Bab 9

24.6K 544 12
                                    

Berdua dengan Ezamil dalam satu bilik?

Arghh semakin parah. Dahlah dekat Thailand sekarang ini. Macam-macam boleh berlaku. Samada dari dia atau dari aku. Kerana Syaitan itu sentiasa menjadi yang ketiga antara adam dan hawa.

"Mira, keluarlah cepat. I pun nak gunakan bilik air." Laung Ezamil dari luar.

Aku mencapai tuala lalu melilitkan di kepalaku untuk menutup aurat yang satu itu. Pintu bilik air ku buka. Syahrul sudah menunggu.

"Simen bilik air dulu ke ape? Lama sangat." Omel Ezamil sebelum meloloskan diri ke dalam bilik air setelah aku keluar.

Aku mengambil kesempatan untuk mengeringkan rambut sementara Ezamil masih lagi membersihkan badan di bilik air. Terdengarkan bunyi pintu bilik air dikuak, aku lekas menutup kepalaku dengan tuala kembali. Lega aku dia sudah lengkap berpakaian.

"Kita balik ke hotel kita awal pagi esok. I nak berehat. You pun rehatlah." Desis Ezamil. Dia merebahkan badannya diatas tilam empuk.

Aku menghampiri katil lalu mencapai bantal. Aku campakkan bantal ke lantai lalu perlahan-lahan aku baring. Lega benar dapat berbaring walaupun diatas lantai.

"Kenapa baring kat lantai? Baring ajelah sebelah i. Macam tak biasa."

"Tak apalah Ezmail. Cukuplah macam-macam dah berlaku hari ini. I tak nak tambah lagi kerana i risau ia akan melarat." Gumamku. Mataku pejam perlahan-lahan.

"Kalau macam tu, tak apalah. " Ezamil menekup wajahnya dengan bantal. Aku mendengar dia mendengus kasar.

Aku tahu dia masih belum tidur. Dalam takut- takut berani aku bersuara. "Ezamil, kenapa selama ni you selalu suruh i pandang wajah you satu jam? Kenapa selama ni kita bersama hanya satu jam?" Terlepas jua persoalan yang sering bermain di mindaku selama ini.

"Supaya you jatuh cinta pada i." Balasnya pendek.

"Dan kalau i jatuh cinta pada you?"

"Dahlah.... i penat." Dalih Ezamil. Langsung tidak membalas persoalanku.

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now