Tudung merah jambu kupadankan bersama long dress berona sama. Di bahagian luarnya kusarung dengan blazer putih untuk menutupi lenganku yang terdedah. Ini adalah penampilan baruku. Inilah permulaam perubahanku.
Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk kedalam ofis Ezamil. Lelaki itu terpaku memandangku tanpa berkelip. Aku menundukkan wajah.
Terdengar dia berdehem kecil. Aku memandangnya. "So, you ada bawa resume?" Aku mengangguk sambil menghulurkan resumeku kepadanya.
Aku membuntuti langkah Intan merangkap PA Ezamil menuju ke bahagian kerjaku. Alhamdulillah, mereka semuanya ramah dan mesra bersamaku.
Aku memperkenalkan namaku sebagai Ayuni. Aku tidak mahu mereka memanggilku Asmira lagi. Aku ingin berubah dan tidak mahu lagi mengingati apa-apa yang berkaitan dengan masa lalu termasuk nama panggilanku dahulu.
"Ayu, dah masuk waktu makan tengahari. Nak ikut kami?"
Aku mengangguk. Beg tangan segera ku capai lalu mengikuti langkah rakan sekerja baruku. Kami menuju ke gerai di bawah pokok di seberang jalan besar pejabat.
"Ayu ni dah berpunya ke?" Soal Kak Faz. Aku menggeleng.
"Ayu tak ada teman lelaki, tetapi Ayu ada seseorang dalam hati." Jawabku jujur sambil mataku mengikuti susuk tubuh seseorang yang baru melangkah keluar dari pejabat. Ya, lelaki itulah yang berada dalam hati aku.
Kak Faz, Azura dan Nadine terpegun mendengar jawapanku. "Wah, tak pernah ke awak beritahu dia akan perasaan awak? Mana tahu dia juga menyimpan perasaan terhadap awak, ayu. Awak cantik, tak mungkin ada yang menolak."
Tak mungkin dia akan cintakan aku. Kerana pada dia, aku tak ubah seperti pelacur tempat dia melabuhkan nafsu. Bila dia mahu, dia datang. Bila dia tak nak, dia akan pergi menjauh.
Walaupun dia tidak pernah 'menyentuh' , tetapi perbuatannya jelas menunjukkan apa yang tersirat di akal dan fikirannya. Aku tak daif! Aku tahu, perempuan murah seperti aku hanya layak berada di kaki lelaki hebat seperti Ezamil.
YOU ARE READING
Satu Jam Sahaja
RomanceAsmira Ayuni ialah gadis yang sangat sosial dan berlatar belakangkan dari keluarga yang bermasalah. Setiap masanya dihabiskan di kelab malam dan melepak bersama kawannya. Hidupnya bertambah tertekan setelah mengetahui akan kewujudan 'anak ikan' ibun...