi AKU!
Pandanganku mulai kabur , kepala ku terasa sakit . Aku memeggang kepala ku , ada darah! Aku dengar suara amir memanggil namaku dan krikkrikkrik , terus hilang begitu saja .
End of throwback .
Haaa sebab tuu aku buka mata aku nampak jo dengan daddy . Hmm kesian jo tengah jaga aku . Aku mengambil selimut kecil yang tersedia di tempat duduk untuk pelawat , aku selimutkan jo .
' good night sayang ' Aku mencium dahinya .
' biarlaaa apa orang cakap pasal kau yang penting aku akan jaga kau seumur hidup aku ' Aku hanya mampu bercakap di dalam hati .
YOU ARE READING
RUPA
RandomAku cuba 1001 cara untuk mendekati engkau . Namun dia datang dengan RUPA . Aku jatuh menghempap bumi . Adakah rupa itu penting untuk sebuah cinta ?