"Berapa banyak lagi tayangan kenangan yang boleh kau tengok sebagai inspirasi atau azimat sebelum masamu tiba dan kau tutup mata? Berapa banyak lagi dunia yang kau harus cipta dan musnahkan sebelum kau benar-benar jumpa duniamu yang satu itu. Sayang, kerana dimasa aku menulis tentang semua ini, kita sudah tak lagi muda seperti kita sangkakan. Demi masa, ia kian pantas menuakan kita sebelum kita benar-benar mengecapi bahagia. Sebelum kita berpijar dengan peluang peluang yang ada. Masa hanya mahu membunuh setiap harapan tentang esok yang kita mahu."
"Jadi sekarang, bagaimana?"
"Mudah. Kau, aku. Kita bercinta, jadi satu."
Sumpah, aku ketawa besar.