Kau diluar bulatan keselesaan aku, lain. Dan aku juga sama , lain. Makin lama kau kenal aku , mungkin kau makin jauh. Tak tersentuh garisan bulatan . Tak intersep pandangan mata. Tak lengkap seperti sarung tangan di tangan. Tak hidu bait ihsan.
Tapi kau tahu? Yg berbeza itu melengkapkan. Aku, aku gadis yg sukar difahami sekali. Jujur aku sndiri runsing dgn diri sndiri. Aku lah garang, aku lah kasar , akulah manja. Kalau perlu aku ingatkan manja aku cuma utk yg tertentu.
Kau tahu, tak knl maka tak cinta. Kau tahu, tak cinta maka tak menerima. Tp syg, kau pergi sebelum kau tadahkan tlinga bukakan minda dgr luahan 3pagi aku. Kau pergi sebelum kau knl aku manusia yg lahirkan, jaga aku, syg aku, sekeliling aku. Kau pergi sebelum kau tahu kegemaran aku. Kau pergi sebelum kau dgr apa kerakutan aku. Kau pergi sbelum kau lihat perbuatan aku yg tk terungkap dgn kata.
Aku tidak tahu siapa yg buta. Aku tidak tahu siapa yg patut duka. Aku cuma mahu 5 minit perhatian dalam dua puluh empat jam sehari selama seminggu. Aku cuma mahu lihat keanak2kan aku dan kematangan aku .
