Khamis,9.30 malam.
"Asalamualaikum Amira,"sapa Qayra ditalian.
"Waalaikumsalam,"sapa Amira kembali.
"Beb,sorrylah lama tak call kau,ni aku ada something nak story dengan kau.Kau nak tahu cerita tak?Masa aku kat rumah dato' haritu,dato' dengan bini dia suruh aku panggil diorang Uncle Faris and Auntie Sue,tapi masa kat rumah atau jumpa-jumpa kat luar je lah.Dalam office panggil dato' datin,"cerita Qayra kepada sahabatnya itu.FYI,si Qayra dengan Amira ni memang selalu luahkan perasaan masing-masing.Kira BFF sampai mati lah kononnya.
"What?!Wow beb.Takpe-takpe,kau cerita je,aku dengar,"kata Amira.
"Masa aku sampai tu,diorang ni kira macam nak aku ni mesra-mesra pulak dengan diorang tu.Tu yang suruh panggil uncle auntie.Lepastu diorang ni memang menemuduga aku lah senang cerita.Soalan-soalannya tu aku rasa tak payah cerita terperinci sangat kot.Lepastu yang paling mengejutkan,si dato' ni suruh aku tukar kerja dengan P.A. Hafiz tu.Means aku kerja dengan dia!!!Alasannya merapatkan silaturahim..."cerita Qayra penuh perasaan.Macam-macam feel ada.Menyampah,naik angin,ahh banyak lagilah!
"Wow wow wow!Aku rasa memang betul kau calon isteri Hafiz tu.By the way,aku nak tanya ni.Auntie Sue tu pandang kau macam mana?Meaning macam pandangan nak terjegil mata ke pandangan mesra?"soal Amira.
"Pandangan mesra gila-gila,"jawab Qayra.
"Oh my god!Aku rasa memang kau akan dijodohkan dengan Hafiz tu lah!"kata Amira teruja.Yelah bestfriend bakal kahwin,siapa tak suka.
"Hmmm ok lah beb letak dulu bye asalamualaikum,"keluh Qayra.
"Ala kau ni...Ok lah waalaikumsalam,"jawab Amira.
'Ya Allah,jika betul aku akan dijodohkan dengan Hafiz,kau buatkanlah dia yang setuju dengan rancangan ini,'bisik hati Qayra.Dia pun memejamkan matanya.
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
Jumaat bulan seterusnya,2.30 petang."Asalamualaikum awak.Sorry lambat,lama ke tunggu?"soal Hafiz kepada kekasih hatinya,Fika.
"Taklah awak.Saya pun baru sampai ni,"jawab Fika.Padahal dalam hatinya nak tengking saja si Hafiz ni.Tapi demi harta!Dia sanggup ketepikan amarahnya!
"Saya ajak awak jumpa ni ada benda nak bincang.Berkenaan kehidupan kini dan masa depan,"tutur Hafiz.
"Apa dia awak?Jangan buat saya suspens,"kata Fika.
"Actually,mama suruh saya kahwin,"kata Hafiz.
'Itulah yang ditunggu-tunggu Hafiz oi!'bisik Fika dalam hatinya.Ikutkan hatinya,nak aja dia lompat kat situ.Tapi dikawal riak wajahnya itu menjadi wajah tak berperasaan.
"Tapi bukan dengan awak,dengan orang lain,"tutur Hafiz.Takut terasa hati girlfriendnya itu.
"What?!"soal Fika sedikit terjerit.
"Itu lah kebenarannya.Sekarang saya nak tahu apa pendapat awak,"kata Hafiz.Dia tahu girlfriendnya itu terasa hati.
"Awak,kita sebagai orang lelaki kena ikut cakap parents.Awak kahwinlah dengan perempuan tu.Pasal saya,mungkin kita tiada jodoh,"kata Fika lembut.Tapi dalam hatinya dia memberontak!Sebab apa?Sebab tak dapat nak membolot harta lah!Dah si Hafiz ni kahwin dengan perempuan lain.Macam mana dia nak bolot harta Dato' Faris.
"Awak...tak kisah ke?Yelah,kita berpasangan dah lama.Takkan awak tak sedih kot,"tanya Hafiz kepada kekasihnya.
"Kisah memang kisah,tapi awak kena lah ikut cakap mama awak.Saya mengaku yang saya masih sayangkan awak,tapi saya tak nak awak jadi anak derhaka.So,oleh sebab saya sayangkan awak,kita putus.Perasaan saya ni boleh ditukar kepada sayang sebagai sahabat,so lepas ni kita kawan je ok?"soal Fika.Bajet baik.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Bersalut Dendam
RomanceMengisahkan tentang Anis Qayra yang dipaksa kahwin dengan Hafiz Mikael,seorang lelaki yang dibenci hanya kerana satu insiden.Insiden tersebut telah menyebabkan Qayra bertemu dengan Datin Suraya iaitu ibu kepada Hafiz.Pertemuan itu juga telah membuat...