Bab 5

3.5K 55 2
                                    

Sabtu minggu seterusnya,9.45 pagi.

"Hafiz Mikael"

"Ya"

"Aku nikahkan dikau dengan Anis Qayra Binti Rafiq dengan maskahwinnya 6000 ringgit tunai"

"Aku terima nikah Anis Qayra Binti Rafiq dengan maskahwinnya 6000 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah..."ucap tetamu-tetamu di masjid itu lantas menadah tangan mengaminkan doa.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

"Qayra,"panggil Hafiz.

"Yes?"soal Qayra.

"Aku nak cakap pasal hubungan suami isteri,"kata Hafiz.

"Kenapa?Pasal tanggungjawab ke?Pasal tuuut tu?Tak pe,saya tak kisah,kalau awak tak nak tak pe,tak kisah,"ucap Qayra.Dia saja cakap begitu.Nanti tak lah si Hafiz mengada-ngada.

"No,I mean I want it tonight,can I?"usik Hafiz sambil tersenyum nakal.

Dia pun perlahan-lahan menapak ke arah Qayra.Makin dia ke depan,makin Qayra ke belakang.Makin Qayra ke belakang,makin suka dia nak ke depan.Qayra pun terus-menerus menapak ke belakang sehingga ada dinding yang menghalang pergerakannya.

"A...awak...ke...ke...kenapa ni?"soal Qayra kepada Hafiz.Takut juga dia.Mana tahu dirinya akan diambil oleh Hafiz.Tak nak!!!

"Hey girl!Relax lah!Aku tahu kau belum nak hilang dara lagi kan?Tak pe,aku akan cuba jadi suami yang memahami untuk kau,"ujarnya sambil mengusap pipiku.

"Aku pun belum nak hilang teruna lagi,"bisiknya ditelinga Qayra sambil tersenyum nakal.

"Hish awak ni!Pergilah sana!Saya nak tidur ni.Bye,asalamualaikum,"ucap Qayra.Meremang bulu roma dia tadi.

"Waalaikumsalam sayang,"jawab Hafiz sambil tersengih nakal.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

"Hai Abang Fiz,hai Kak Qay(kei),"sapa seseorang.

'Aik?Makhluk Allah mana pulak ni?Setahu aku yang ada dalam rumah ni Datin Suraya a.k.a. mama dan Dato' Faris a.k.a. papa.Tapi diorang tak panggil aku kakak,"monolog hati Qayra.

"Hai dik!"sapa Hafiz kembali.

"Hah Qayra,ni kenalkan adik aku,nama dia Syakila Mimi,panggil Dik Sya,"kata Hafiz kepada kepada Qayra.Oh,adik dia rupanya.

"Oh,hai Dik Sya,tak pernah nampak pun,akak ingatkan Hafiz ni anak tunggal,"sapa Qayra kepada adik iparnya itu.

"Dik Sya baru balik dari U.S.,semalam kan Dik Sya ada,Kak Qay tak perasan ea?"soal Syakila.Konon buat mimik merajuk.

Kita intro sikit Syakila ni.

Nama penuh:Syakila Mimi
Umur:22 tahun
Status:Adik Hafiz
Cita-cita:Juruterbang
Bidang yang diambil di U.S.:Flying school

"Alah Dik Sya ni,jangan merajuk,Kak Qay memang ada nampak awak semalam,tapi tak tahu siapa so biar je lah.Hehehe,sorry Dik Sya,"pujuk Qayra.Dia memang dah diajar dengan neneknya dulu.Kalau orang merajuk atau marah sebab kita,kita kena pujuk.

"Ok lah kak,tak marah pun,saja je usik akak.Dahlah jom makan,"ajak Syakila.

"Mama dengan papa mana?"tanya Hafiz kepada adiknya.

"Papa tak bagitahu abang ke?Diorang outstation minggu ni,so tinggal bertiga je.Takpe,Dik Sya takkan ganggu korang nak berhoneymoon.Cuma..."kata-kata Syakila terputus di situ.

"Jangan bising-bising sangat ye,hahaha,"kata Syakila yang disambung dengan tawanya.

"Mengada lah kau dik!Dah jom makan,"kata Hafiz,malas melayan kerenah adiknya.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

"Sebab tu ke awak nak sangat jodohkan Hafiz dengan Qayra?!"tanya Dato' Faris sedikit terjerit kerana terperanjat akan pengakuan isterinya itu.

"Yes!Saya nak balas dendam!Luckily she doesn't know that I 'm the victim.Kalau tak rosaklah rancangan saya!"jawab Datin Suraya.

Flashback...

"Boleh saya tahu kenapa mak dan ayah Qayra meninggal?"tanya Datin Suraya kepada Kak Ida,mak usu Qayra.

"Sebenarnya ada kemalangan kereta dulu,pemandu je mati,anak-anak dengan isteri dia tak tahu lah macam mana.Sebenarnya masa tu bapa Qayra ni yang cuai,tapi diorang dah meninggal sebab tu tak kena hukuman,lagipun keluarga tu in trauma masa tu,so tak ingat pun nak mintak pampasan,lagipun isteri dia kena buat pembedahan plastik masa tu,"terang Kak Ida.

"Oh,begitu rupanya.Kereta apa yang diorang langgar?"soal Datin Suraya,mahukan kepastian.

"Kereta Toyota Vellfire,warna ungu,"jawab Kak Ida.

Terus dendam yang tersimpan jauh di hati Datin Suraya datang semula.Dia nekad mahu membalas dendam.

End flashback...

"Saya nekad bang!Saya nekad nak balas dendam!

"Saya tak nak awak dera dia,itu je,"kata Dato' Faris.Dia kenal isterinya itu.Keras kepala.

"Saya akan dera emosi dia saja bang.Tak lebih daripada itu,"kata Datin Suraya.Dalam otaknya,sudah ada rancangan hendak membalas dendam.

"Saya nak dera mental dia sebab kalau fizikal orang boleh kesan,tapi tidak mental.Saya takkan libatkan awak,jangan risau,"sambung Datin Suraya.Dia ingin Qayra merasakan keperitan itu.Bukan dengan hilang suami,tapi dengan cara lain yang telah tersemat dalam otaknya.

"Ok fine.Tapi jangan dikesan orang.Saya faham penderitaan awak,"kata Dato' Faris.Sebenarnya Datin Suraya ialah isteri keduanya.Sewaktu mula-mula kahwin dulu Datin Suraya murung.Dengan berkat kesabarannya,isterinya itu pulih semula.Sebenarnya Datin Suraya kahwin dengan Dato' Faris pun atas paksaan ibu bapa Datin Suraya kerana mereka tahu anaknya itu perlukan teman.Disebabkan dia tak mahu isterinya murung semula,dia terpaksa membenarkan isterinya berbuat begitu.Walaupun dia tiada anak dengan Datin Suraya,tapi dia sangat menyayangi wanita itu sepenuh hatinya.

"Terima kasih abang.I love you.Dah jom keluar.Bosan lah...Hehehe,"kata Datin Suraya manja kepada suaminya.




Cinta Bersalut DendamTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang