Perjalanan pulang ke KL yang mengambil masa 4jam aku rasakan begitu singkat. Hatiku masih lagi berdebar setiap kali bersama Ezamil. Mataku tak lepas dari memandangnya.
"Tak puas lagi tenung wajah i?"
Aku melarikan mataku. Malu apabila ketahuan oleh Ezamil. Dia menarik jemariku dan diletakkan diatas pehanya. Belakang tapak tanganku diusap perlahan.
Aku memandang keluar tingkap melihat panorama malam yang dihiasi lampu jalan. Terdengar Ezamil berdehem.
"Mira, buat masa ni kita rahsiakan dulu hubungan kita. Boleh?" Pinta Ezamil. Matanya sesekali menoleh kearahku. Aku mengangguk.
"I faham. I kan...."
"No! I tak bermaksud nak rahsiakan perkahwinan kita. Tapi i perlukan sedikit masa untuk selesaikan masalah dengan family i, dan lepas tu i akan buat majlis untuk kita. Boleh kan sayang?" Pintas Ezamil. Dia membawa jemariku ke dadanya.
"InshaaAllah. I ikut saja keputusan you. I tak kisah." Akhirnya aku bersuara seletah menyepi seketika. Ezamil menarik nafas lega. Aku tersenyum.
Aku tergamam melihat rumah Ezamil. Sepanjang bersamanya dahulu, belum pernah aku menjejak rumah banglonya ini. "You duduk seorang dalam rumah i?"
Ezamil menarikku tanganku masuk ke dalam rumah. "Itu dulu, sekarang tidak lagi. I ada you." Ujarnya nakal. Aku menolak lembut tangannya.
Tudungku cabut dan ku sidai diatas sofa. Rambutku biar lepas. Ezamil yang berbaring diatas katil ku kerling.
"Err... Ez, i tak ada baju. I pakai baju you boleh?" Pintaku. Ezamil bangkit dari pembaringannya.
"Buat apa pakai baju i? Dekat rumah ni ada banyak baju you. You pergilah mandi, nanti dah siap i bagi." Balasnya. Aku memandangnya penuh curiga. Ezamil dah tersengih.
"Pergi jelah mandi." Suruhnya. Aku mengangguk dan masuk kedalam bilik mandi.
Selesai mandi, aku meminta pakaianku dari Ezamil. Ezamil menghulurkan beg kertas jenama Victoria Secret disebalik pintu. Ternganga aku melihat lingerie sweetheart neck bewarna merah yang bertali halus dan jarang itu. Mukaku bertambah merah apabila g-string berwarna merah turut disertakan sekali didalamnya.
Aku keluar dari bilik mandi bersama tuala yang ku lilit dipinggang. Ezamil yang berbaring diatas katil tidak berkedip memandangku. Aku menjegilkan mata padanya. "Apa pandang-pandang?"
Ezamil tergelak. "Malu ke? Dulu you pakai seksi macam ni juga. Takkanlah nak pakai depan i sekarang tak boleh?"
Aku duduk dibirai katil bersama keluhan yang berat. "Dulu lain. Sekarang lain. I menyesal rosakkan diri i dulu. Mujur i jumpa you. You membawa satu impak yang besar dalam diri i sehingga i berubah. By the way, i tak pernah pakai ter'over' seksi macam ni, eh." Ujarku sambil menggeletek perut Ezamil.
Terkekek-kekek Ezamil ketawa. Dia menangkap tanganku lalu berbaring diatas pehaku. "Thanks sudi jadi isteri i. You tak rosak. You adalah bunga yang i petik yang masih belum pudar warnanya. You cuma tersilap membuat percaturan dalam hidup you dulu. Siapa you sekalipun i terima. I cintakan you."
Mata kami bersambung buat seketika. Aku faham akan kemahuannya melalui pandangan dan sentuhan ringannya. "I cintakan you juga."
Kali ini, aku merelakan tanpa sebarang paksaan untuk bersama Ezamil.
YOU ARE READING
Satu Jam Sahaja
RomanceAsmira Ayuni ialah gadis yang sangat sosial dan berlatar belakangkan dari keluarga yang bermasalah. Setiap masanya dihabiskan di kelab malam dan melepak bersama kawannya. Hidupnya bertambah tertekan setelah mengetahui akan kewujudan 'anak ikan' ibun...