Bab 1

41.7K 609 8
                                    

Aku berjalan sendirian di lorong gelap ini. Takut? Huh, lorong ini sudah seperti rumah ketiga ku. Inilah port aku melepak bersama kawan-kawanku jika tiada wang mahu ke kelab.

Dari jauh, aku melihat Jeen dan Ali atau nama sebenar mereka Azreen dan Halimah melambai-lambai kearahku. Aku menghampiri mereka.

"Sorry girls."ucapku. Ali mencampakkan beg plastik kepadaku.

"Cepat sikit tukar baju. Kita dah lambat ni. Aku ada projek baik punya malam ni."arah Jeen. Aku mengangguk. Aku menukar pakaian di sebalik kereta-kereta yang terpakir di situ.

T-shirt lengan pendek dan seluar jeans yang aku pakai tadi sudah ku tukar kepada short strapless dress. Aku melepaskan ikatan rambutku yang ku sanggul itu. "Jeen , Ali, jom. Aku dah siap. Weh, aku nak enjoy all night long. Aku taknak balik rumah malam ni. Memekak aje orang tua tu. Aku nak enjoy puas-puas."

Jeen dan Ali memaut bahuku. "Jom! Aku ada stok 'candy' kalau kau nak 'fly'. Tapi bayar ah kat aku. Ingat ini barang murah ke? Susah tau nak dapat ini barang." Bisik Ali perlahan. Risau didengar oleh orang lain.

Aku menggeleng. "Aku taknak benda bodoh tu. Nanti ketagih."

Mereka bertiga masuk ke dalam lounge. Bunyi music bass yang kuat menyukarkan aku untuk mendengar apa yang dikatakan Jeen. Ah, lantak kau lah. Yang penting aku enjoy menari.

Dari jauh aku melihat susuj tubuh seorang lelaki menghampiriku bersama segelas coke ditangan. Dia tersenyum kearahku. Aku hanya menjeling sekilas.

"Menari seorang?"

Aku hanya mengangguk. Malas mahu melayan. Lelaki itu dengan selamba menyelak rambutku ke belakang. Dia memasukkan sejumlah note RM50 kedalam bajuku di bahagian dada yang terdedah. Aku terbuntang melihat perlakuannya.

"Satu jam menari dengan i, i akan beri you RM 1000. Hanya satu jam." bisik lelaki itu.

Aku berjeda sebentar. Tidak lama kemudian aku mengulum senyum. Lantas lehernya ku rangkul. "Okey, hanya satu jam."

Jeen dan Ali menghampiriku lalu merampas vape di tanganku.

"Kata all night long. Ni baru dua jam dekat dalam kau dah nak balik. Apa cerita dowh?" Bising Ali.

Aku tergelak. "Listen here kawan baik dunia akhirat. Mulai esok aku tak dapat nak lepak dengan korang lagi. Aku dah deal dengan seorang lelaki kaya raya ni. Mulai esok aku akan 'escort' dia seorang sahaja. So aku kena balik sekarang. Nak rehat sebab esok pagi aku dah start kerja. Hahaha....okeylah girls. Have fun."

Mereka tercengang sesama sendiri. Aku meninggalkan mereka dengan senyuman di bibir. Esok pastinya kehidupan aku akan berubah 360 darjah.

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now