Aku mencari pintu dibilik tersebut tetapi malangnya semua pintu dan tingkap dikunci ! Kakiku terlanggar sebuah meja . Aku menjerit kesakitan , kau nampak gambar kat atas tuu ? Eleh aku tak suruh kau tengok pun .
Tiba-tiba pintu yang dikunci tadi terus terbuka, Seorang lelaki berbadan besar muncul di depan pintu . Hmm macam manalah lelaki tuu nak muat kat pintu kecil tuu ? Badan dahlah besar macam gajah mengandung . Perghh , mulut !
' kau mari sini ' arah lelaki tersebut . Eleh mentang-mentang kau tak muat kat pintu tuu kau suruh aku pulak keluar . Hampeh betul .
' kau dengar tak! Aku suruh kau keluar sini ' tengking lelaki itu . Naik jugak bulu roma aku . Dahlah muka macam nak telan orang . Mahu tak mahu aku terpaksa keluar .
Dia membawa aku keluar dari bilik tersebut , kedua-dua tanganku digengam kuat menuju ke hujung bangunan tersebut .
Aku dibawa masuk ke sebuah bilik . ' bos dia dah bangun' kata lelaki itu . 'bawa dia masuk ' arah orang yang dipanggil bos itu .
Aku melihat orang yang dipanggil bos tuu . Muka hensem tapi culik orang , hampeh .
' Ayah awak dah serahkan awak kepada saya so now you're mine 'kata lelaki tersebut .
' Mine tuu apa ? Makanan ke ? ' tanyaku lurus . Yelah aku bukan pernah sekolah setakat you dengan i aku tahulah .
Lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak . ' apa pasallah kau ni banggang betul ? Tak pernah sekolah ke ? ' soal lelaki itu . Eleh perli aku konon , kau ada sekolah pun nak culik aku . Banggang !
Aku hanya menggangguk perlahan . Kalau angguk kepala laju-laju nanti patah . Ehh apalah yang aku merepek ni .
' Ayah aku mana ? Yang kau ada pergi sekolah tapi culik aku kenapa ? ' soalku sedikit menengking .
' hish budak ni , tak pergi sekolah tapi mulut macam longkang . Ayah kau dah tak sayang kaulah banggang sebab tuu dia jual kau bagi aku and by the way mine tuu maksudnya milik aku so kau sekarang ni milik aku . Faham ? ' terang lelaki tuu dengan panjang lebar . Fuhh penculik sorang pun boleh penceramah . Hebat , hebat .
' ye cikgu . Faham . ' Aku mengusik . Hmm aku rasa taklah jahat mana mamat ni tapi aku sakit hati dengan ayah . Kenapa ayah sanggup jual aku ? Ayah jahat !
Hati aku penuh dengan perasaan benci pada orang yang bergelar ayahku .
YOU ARE READING
RUPA
RandomAku cuba 1001 cara untuk mendekati engkau . Namun dia datang dengan RUPA . Aku jatuh menghempap bumi . Adakah rupa itu penting untuk sebuah cinta ?