Kekasih.

55 1 0
                                    

Hampir pagi, dia mesej dan bertanyakan aku waktu sesuai menulis, sebab katanya aku banyak menulis rasa yang sama, tapi jarang-jarang mahu keluarkan.

Aku ketawa.

Sebenarnya, aku selesa menulis apabila aku berada dalam keadaan separa sedar. Separa sedar, bukan kerana khayal dengan substance, tapi antara mengantuk dan terjaga, terang dan juga gelap.

"Sebab selalunya pada waktu itu, dia lebih senang berbisik." Aku menyeringai senyum.

Persepsi.Where stories live. Discover now