Suratan atau kebetulan.

29 1 0
                                    

Bercakap tentang Kenny, Remy & Martin, aku teringat beberapa tahun dahulu dengan Abang Neraka di Jalan Telawi, Bangsar.

Pukul 11 malam ketika aku siap siap mahu pulang dari kerja, Abang Neraka tiba-tiba mesej aku.

"Dude, ada mana? Jumpa kat tempat biasa, boleh? Ada hal sikit. Penting. Datanglah."

Jadi dalam 30 minit, aku sampai Jalan Telawi, Bangsar, di tempat biasa. Kelihatan Abang Neraka dengan seorang brader berbangsa cina sedang duduk minum dan ketawa mesra. Aku angkat tangan, lalu Abang Neraka pelawa aku duduk. Kemudian dia terus tanya aku.

"Hang kenal brader ni, dude?" Tanya Abang Neraka.

Brader itu cuma angkat kening dan senyum.

Aku diam dan kerut dahi. Puas aku fikir siapa brader tu. Nak kata famous, entahlah. Aku tak dapat cam siapa dia.

"Aduh. Tak cam lah. Siapa ya? " Kata aku, mengalah.

"Sesuatu..yang tak disangka.." Akhirnya, dia buka mulut dan menyanyi.

Terus aku dapat tangkap siapa dia.

"Kennyyyy!" Jerit aku.

Abang Neraka dan Kenny ketawa. Aku kira mereka ingat ianya lucu kerana aku kenal boleh kenal lagu dari cam wajah penyanyinya.

Kemudian, aku terdiam.

"Uh, Mana Remy & Martin?" Tanya aku, automatik.

Kenny ketawa besar sambil jarinya menunjuk ke arah barisan botol yang bersusun rapi di bar.

"Tu. Remy & Martin." Kata dia, pendek.

Aku dan Abang Neraka terus ketawa lebih besar.

Siot punya Kenny.

Persepsi.Where stories live. Discover now