Bab 8

25.7K 505 2
                                    

Ezamil membawaku bersiar-siar. Aku hanya menurut kemahuannya tanpa banyak soal. Aku sudah masak goreng hangus dengan perangainya yang satu ini. Setiap apa yang aku kata, pasti akan dibantah oleh Ezamil. Jadi, aku malas mahu bertekak dengannya.
"Mira, belilah baju dekat sini. I rasa macam nak ke pantailah."

Aku memandang Ezamil. "What? Baik balik hotel aje ambil baju aje."

"Tak sempat. Dengar ajelah cakap i. Ambil baju-baju tu dan bayar. I yang bayar. You pilih aje." Ujar Ezamil tegas. Dia mengambil beberapa helai pakaian dan mencampakkan ke arahku.

Angin bayu pantai menyapa tubuhku. Nyaman suasana di pantai Phuket ini. Ezamil yang berlari di gigian pantai ku pandang. Comel!

"Mira!" Laungnya sambil melambai ke arah aku.

Aku menggeleng. Dia berlari mendapatkan ku lalu menarik tanganku.

"Ezamil, i tak reti berenang."

"I ada. You jangan risau. You tak akan lemas." Ezamil lasih degil. Dia menolak ku kedalam air. Aku terjerit kecil. Air ku percikkan mengenai wajahnya.

"Jom naik jet ski?"

Aku menggeleng. "Taknak!"

"You semuanya tak nak. Apa yang you nak? Dengan i nak tak?" Seloroh Ezamil. Aku hanya menayangkan wajah meluat kemudian berlari meninggalkannya. Dia mengejar langkahku.

Aku cuba melompat naik keatas jet ski tetapi gagal. Aku mengeluh. "Ezamil, nampaknya jet ski ni tak suka i. Sedari tadi i cuba naik tetapi tak boleh. So, you main sesorang ajelah."

Ezamil mencepungku naik keatas tempat duduk jet ski itu. "No excuses." Dia turut naik dan duduk dibelakangku. Kedudukannya kami terlalu rapat sehingga tubuhnya menghimpitku. Aku dapat mendengar irama degupan jantungnya. Dia memegang handlebars jadi aku terkepung ditengah-tengah. Aku mula cuak.

"Let me show you some fun." Ujar Ezamil riang. Jet ski dipacu laju. Aku terjerit. Mata tak mampuku buka. Pening dan mual semakin bermaharaja lela.

"Ez, i... dah... tak larat..." gumamku perlahan. Dia memberhentikan pacuannya. "Mabuk laut ke?" Aku mengangguk.

Dia turun dari jet Skit kemudian menghulurkam tangan kepadaku. Aku menyambut sekadar untuk turun sahaja. Kemudian aku tepis tangannya.

Aku berjalan terhuyung-hayang. Pemandangan mataku kian kabur. Tangan Ezamil yang menyentuh bahuku ku tepis kasar. Konon nak papah aku lah tu.

Entah bagaimana aku boleh terpijak kainku. Aku memaut lengan Ezamil sebelum kami jatuh bersama. Aik, kenapa tak rasa sakit ni?

"Mira, bangunlah. You nak baring atas i berapa lama?" Tegur satu suara.

Aku menggigit bawah bibirku. Arghh kenapa aku terjatuh atas dia ni. Aku menongkat baguku diatas dadanya.

"Macam mana i nak bangun? Mata i pun dah tak mampu i buka." Gumamku kemudian aku menundukkan kepalaku ke dadanya. Malu!

Telingaku menangkap suara tawanya sebelum dia berkata "Comellah you ni."

Ezamil menolak tubuhku ke tepi dengan perlahan-lahan. Kemudian dia mencepung tubuhku. "Kalau you bagi i papah you, comfirm kita tak jatuh."

Aku hanya diam membisu. Tak larat lagi untuk membuka mulut. Entah kemana dia bawa aku pun tak tahu kerana mataku sudah tak mampu ku buka.

"Kita check-in dulu. Kemudian you berehatlah."

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now