Bab 11

25.1K 534 14
                                    

Aku mengemas serba sedikit appartment milik Ezamil yang pernah aku duduk dahulu. Keadaan rumah itu tidak banyak berubah. Masih sama saja seperti dulu.

Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke rumah itu semenjak berhenti menjadi perempuan simpanannya.

Ezamil menyuruhku tinggal disitu buat sementara waktu demi keselamatanku. Kata-kata Ezamil tempoh hari bermain di fikiranku.

I sayang you tahu tak?.....

Betulkah lelaki itu menyayangiku? Aku tersenyum sendiri. Jawapan itu tiada pada aku. Tetapi ada pada Ezamil. Tak sabar mahu memulakan kerja esok. Lantaklah Ezamil nak marah. Aku dah tak boleh nak menanggung rindu ini lagi.

Baju kurung warna merah jambu tersarung ditubuhku. Selendang berona sama aku kenakan. Penampilanku dibelek sebelum aku melangkah keluar rumah.

Ramai yang bertanya kenapa aku tidak masuk kerja selama dua hari. Jawapan aku mudah. Kurang sihat. Aku agak malas mahu melayan cakap orang, aku hanya mahu bersendirian bersama duniaku.

Wajah Ezamil tidak pulak kelihatan. Mungkin lelaki itu tidak masuk pejabat barangkali. Moodku yang ceria berubah muram. Sedang leka aku membancuh air, ada satu tangan menyentuh bahuku.

Hampir terpelanting sudu dari pegangan tanganku. Ezamil tersengih. Mug kosong dihulurkan kepada aku.

"Bancuhkan i air."

Aku tersenyum sambil menyambut huluran lelaki itu. Ezamil menyandar badannya pada kabinet. "Kenapa masuk ofis? Kan i suruh duduk rumah aje."

Aku menolak cawan kepadanya. "I bosan gila dekat rumah. Sebab tu i datang kerja. Sekurang-kurangnya i ada lah kerja nak dibuat. Bertimbun kerja-kerja i tau."

Ezamil menghampiriku. Dia berbisik. "Baguslah tu. Jangan ada kurang pulak duit company, nanti i kurangkan gaji you." Kemudian dia hilang dibalik pintu.

Aku termangu-mangu sendirian. Itu aje? Tak ada kata rindu kat aku ke? Kata sayang aku. Aku mengeluh. Mungkin pada malam tu aku salah dengar. Mungkin.....

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now