Permainan ini mudah bagi mereka yang tahu caranya. Lebih mudah apabila punya kelebihan yang banyak. Kumpulan mana yang punya suara paling lantang, boleh menukar sejarah. Pergi mati dengan kata-kata tulus suci atau kebenaran, kerana suara paling lantang itu akan mendiamkan pihak lawan. Jadi lupakanlah jeritan kecil yang menjerit mahukan keadilan itu kerana ia akan ditelan hidup-hidup oleh mereka yang bersuara lantang. Kemudian, mereka ketawakan dan aibkan. Dan nama dan legasi mereka akan dipadam, luput dari sejarah.
Dan begitulah standard operating procedure untuk yang seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya.