Aku duduk diatas batu besar ditepi pantai. Kaki kupeluk dan kusembam wajah di lutut. Perbuatan Ezamil malam tadi terimbau difikiran sekaligus memambahkan rasa terhina pada diri ini.
"Ez, i...tak...nak..." rayuku apabila terasa nafas Ezamil semakin berat mendesah.
"Please.... satu jam sahaja. I nak bersama you." Pintanya. Aku menggeleng. Cuba melepaskan diri darinya tetapi tak termampu. Ciumannya semakin meliar.
"Ez, i..."
"Shuuu.... please, Mira. I nak you. I tak mampu tahan diri i lagi." Saat itu, aku terasa tali yang diikat di pinggangku semakin longgar. Air mataku kembali menitis.
"Asmira!!"
Aku tersedar dari lamunanku. Kepala ku toleh kekiri. Terlihat susuk tubuh Ezamil bersama bungkusan makanan ditangannya melambai kearahku. Aku segera bangun dan turun dari batu besar itu.
Ezamil menyangka aku ingin mendapatkannya, jadi dia berhenti melangkah dan mendepakan tangannya. Aku memandangnya tajam sebelum berlari meninggalkannya. Hati aku masih sakit dengan segala yang berlaku.
Ezamil mengejar langkahku. Terdengar dia menjerit namaku tetapu aku hanya buat bodoh. Akhirnya aku terjatuh kerana terpijak kain sendiri. Aduh, masa ni jugaklah nak jatuh bagai. Ezamil menarik kasar lenganku untuk bangun.
"Kenapa lari?" Marahnya. Aku membuang pandang ke arah pantai.
"Sebab i tak suka you!" Jawabku kasar.
Ezamil mengeluh. "Mira, i tahu you nakkan penjelasan, kan? Okay, we talk."
Aku menarik tanganku dari pegangannya kemudian memeluk tubuhku. "Apa yang you nak cakap?"
"Firstly, i tahu salah i buat semua tu. I takut. I takut kehilangan you, i takut kalau apa-apa jadi pada you. Selepas kejadian tempoh hari, i fikirkan bagaimana nak lindungi you. Buat you sentiasa dekat dengan i. Dan ini saja jalannya." Terang Ezamil.
"Itu aje? You tak cintakan i , Ez. I tak boleh terima."
"Siapa cakap? I cintakan you. I sayangkan you. You aje tak pernah tahu. I dah selalu kasi hint pada you. I minta satu jam pada you untuk tarik perhatian you. Untuk you pandang i. Selama ni, dah macam-macam cara i nak dekatkan diri pada you. Tapi you langsung tak pandang i. I tak nak terlepas dan kehilangan you."
"But still cara you salah." Pintasku.
"Jadi, apa cara yang betulnya?" Soal Ezamil.
Aku memberanikan diri mendekatinya. Lehernya ku rangkul. "You sepatutnya tanya i dulu. Cakap yang you cintakan i, kemudian lamar i. Ajak i kahwin dan i akan terima you. Buat dengan cara beradat dan beradab kerana i bukan perempuan simpanan you."
Ezamil merenung tepat anak mataku. "You cintakan i?"
Aku mengangguk. "Dari satu jam pertama yang you pinta pada i, i dah mula sukakan you. Satu jam kedua, i dah sayang you dan satu jam ketiga, i dah jatuh cinta pada you. Tapi nak lupakan you, satu tahun pun i tak berani janji i dapat lupakan you." Luahku.
Ezamil memelukku. Wajahnya dibenamkan dibahuku. "You serious ke ni? You terima i?" Aku tergelak sambil mencubit lengannya.
"I benci you. Benci sangat atas apa yang you dah buat sekarang ni. Tapi... i masih sayangkan you." Sekejap aje hati aku dah cair dengan Ezamil. Tulah, aku tak boleh nak marah dia lama-lama walaupun perbuatan dia agak nekad dan keterlaluan.
"I'm sorry. I akan bertanggungjawab atas semuanya." Ujar Ezamil. Aku mengangguk. Air mata yang mengalir di pipiku dikesat Ezamil. Lama dia memegang wajahku sebelum bibir kami bertaut buat seketika.
YOU ARE READING
Satu Jam Sahaja
RomanceAsmira Ayuni ialah gadis yang sangat sosial dan berlatar belakangkan dari keluarga yang bermasalah. Setiap masanya dihabiskan di kelab malam dan melepak bersama kawannya. Hidupnya bertambah tertekan setelah mengetahui akan kewujudan 'anak ikan' ibun...