bahagian 5

37 6 0
                                    

Bella turun dari kereta Mercedes -Benz AMG yang dipandu oleh Mr. Addam. Apabila Bella turun dari kereta, dia melihat sebuah kereta Bentley Mulsanne berwarna merah. Bella sudah dapat mengagak siapa yang bertandang kerumahnya. Pasti keluarga Harries.
' ahhh sudah..ni la sebabnya aku malas nak balik rumah awal.' Omel Bella dalam hati. Dia sudah tahu mamanya akan berbohong dengan mengatakan kelas tambahannya sudah bermula. Dia tahu kerana, guru peribadinya cuti bersalin, jadi kelas tambahannya pun dibatalkan.

Bella berjalan ke pintu belakang. Dia sudah memberitahu Mr. Addam agar merahsiakan kepulangannya.
Mujur ruang tamu terselindung sedikit. Dapatlah Bella naik ke biliknya. Bella memanjat satu persatu anak tangga agar tidak didengari mamanya.

Apabila sampai di bilik tidurnya, Bella menutup pintu perlahan-lahan dan menguncinya. Bella menarik nafas lega lalu merebahkan diri di atas katil yang empuk bersaiz king.
Sambil merehatkan diri, Bella mula berangan.. ada sebab mengapa dia tidak begitu gemar dengan kedatangan Harries kerumahnya. Mamanya ingin menjodohkannya dengan Harries tanpa meminta pendapat daripada Bella. Bella pernah menolak, tetapi Mamanya tidak menghiraukan lansung permintaannya kerana terhasut dengan pujuk rayu Harries.
Bella terlalu bencikan Harries kerana dia tahu perangai sebenar lelaki itu.
Bella pernah melihat Harries menendang perut dan memaki hamun seorang lelaki tua kerana meminta sedikit makanan untuk mengalas perutnya dan keluarganya. Bukan itu sahaja, Harries seorang kaki botol, kaki perempuan dan tamak. Itu yang membuatkan Bella begitu benci akan lelaki tersebut.
' errrhhh...serabut aku' kata Bella sambil menyerabutkan rambutnya. Malas dia memikirkan lelaki yang tidak berhati perut itu lalu memasangkan earphone ditelinganya dan menutup matanya. Tidak lama kemudian, Bella terlena dengan Muzik yang masih terpasang..

Si cantik Yang PelikWhere stories live. Discover now