Bab 12

25.5K 540 16
                                    

Aku mengintai Ezamil yang sibuk bercakap di talifon didalam biliknya. Rindunya aku pada lelaki itu. Wajahnya aku tatap sepuasnya. Aku masih tertanya-tanya mengapa dia selalu meminta satu jam padaku.

Tapi kerana satu jam yang dia pinta, sungguh aku sudah tangkap cinta pada dia. Matanya yang bewarna hazel dan bibirnya yang sentiasa mengocak jantung aku. Selama ini, aku tidak perasankan mana-mana lelaki termasuk Ezamil.

Ezamil lelaki pertama yang berjaya menarik perhatianku dengan satu jamnya.

"Dah puas tenung wajah i? Dah jatuh cinta ke belum?"

Aku tersentak dari lamunanku. Terkejut apabila jarak aku dan Ezamil terlalu hampir. Ezamil mengangkat keningnya.

"Err.... i... i nak... err..." Aduh, kenapa gagap pulak ni Mira? Apasal aku boleh tak perasan Ezamil sudah menamatkan taliannya?

Ezamil menghampiri wajahku. "You nak i?" Suaranya menggoda. Aku tertelan air liurku sambil menggigit bibir.

Dia tergelak melihat telatahku yang serba tidak kena itu."Mira,jom ikut i!" Aku seperti orang dipukau hanya mengikut langkah Ezamil.

"Kita nak kemana ni, Ez?"

Ezamil hanya mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun tidak membalas pertanyaanku. Aku membuang pandang keluar tingkap.

Mataku tertancap pada papan tanda diluar. Alor Star 250 km. Eh, dia nak bawak aku kemana ni? Aku segera menoleh.

"Ez, kita nak pergi mana sebenarnya ni? Boleh tak you bersuara?" Bentakku.

Ezamil merengus kasar. "Diamlah! I nak fokus memandu. Nanti you tahulah kemana kita nak pergi."

Aku terdiam. Apabila Ezamil sudah meninggikan suara, lebih baik aku dia. Tak pasal-pasal nanti aku balik jalan kaki.

Terlalu bosan melihat pemandangan jalan yang penuh dengan kawasan hutan di sekelilingnya, aku mula menyandarkan tubuh bada kusyen. Perlahan-lahan mataku terpejam dan akhirnya aku terlena.

Terasa tubuhku digoncang. Terpisat-pisat aku bangun. Wajah Ezamil yang tersenyum kupandang. Aduhai, indahnya!

"Bangunlah... kita dah sampai."

Aku masih mamai melihat kawasan sekeliling. Cantik bangunan disini. Mataku tertancap pada satu papan tanda yang bertulis Jabatan Agama Islam Kedah. Aku memandang Ezamil.

"Apa kita buat dekat sini?"

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now